Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

MAHASISWA,KAMPUS DAN POLITIK.

Politik sememangnya tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita,ia mengenai bagaimana skil,metod,cara yg terbaik dalam kita mengurus,mentadbir dan memimpin sesuatu perkara bila mana mendapat satu kekuasaan. Sama ada sedar atau tidak kita telah terjerumus dalam mainan politik dalam kehidupan seharian,sama ada ia politik nilai atau politik ceghoii (kate org kedoh).

Sebagai mahasiswa generasi baru ini,lagilah tidak terkecuali dalam gerakan seni pentadbiran ini iaitu gerakan politik. Mahasiswa dalam lingkungan umur 18-26 adalah usia yg sentiasa dahagakan pembaharuan dalam kehidupan. Mereka akan bersama dengan pensyarah,staf pengurusan akademik di siang hari,berpersatuan di sebelah malam dan bersosial di lewat malam,ia memerlukan skil politik yg sungguh tinggi untuk mereka survive dalam kehidupan kampus ini.

Ruang untuk mahasiswa bergerak ini perlu dibuka luas oleh pihak yg berkaitan supaya kehendak  mereka disalurkan pada tempat yang betul. Mereka tidak boleh dikongkong dgn hanya mengikut sahaja kehendak pihak atasan dalam menjalankan agenda mahasiswa mereka. Mungkin mereka boleh kata banyak sahaja program yg sudah dianjurkan peringkat universiti oleh pelajar,tapi kita lihat ,adakah mahasiswa sebagai perancang program itu atau hanya sbg pelaksanana peringkat atasan  sahaja. Ini kerana program terdiri dari tiga jenis, iaitu “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”. “Advokasi” adalah ciri utama gerakan mahasiswa, dan yang membezakannya dengan pelajar sekolah, tetapi ia dihalang AUKU. Justeru, banyaknya program jenis “aktiviti” dan “bakti, tetapi tiada atau sedikitnya jenis “advokasi” tidak melambangkan gerakan mahasiswa yang sihat dan segar.(Saifudin Abdullah 2010)

Program dewasa ni khususnya di UiTM  lebih kepada program aktiviti dan bakti, jarang kita dengar program yg berbentuk advokasi.Badan2 pelajar di UiTM spt MPP,JPK, dan Persatuan dalaman dapat melakukan sesuatu yg memberi impak kepada siapa yg mereka wakili,MPP kpd pelajar,JPK kepada pelajar kolej dan persatuan dalaman kepada ahlinya.

Kebanyakannya hanya menurut sahaja kata2 penasihat mengenai orientasi program, dan kadang2 hanya memenuhi agenda dr pengurusan sahaja . Perbincangan bersama mahasiswa hanyalah mengenai perkara2 teknikal sahaja. Adakah sekadar itu tugas kami sebagai mahasiswa,atau tidak lebih hanya sekadar pengawas sekolah.

Pihak2 yg berurusan dengan badan pelajar atau wakil pelajar spt HEP,PPP,Penasihat Kelab & persatuan Pengetua Kolej,Pengurus Kolej dsb haruslah bersifat terbuka dalam mengamalkan skil politik . Beri ruang politik mahasiswa di kampus,demokrasi yg harus diamalkan haruslah berada pada tahap yg tertinggi sesuai dengan kapasiti mahasiswa adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Jika mereka mengamalkan sikap politik yg kotor jangan terkejut satu hari nanti mahasiswa akan bertindak dengan lebih kotor dan kita tidak mahu itu berlaku. Mahasiswa UiTM sedang memerhati.

KEBAKARAN DI JATI!!!!

Kolej jati UiTM dikejutkan dgn satu kebakaran malam tadi,kejadian berlaku pada pukul 2.30 pagi yg bermula dari bahagian sampah belakang blok C. Api merebak dengan cepat sehingga naik ke tingkat 6,kejadian berpunca dikatakan dari puntung rokok yg dibuang ke dalam tong sampah di bawah,hasil siasatan penuh masih ditunggu.
video
 Kebakaran pada mulanya diselamatkan oleh hasil usaha pelajar sendiri sebelum pihak bomba datang.
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku sekadar apa yg dilaporkan,hanya 5 org cedera,sorg patah kaki,2 org terseliuh dan 2 org melecur(seorg 50 % dan sorang lg 30% melecur) kerana panik di atas apa yg berlaku. Diharap pihak pengurusan jati dapat memberi  laporan penuh kepada pelajar di atas kejadian yg berlaku.-TEAM CAKNA GMM-

PIDATO PERPADUAN MELAYU

TEAM CAKNA GMM telah mengikuti pidato perpaduan melayu yang berlangsung di Dataran Mawar ahad lepas 25/9.Alhamdulillah sambutan daripada pelajar amat menggalakkan dengan 6 khemah yg disediakan hampir penuh ditambah org yg duduk bersila dibelakang2,jarang pidato atau program ilmiah dapat sambutan melainkan ada perkara2 yg mendorong mahasiswa uitm keluar,satu kerana kupon,dua makan dan ketiga mungkin juga dipaksa atau diugut dalam kelayakan permohonan  kolej semester hadapan.

Speaker pidato pada malam itu terdiri dari 3 orang,speaker pertama Sdr.Lokman Adam (panel pemikir JASA) (klik),kedua Ir Razif(akademi nusantara) dan speaker terakhir Dato' Dr. Syed Ahmad bin Syed SamsuddinAl-Saggof (ketua akademi nusantara) (klik). Melihat speaker kedua dan ketiga adalah kelayakan mereka utk bercerita mengenai perpaduan melayu,tapi bila melihat speaker pertama,kami TEAM GMM berasa pelik.Peliknya berasas dalam pidatonya yg akan kami ulas di bawah.

Pemidato kedua banyak mengungkapkan mengenai sejarah melayu,sejarah yg ada perlu ditafsir sebetulnya oleh orang yang layak,bkan menafsir ikut kepentingan masing2,itu yg tersirat dalam ucapannya,beliau juga ada menekankan bahawa islamlah yg mengangkat bangsa melayu,sangat tepat apa yg diperkatakan dimana dahulu org melayu sangat berpegang teguh pada syariat dan secara sinis juga bila mana melayu automatic agamnya islam biarpon amalan nya tidak berlandaskan syariat. Akhir ucapannya diselangi jenaka tan sri dan dato’seri kahwin tiga (kami lupa jenakanya tu)


Pemidato ketiga menerima sambutan yg menggalakkan dr audiens dengan karekternya yg sesuai dengan gelaran yg dibawa iaitu ikon pidato Malaysia. Gaya bebas nya berpidato dengan kata2 yg memikat dan lantang diselangi jenaka2 yg santai mengundang sorakan dan tepukan mahasiswa. Antara isi penting yg diungkapkan dalam membentuk perpaduan melayu ada 2 aspek iaitu pertama SEMANGAT,semangat yg jitu dan kuat mampu menumbangkan segala perkara dan anasir2 yg mendatang . Semangat bukan shj dr kata2,tapi perlu dibuktikan dgn ‘action’. Aspek kedua ialah ILMU,semangat yg ada perlu diiringi dengan ilmu yg cukup,sebab tanpa ilmu kita akan terburu2 dgn semangat yg ada,malah semangat mungkin akan luntur tanpa adanya ilmu.Kite perlu FAHAM apa yg kite SEMANGAT kan supaya tidak menjadi seperti kerbau yg dicucuk hidung pergi kemana-mana tanpa tahu tujuannya.Akhir ucapannya disudahi dengan satu trademark,”u’re da bst,I’m da bst, we’re da bst” dan satu tepukan gemuruh dr mahasiswa sekalian.


Sebenarnya TEAM CAKNA GMM dan mahasiswa yg lain sudah berasa tidak selesa dgn speaker pertama yg dijemput oleh penganjur iaitu Sdr. Lokman Adam . Ucapan beliau yg tidak tersirat sedikit pon bagaimana cara2 untuk menyatu padukan melayu,yg banyak dihamburkan adalah hentam-menghentam parti pembangkang dan tokoh2 parti pembangkang,Itu bukan nya menyatu padukan tapi mahu memecah belahkan umat melayu di Malaysia ini. Kami berasa kecewa dgn kehadiran beliau dalam kampus kami yg mana ia mendidik mahsiswa kearah satu sifat yg negative dan melemahkan keintelektuan mahasiswa. 


Akhirnya kami di pihak TEAM CAKNA GMM mengucapkan sekalung tahniah buat penganjur IMPAK( Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu) kerana menganjurkan pidato tersebut,disamping mendedahkan mahasiwa pada isu2 dalam memartabatkan bangsa melayu ia juga melatih mahasiswa utk berpidato,cume pandangan peringkat kami perlulah bersifat ‘selective’ dalam memilih speaker,bukankah ia sudah menjadi polisi dalam UiTM yg suka menapis penceramah2 yg ingin datg memberi pencerahan kepada mahasiswa di sini,jadi bagaimana ada juga yg terlepas. Kami mahasiswa sentiasa dahagakan ilmu yg bermanfaat..SYABAS..

-KESEDARAN DARI PEMBUDAYAAN ILMU-GMM 2011

 

 


PARTI POLITIK DI KAMPUS??

Kesibukan menyusun jadual dan menguruskan perkara berkaitan akademik seminggu ni kami dikejutkan dengan beberapa bunting di sekitar DATC berkenaan program dalaman sebuah parti yg jelas2 terpampang logo parti tersebut. Kami tidaklah menghalang kemasukannya dan sememangnya layak untuk mereka berbuat di premis berkenaan sebab ia adalah parti pemerintah,tapi bagi kami ia agak bercanggah dengan prinsip tidak melibatkan mahasiswa dalam politik semasa berada di alam kampus. Jika ia adalah agenda kerajaan kita sebagai mahasiswa perlu meraikannya tapi bila mana agenda parti sudah pasti ia menganggu pemikiran mahasiswa di sini yang mana selalunya menggunakan mahasiswa untuk membantu agenda mereka. Kami meraikan titah sultan Selangor yg katakan supaya dihentikan politik di kampus,lagi2 politik kepartian.( http://www.malaysiakini.com/news/172387)

Politik yg dibawa dalam kampus ad pro dan kontranya,pronya memberi pendedahan kepada mahasiswa akan dunia politik di luar sane yg memerlukan kehadiran mereka kelak, jadi mahasiswa perlu membiasakan diri dengan aktiviti2,program dan segala bentuk yg menjerumus mereka kearah itu,selain itu ia sebagai nilai tambah kepimpinan mahasiswa itu kelak berbanding mahsiswa yg hanya berada dalam ‘wayar’ internet sahaja.kontranya mungkin ia akan berdepan dengan kekangan akademik yg memerlukan komitmen yg agak tinggi,tapi bagi kami ia adalah latihan yg biase dalam kite mengkehendakkan sesuatu perkara yg baik.

Tetapi politik yg dibawa dalam kampus haruslah seimbang dan tidak melemahkan keintelektuan kami mahasiswa melayu UiTM. Aktiviti parti dalaman yg selalunya member kata2 berbaur ugutan,ancaman dan janji manis yg tidak berpijak haruslah dibuang,lakukan secara ilmiah dengan ada kan forum2,wacana ilmiah,pidato dgn syarat ia tidak boleh digelapkan isi dan ahli panelnya,berikan kami kebebasan utk berfikir dan jangan halang kami untuk terus mencari kebenaran.

Kepada pihak2 yang berkenaan,seperti HEP,MPP dan badan2 yg lain..kami mohon kerjasama anda dalam meraikan keintelektuan mahasiswa seperti kami.
-KESEDARAN DARI PEMBUDAYAAN ILMU-GMM 2011

Selamat datang dan kembali mahasiswa UiTM

Selamat datang kepada pelajar baru dan selamat kembali pada pelajar lama uitm dari kemasukan ijazah.tidak terlambat lagi mengucapkan  Tahniah kepada pelajar baru diatas kemasukan anda ke bumi bertuah UiTM ini,bukan mudah untuk menjejak kaki ke sini,dengan hasil titik peluh anda ketika SPM dan seterusnya ketentuan Allah S.W.T untuk anda ke sini. Program destini siswa yg diperkenalkan naib cancelor kita juga memberi peluang kepada anak-anak desa yg kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi sebelum ini..tahniah VC kita dengan impian dan visi beliau.

Jadi kepada pelajar baru dan lama bulatkan tekad kuatkan azam  teruskan iltizam dengan cita-cita kita sebagai mahasiswa yg terpimpin,bukan mahasiswa yg terkongkong.hapuskan stigma mahasiswa 3K,kampus,kafe dan kolej.kita sebagai generasi yg akan memimpin masa hadapan perlu lihat lebih jauh dengan keadaan sekeliling kita,jangan hanya tunggu dan terus menerima,kita mesti memberi untuk Agama,bangsa dan Negara kita..

GMM mengucapkan selamat study untuk rakan-rakan semua dan teruskan bersama kami untuk mengetahui isu-isu yg bermain dan perlu di ketahui di kalangan mahasiswa UITM khususnya dan mahasiswa Malaysia amnya.InsyaAllah kami akan kembali dengan wajah yg lebih segar pada semester ini untuk kebaikan mahasiswa UiTM semua..JOM berGMM