Pertamanya saya ingin menegaskan pendirian GMM dalam isu ISA (Internal Security Act), kami sama sekali tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan penggunaan ISA kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hukum-hakam Islam itu sendiri. Ciri-ciri ISA yang paling jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan terutamanya dengan hukum-hakam Islam ialah penafian hak untuk membela diri serta dibicarakan di atas kesalahan yang dituduh....