Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Pilihanraya Kampus - Pelajar UiTM masih tidak sedar kehadirannya

Ura-ura yang didengari oleh pihak GMM dari kampus-kampus utama Lembah Klang, Pilihanraya Kampus (PRK) bakal berlaku sekitar pertengahan bulan 10 ini. Namun apa yang mengecewakan, pelajar-pelajar UiTM masih tiada kesedaran akan terjadinya PRK dalam masa terdekat ini. Sedang kampus lain mengadakan persiapan menghadapi PRK, pelajar-pelajar UiTM masih terpinga-pinga, bagaikan meraba-raba di dalam gelap mencari lampu suluh. Menurut laporan PRK 2007/2008 yang lepas, UiTM mencatat kemenangan 100% dari Pro-ASPIRASI dan ini terjadi adalah berikutan tiadanya parti pembangkang yang wujud di UiTM. Sememangnya UiTM sebuah kampus yang sangat berlainan dari kampus-kampus lain terutamanya Kampus besar di Lembah Klang, mereka mempunyai Parti Pembangkang dan Pro-Aspirasi. Ini menggambarkan sistem yang diamalkan di UiTM adalah sistem yang tidak mempunyai hak kebebasan mengundi atau lebih tepat demokrasi. Agak lucu apabila melihat calon dari Pro-Aspirasi bertanding sesama mereka, tiada perdebatan dan kempen besar-besaran diadakan. Cuma yang ada, sekadar menggantung dan menampal poster calon sahaja. Calon-calon pula, berkempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah dan diekori 4 hingga 5 orang 'tukang kempen'. Pelajar-pelajar UiTM terperangkap di dalam kepompong ciptaan pentadbirannya sendiri, maka lahirlah pelajar yang kurang daya tahan juangnya dan nilai kepimpinan yang sangat minima. Adakah ini tandanya pelajar UiTM tidak mempunyai jiwa demokrasi yang sememangnya diamalkan di Malaysia? atau mungkin juga pelajar UiTM telah didoktrin oleh pihak pentadbiran supaya pelajar-pelajarnya tidak tahu apa-apa tentang demokrasi. GMM akan mengupas isu ini untuk paparan yang lebih telus untuk pelajar-pelajar UiTM.

REAKSI GMM BERKAITAN ISU SEMASA DALAM NEGARA

Pertamanya saya ingin menegaskan pendirian GMM dalam isu ISA (Internal Security Act), kami sama sekali tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan penggunaan ISA kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hukum-hakam Islam itu sendiri. Ciri-ciri ISA yang paling jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan terutamanya dengan hukum-hakam Islam ialah penafian hak untuk membela diri serta dibicarakan di atas kesalahan yang dituduh. Sedangkan mahkamah Allah pun punya perbicaraan, inikan pula dalam konteks perlaksanaan undang-undang manusia. Maka dalam hal ini, sesiapa sekalipun yang ditahan di bawah ISA ianya suatu tindakan yang tidak ‘Hadhari’ dan pihak yang mengeluarkan arahan merupakan individu atau kumpulan yang tidak berhati perut dan rendah nilai moralnya kerana tidak takut melakukan kezaliman di bulan Ramadhan yang mulia ini.


, kami bersetuju agar tindakan diambil ke atas mereka yang jelas menyalahi undang-undang negara dan berniat untuk menimbulkan kekecohan serta mengganggu-gugat ketenteraman negara termasuklah dalam isu-isu berkenaan dengan agama dan perkauman.

 

Keduanya, GMM menolak sebarang usaha untuk mencetuskan ketegangan kaum dalam negara dengan memainkan isu-isu sensitif yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita yang tercinta ini samada daripada mana-mana parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan tertentu mahupun orang perseorangan. Keharmonian dalam negara perlu dipelihara dan setiap warga negara perlu menghormati hak setiap warganegara seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

 

Ketiga, GMM berpendapat isu ketegangan antara kaum merupakan isu yang sengaja ditimbulkan dan dimainkan oleh parti-parti politik dalam negara untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat bukan sahaja kepada bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India bahkan kepada bangsa Melayu sendiri. Kami beranggapan begini apabila melihat kepada senario yang berlaku selepas Pilihanraya Umum ke-12 apabila wujud kecenderungan untuk memainkan isu perpaduan melayu kononnya melayu sedang diganggu gugat, isu DEB, isu penternakan babi di Selangor, isu muzakarah UMNO-PAS, isu kuato 10% UiTM, isu papan tanda tulisan jawi, isu azan dan isu Datuk Ahmad Ismail. Semua ini hanyalah permainan psikologi dan perang saraf pemimpin parti-parti politik untuk meraih sokongan rakyat dengan cara menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam masyarakat majmuk di negara kita.

 

Sehubungan dengan itu, GMM menyeru semua mahasiswa UiTM agar tidak terpedaya dengan mainan politik ini dan kami menyeru pihak pentadbiran universiti agar tidak menjadi boneka kepada mana-mana parti politik. Hentikan segera sebarang usaha untuk menanam kebencian bangsa melayu kepada kaum-kaum lain seperti Cina dan India melalui kursus-kursus BTN yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (PPKP) kerana ia boleh menyuburkan krisis perkauman yang serius dalam negara kita. Kami berharap pihak pentadbiran UiTM belajar daripada kesilapan lepas. Membenarkan Pemuda UMNO mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa Kelantan seluruh IPTA di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam sebelum pilihanraya umum lepas merupakan kesilapan terbesar dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti. Bukan sahaja tidak berjaya meningkatkan sokongan golongan mahasiswa kepada parti pemerintah, bahkan UMNO@BN ditolak secara total di Kelantan. Penolakan golongan muda kepada UMNO@BN bukan semata-mata kerana parti tetapi kerana sikap sesetengah politikus mereka yang gemar mempolitikkan kampus manakala ahli akademik mereka di dalam kampus pula berlagak seolah-olah ahli politik sepenuh masa. Sesungguhnya kami mahasiswa tidak akan sekali-kali berdiam diri mahupun berpeluk tubuh menyaksikan pengkhianatan yang berlaku kepada universiti tercinta ini. Mudahan-mudahan pihak pentadbiran universiti akan kembali kepada tanggungjawab asal mendidik anak bangsa tanpa mengira agama mahupun fahaman politik agar bangsa kita akan kembali mampu bersaing dan dimartabatkan di persada dunia.

 

Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita semua dapat memuhasabah diri dan merenung kembali hakikat kehidupan kita di dunia ini. Semoga kita akan menemui pengertian sebenar sebuah perjuangan yang diredhai dan diberkati.

 

Wan Haiqal Wan Ibrahim

Pengerusi GMM

SaLam RamaDhaN Khas Buat Semua Pengunjung

Dendangan Lagu Merdeka untuk Warga UiTM

video
Editor GMM memohon maaf di atas paparan video yang tidak jelas.


wartawan GMM

Bendera terbalik di Kolej Perindu

Kolej Perindu, jika diteliti gambar di atas di mana bendera Malaysia yang menghiasi segenap ruang bangunan Kolej Perindu. Namun, terdapat sehelai bendera yang digantung terbalik. Ini gambaran yang menunjukkan pelajar tersebut tidak bersetuju dengan kerajaan hari ini dan ia bagaikan menyahut seruan seorang penulis blog yang menyeru rakyat Malaysia menggantung bendera secara terbalik jika tidak setuju dengan pentadbiran. semoga apa yang berlaku ini tiada kaitan dengan seruan penulis blog terbabit dan diharap pelajar ini tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

video

Antara GEGAR U dan Benteng Pertahanan Terakhir Melayu




23hb Ogos 2008, UiTM Shah Alam
Sepangjang Jalan di kampus Induk UiTM dipenuhi dengan Banner banting mempromosi GEGAR U 2 yang bakal diadakan pada malam ini di Dewan Seri Budiaman UiTM. Apa yang menjadi persoalannya, dimanakah terletaknya sensitiviti pihak pentadbiran UiTM dan MPPUiTM???? adakah perjuangan untuk mempertahankan UiTM atau juga dikenali Benteng Pertahanan Terakhir orang Melayu ini, harus disambut dengan Konsert yang begitu besar sekali? membawa orang luar masuk ke dalam kampus sewenang-wenangnya? adakah konsert ini adalah budaya Melayu? di manakah terletaknya nilai budaya Ilmu yang harus diterapkan kepada pelajar UiTM??? kenapa harus mengadakan konsert di dalam kampus UiTM?????? ini bagaikan mencabar pelajar-pelajar yang betul-betul ingin berasa aman dan tenang ketika belajar di UiTM. tetapi apabila sesuatu kebatilan, konsert yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sudah hilang ketenangannya. di mana perjuangan MPP??? kami kecewa denagn MPP UiTM yang tidak ada pendirian. Adakah perjuangan 'DEMO' itu sekadar GIMIK??? kami pelajar-pelajar UiTM berhak untuk mendapatkan jawapan yang sebanar, bukannya dirai dengan konsert yang akan dipersembahkan oleh HAJAH SITI NURHALIZA yang ternyata bukan IKON terbaik untuk Pelajar MELAYU DAN BUMIPUTERA. sekian.

"GEGAR U II" menggegarkan UiTM


Nama Program:GEGAR U II
Objektif Program: Memperkenalkan Budaya Malaysia yang Berbilang Kaum
tempat : DSB, UiTM Shah Alam
Masa:8.00pm - 12.00am

JADUAL:
8.00pm : Lagu Negaraku
Ucapan Pengarah "Yayasan Penyayang Budi Malaysia"
-Puan Nori Abd.....
Ucapan Timb. Menteri Pengajian Tinggi
- Yb. Ramli b. Hassan
9.00pm : Persembahan "Break Dance" ~joget-joget
Memperkenalkan Pejuang U
-semua group dari Universiti seluruh Malaysia
Nyanyian - Jacklin Victor - 'satu Harapan'
Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu
Persembahan Gendang - Gendang Cina, Rebana Ubi
Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian Lagu - Duet
- Bintang Astro Talent Quest (Penyanyi cina)
Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu - bintang Astro (Penyanyi Tamil)
Persembahan seni mempertahankan diri - Silat & silambam
Persembahan - Battle of the band
Ulasan - "Tema Kemerdekaan"
Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu - Adam, Siti Nurhaliza, Jacklin Victor, ramai-ramai. ....
12.30am: Dijangka program tamat

Demo: Siswa UiTM rela kena tindakan



Abdul Rahim Sabri Aug 22, 08 11:36am

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris."Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat," kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini."Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera."Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa, " jelas Luqmannulhakim.Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM

Is it rational to abolish AUKU1971?


well...i leave it to you guys how you want to respond regarding this matter.bcoz i believe in your credibility as university student. in my opinion, i agree for higher education minister to amend or (hopefully) to abolish this 'draconian' act. why? below i listed the reasons....
several negative implications as to the enforcement of AUKU upon the students and undergraduates’ movement:
  1. Encourage the growth of individualistic and materialistic among university students. Majority of the students agree that a university is mere a place to study and find a good income thereafter. The enforcement of this Act decreases the students’ awareness on the current social reality outside the campus.
  2. The growth of fears culture among the students (if or when they override AUKU). This culture has leaded the students from inquiry, criticized, and opined a new idea or transformation for the benefit of the society at large.
  3. No more exist a slogan of ‘Student is a spokesman of the society’. The students nowadays are more interested to the more enjoyable activities like recreation, sport, and music.
  4. Students are not interested anymore to national or international political scenario, not even want to appreciate and analyze it.
  5. AUKU does not encourage the participation in campus elections. It has been reported that the percentage of voting among students has declined in 7 IPTAs and there are some campuses which provide a ‘lucky draw’ to those who vote which is a dishonourable towards a knowledge culture and also encourage money politic among students.
  6. AUKU does not generate leadership. In election at some campuses, 100 of chairs were winning without contested and 100% chairs in 3 campuses (including UiTM) were winning by one party without contested.
hurm...'tepuk dada tanya iman' 'sendiri mau ingatlah!' =)

Wacana Artikel153

Tajuk:
WACANA ARTIKEL 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Tarikh:
25 Ogos 2008 (Isnin)
Tempa :
Dewan Annex, UiTM Shah Alam
Objektif:
Objektif wacana ini diadakan adalah untuk memberi penerangan, pendedahan, pemahaman, kesedaran mengenai Peruntukan Artikel 153 dan kesannya kepada kepentingan orang Melayu di Malaysia.

Download schedule here:

http://www.uitm.edu.my/news2008/wacana_schedule.pdf

Benarkah Mereka tahu Erti Perjuangan

assalamualaikum w.b.t...
Salam kasih saya hulurkan buat semua pelajar UiTM seluruh Malaysia. Kini pelajar-palajar UiTM sedang enak beristirehat di kampung masing, setelah penat bertungkus lumus mengulang-kaji pelajaran. Namun satu persoalan yang ingin saya lontarkan kepada pelajar UiTM, adakah anda semua puas dengan perbuatan berdemo tempoh hari? saya sebagai mahasiswa UiTM yang berbangga dengan pencapaian UiTM kini malu, malu dengan perbuatan kalian, tidakkah kalian berfikir sebelum bertindak? inikah anak muda/mahasiswa yang akan menjadi pelapis pemimpin masa depan? inikah anak muda yang membela anak bangsa? saya cukup rasa terkilan, bukan untuk tidak bersama rakan-rakan turun berdemo untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada MB Selangor, tetapi sebagai mahasiswa yang berintelek, yang mempunyai fikiran yang waras sudah tertentu berfikir berkali-kali untuk membuat keputusan dan bukan mengikut telunjuk sesetengah pihak. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir, namun adakah kita benar-benar bersyukur di atas pemberian yang maha Esa? bersyukur adalah dengan membalas pemberian Allah dengan menggunakan akal ini sebaik-baiknya, bukan menggunakannya tanpa hala tuju. Wahai rakan-rakan yang amat saya sayangi, berdirilah di atas paksi yang benar, anda bukan seorang yang tidak cerdik, malahan cukup cerdik jika dibandingkan remaja yang tidak bermoral di luar sana, carilah bahan yang dapat dijadikan rujukan untuk mengukuhkan keputusan kita. Rakan-rakan, manusia bukannya maksum seperti nabi, namun Allah sudah memberi kita panduan agar kita jangan sesekali meninggalkan As-Sunnah dan Al-Quran, jika tidak musnahlah hidup kita wahai rakan-rakan. mereka yang berada di atas tidak semestinya benar, malahan mengikut hawa nafsu itulah yang menjadikan manusia dilaknat Allah. fikir-fikrkanlah wahai rakan-rakanku... nasihatku kepada anda semua, janganlah bertindak untuk kepuasan diri sendiri, fikirlah masa depanmu... sesungguhnya hidup ini tak selalunya indah.
wallahualam....

Penulis
Aktivis GMM

KONSERT vs SOLAT HAJAT


Satu lagi kebatilan yang dikaburi oleh identiti Islamik yang dibawa oleh pihak pentadbiran sebagai pro-paganda semata-mata untuk menyedapkan hati sesetengah pihak. Adakah ini patut berlaku?

kebatilan dan kebenaran digabungkan oleh pihak pentadbiran ini diibaratkan mencampurkan minyak dengan air yang sememangnya tidak boleh bercampur apatah lagi hendak disebatikan...
inilah pemikiran liberal yang pihak pentadbiran amalkan lalu mendidik anak bangsa Melayu menjadi MELAYU yang tidak mengamalkan gaya hidup ISLAM yang benar. adakah ini perjuangan kita meletakkan UiTM sebagai benteng terakhir bangsa MELAYU? dimanakah terletaknya martabat Islam agama kita yang umum mengetahui Islam dan Melayu adalah sinonim dan seiring... tepuk dada tanyalah iman...