Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Showing posts with label ILMIAH. Show all posts
Showing posts with label ILMIAH. Show all posts

Fathihie dan suara mahasiswa yang tersekat

Pada 23 Mei 2014, merupakan satu hari kemenangan kepada mahasiswa UiTM Sabah, iaitu saudara Fathihie, kerana beliau hanya diberi amaran terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan keatas beliau.

Admin tidaklah bermaksud memilih bulu dalam memperjuangkan nama-nama tertentu sahaja untuk dibela. akan tetapi, admin hanya menuntut hak keadilan terhadap pengurusan UiTM.

Contohnya, mengapa tidak pula dikenakan tindakan bila mana ada pula mahasiswa yang menunjukan sokongan mereka kepada mana-mana tindakan kerajaan barisan nasional? Sedangkan kalau diikutkan sama juga kes beliau dengan saudara Fathihie ini.

Apa Habaq Siswa" Program anjuran Pemuda Umno Kedah dimana program ini menghimpunkan mahasiswa Anak Kedah sekitar Lembah Klang. Disamping sesi ramah mesra, program ini turut menyaksikan perasmian "Kelab Penyokong Universiti Barisan Nasional Kedah (BNKEDAH4U).

Admin pasti rakan-rakan GMM juga tahu ramai mahasiswa yang terang-terang menyatakan sokongan mereka kepada parti politik yang mereka pilih, namun mengapa adanya 'double standard' dalam layanan HEP kepada mahasiswa?

Selain itu, apa-apa sahaja diskusi matang dihalang, isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan, dituduh ada kaitan dengan politik dan tidak dibenarkan dibawa dalam kampus. Admin sebenarnya kasihan sekali dengan situasi dalam kampus UiTM khususnya kerana bicara membuka minda susah sekali untuk kedengaran. Bukan mahu ikut-ikut orang, namun perhatikan Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (SPMM USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia dan IPT lain yang hebat dan lebih terbuka diskusi dan isu dalam kampusnya, tidak lah semata isu pertahan kedaulatan sahaja. Jika kita mahu menjaga IPT kesayangan kita ini, jaga lah juga budaya ilmu di dalamnya, jangan terlalu menyekat minda mahasiswa. Hidangkan bicara dan aktiviti yang membina pemikiran kritis mereka supaya hujah sayangkan UiTM tidak keras semata demi bangsa tapi atas dasar kefahaman dan sayangkan budaya ilmu yang baik dalam kampus yang kita sayang ini. 


Admin hanya meninggalkan persoalan untuk difikirkan serta diteliti bersama. Kami tidak meminta IPTA yang kita sayang bersama ini untuk disentuh isu kedaulatannya namun apa yang kami mahu tampilkan adalah budaya ilmu yang disekat dalam kampus ini dan kerenah birokrasi yang memilih dalam tindakan. 

Kami juga sayangkan UiTM seperti alumni dan mahasiswa lain, sebab itu kami pantulkan perkara ini. Kami pasti para Alumni juga mengharap bakal alumni yang akan menyertai mereka lebih mengerti akan kenapa mereka mempertahankan slogan 'UiTM dihatiku' itu. Bukan lah semata bangsa, tapi kerana kualiti universiti ini.

Kami ingin menjadi cerminan, yang akan membuatkan kita mengelokkan apa yang kurang.

GMM; Cakna Dunia Sebenar

Antara Syiah dan Sunni; perbalahan yang membawa pepecahan


Sejarah ringkas syiah dan penyebarannya di malaysia :-


Syiah pada mulanya merupakan satu puak di zaman sahabat yang menyokong sayyidina Ali untuk menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Pada awalnya gerakan  syiah ini lebih kepada bersifat politik tetapi terjerumus kepada isu akidah selepas kewafatan sayyidina Hussein di karbala. Pengaruh syiah semakin merebak dan membentuk satu kefahaman mazhab dan akidah. Isu akidah timbul apabila wujudnya taksub dan penglabelan yang tidak baik kepada para sahabat nabi.

Syiah sebenarnya telah lama bertapak di muka bumi Malaysia melalui hasil sebaran oleh golongan pendakwah arab yang datang ke Tanah Melayu dan bermazhab syiah zaidiah. Syiah Zaidiah merupakan syiah yang paling hampir dengan sunni disebabkan fekah mereka yang hampir sama dengan mazhab Syafie justeru mendatangkan kesukaran untuk membezakannya.

Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar boleh dibawa berbincang di dalam proses taqrib adalah Zaidiah.(Proses taqrib adalah satu pendekatan antara sunni dan syiah). Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain. 

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain. 

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim Syeikh al-Bani dan lain-lain.  
Kesan revolusi Islam Iran di Malaysia :-
Tidak dapat tidak kita kena akui bahawa kesan revolusi islam Iran 1978 sedikit sebanyak telah mempengaruhi gerakan islam dan anak muda pada waktu itu. Kezaliman Shah Iran berjaya ditumbangkan oleh majoriti rakyat Iran yang mahukan pemerintahan islam. Iran di waktu ini dilihat sebagai idola oleh sesetengah ahli gerakan islam di Malaysia. Tetapi kita kena sedar bahawa hanya semangat revolusi dan strategi politik itu sahaja yang diambil bukan akidah Syiah yang jelas menyimpang dari akidah ahli sunnah wal jamaah.

Antara mazhab dan politik antarabangsa :-
Sekarang ini kita dimomokkan dengan pertembungan antara sunni dan syiah di hampir setiap krisis yang berlaku di dunia. Kita kena bijak membezakan antara persoalan mazhab dengan persoalan politik antarabangsa. Ini merupakan dua persoalan yang berbeza. Hal ini amat sukar di lakukan disebabkan byknya org jahil dikalangan sunni dan syiah. Mereka selalu terjerumus dalam kancah mazhab apabila berbicara tentang krisis antarabangsa. Krisis antarabangsa menjadi mustahil untuk dileraikan berikutan bersangkut paut dengan persoalan mazhab yang sudah mencecah 1300 tahun lamanya. Hal ini menyebabkan kita sering menaruh syak wasangka dan menutup sebarang pintu rundingan permuafakatan demi kepentingan ummah.

Perlu difahami bahawa mazhab ahli sunnah dan syiah berbeza kerana pemahaman dan penafsiran yang berbeza berhubung ayat al-quran, hadis, sirah nabi, sirah sahabat dan sejarah dunia islam itu sendiri. Sebagai contoh, kita sebagai ahli sunnah wal jamaah menolak nikah mutah dalam islam tetapi ahli syiah masih berpegang dengannya. Sebenarnya nikah mutah memang berlaku di zaman nabi, tetapi Rasulullah telah menasakhkan (memansuhkan) nikah mutah itu di dalam satu hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Masalah timbul apabila puak Syiah tidak mengiktiraf hadis tersebut kerana disifatkan sebagai menolak Syiah. 

Perkara seumpama inilah yang akan menjadi bibit perpecahan dan barah di kalangan umat islam apabila tidak diselesaikan dengan cara penuh hikmah. Jadi tidak hairanlah apabila musuh islam seperti yahudi amat gemar untuk menggunakan peluru mazhab ini untuk melaga-lagakan sunni-syiah di samping melemahkan persaudaraan islam itu sendiri.

Berkenaan krisis di Syria. Tidak dinafikan krisis di Syria merupakan krisis yang sangat rumit untuk diselesaikan. Kuasa-kuasa barat dan negara-negara komunis turut campur tangan dalam masalah ini. Masing-masing menawarkan ‘bantuan’berhelah untuk menyelesaikan kemelut di Syria dan kemelut ini semakin meruncing dengan keterlibatan Al Qaeda, Hizbullah dan Iran dalam krisis ini. Umum mengetahui bahawa Hizbullah menyediakan senjata kepada tentera Syria tetapi kita perlu terdahulu memahami bagaimana Hizbullah boleh terbabit dalam kancah peperangan di Syria ini. Hizbullah mula terbabit dalam peprangan Syria apabila gedung senjata mereka diserang oleh Al-Qaeda di sempadan Lubnan. Perkara ini sengaja dirancang oleh musuh islam yang menyelinap di dalam al-qaeda(sunni) dan menghidupkan api permusuhan dengan negara jiran yang syiah seperti Lubnan. Iran juga tidak terlepas dalam permainan musuh islam dalam hal ini dengan memberi bantuan senjata kepada tentera Rejim Basyar al Assad. Justeru, Hamas (sunni) yang sering mendapat bekalan senjata dari Hizbullah dan Iran terperangkap dalam dilema yang dicipta oleh Israel ini.

Dalam hal Syria ini, kita perlu menolak sebarang bantuan dan kuasa asing yang mencampuri urusan Syria dan dalam masa yang sama kita mendesak agar Rejim Basyar al assad menyerahkan nasib politik Syria di tangan rakyatnya sendiri melalui proses demokrasi yang adil.

Sepatutnya liga Arab dan OIC memainkan peranan mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda Negara umat islam ini dan perlu bersikap tegas dengan campur tangan kuasa asing yang mempunyai agenda tertentu dari mencampuri urus tadbir Negara Syria. Kita tidak mahu jadi seperti pepatah Melayu, “keluar mulut harimau masuk mulut buaya “ seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Manakala krisis di Mesir sepatutya mengukuhkan lagi keyakinan kita bahawa tidak perlu mengheret perbezaan sunni-syiah dalam krisis mutakhir ini. Cuba kita lihat, siapakah yang secara terang-terangan menyokong kejatuhan Dr.Morsi baru-baru ini? Tidakkah ianya dari Negara Sunni? Arab Saudi dan Qatar dengan sepantas kilat memberi bantuan kewangan berbilion ringgit kepada Rejim Al Sisi. Cuba kita bayangkan jika Iran atau Hizbullah yang mengeluarkan sokongan terbuka kepada kejatuhan Morsi ini, pasti mendapat reaksi melampau dari pecinta perpecahan sunni-syiah. Apakah kita terlupa tentang fatwa Syeikhul Azhar Mesir yang menyokong rampasan kuasa tentera juga merupakan seorang ahli sunnah wal jamaah? Justeru jelaslah disini kita telah terperangkap dalam mainan zionis Israel yang sering melaga-lagakan umat islam dengan pelbagai perkara yang kita sering berselisih  pendapat tentangnya.

Hasil kerja Israel dan musuh islam terhadap umat Islam

Pertembungan sunni-syiah :-
1.      Mewujudkan ketegangan mazhab di Negara-negara Islam.
2.      Penyebaran  video dan laporan palsu di internet yang menunjukkan kekejaman sesuatu mazhab keatas mazhab islam yang lain.
3.      Berusaha untuk mencari jalan perpecahan dan menggunakan figure politik yang lantang api permusuhannya kepada mazhab yang tidak sealiran dengan mereka.
Pertembungan sunni-sunni :-
1.      Berjaya mempengaruhi Saudi dan Qatar untuk menjatuhkan Negara sunni yang lain (mesir).
2.      Memasuki Jemaah – Jemaah islam untuk menyebarkan fahaman extremis seperti wahabi extreme yang menimbulkan kecelaruan dalam umat islam.
3.      Mendoktrin pejuang pelampau dalam islam dengan maksud jihad yang menyalahi al-quran dan sunnah. (eg: tragedi bom di london)
4.      Menyebarkan fahaman islam liberal, islam democrat,sekularisme, sosialisme dan pluralism kepada umat islam
Pertembungan syiah-syiah :-
1.      Di kalangan syiah juga berpecah dalam krisis di Syria, ada yang menyokong dan ada yang menolak.
2.      Dikalangan syiah ada yang kafir mengkafir sesama sendiri.

Kesimpulan dalam konflik sunni vs syiah :-

Selaku ahli sunnah wal jamaah, kita kena faham atas dasar apa kita bicarakan dalam masalah yang melanda umat islam. Kena bijak dalam kategorikan antara fekah, akidah dan politik bila bicara soal syiah. Dalam bab akidah, kita perlu menyucikan diri dari keseluruhan pemahaman orang syiah yang jelas menyeleweng. Tetapi jangan pula kita cepat menghukum bahawa semua syiah itu kafir kerana di sana terdapat pandangan ulama yang masih menerima syiah imamiah dan zaidiah sebgai Islam.Hadits riwayat Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar: “Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ kata-kata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika tidak (ertinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)”.

Kita dapat lihat kemesraan penduduk Yaman yang mempunyai penganut syiah Zaidiah dan sunni malahan di setiap ibadah seperti solat mereka mengerjakannya bersama. Antara faktor terjadinya situasi ini adalah disebabkan feqah yang dipegang zaidiah hampir sama dengan mazhab Syafie.

Usaha taqrib perlu terus dilakukan antara ulama sunni dan syiah dalam mencari titik pertemuan demi kesatuan umat Islam. Antara kejayaan usaha taqrib ini dapat dilihat apabila Ayatollah khomenei telah menarik pencelaan orang syiah kepada shabat-sahabat dan isteri nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, ada di antara ulama syiah yang mula menolak nikah mutah namun masih tiada kekuatan untuk mengharamkan secara terbuka kerana bimbang dengan penerimaan orang-orang syiah yang sudah lazim melakukannya. Ini satu perkembangan yang positif dalam usaha taqrib antara sunni dan syiah ini. Pemimpin syiah juga mengiktiraf orang sunni yang selayaknya memimpin dunia Islam kerana faktor majority umat islam adalah sunni. Selain itu, iran juga mengiktiraf ulama sunni apabila beberapa kali menjemput ulama sunni ke persidangan ulama mereka. Ahmadinejad juga telah meminta pandangan tokoh gerakan Islam sunni dalam krisis di Syria dimana dia diminta untuk tidak memberi sokongan kepada rejim Basyar Assad.

Syiah tidak dibenarkan menyebarkan fahaman mereka kepada negara sunni dan begitulah sebaliknya. Hal ini menjamin keamanan dan kemakmuran masyarakat umat islam yang sudah berpegang dengan akidah yang sedia ada. Perkara ini juga telah dibangkitkan Syeikh Yusuf Qaradhawi dalam menangani konflik sunni-syiah.

Berhenti dari meng’highlight’kan kekejaman yang berlaku dengan persoalan mazhab. Kutuklah si pelaku zalim bukannya mazhab yang dianuti, apakah kita rela jika orang syiah mengutuk mazhab ahli sunnah wal jamaah di atas kekejaman General al Sisi kepada Mesir?

Perkuatkanlah pembelajaran tauhid ahli sunnah wal jamaah yang sebenar dari kita membuang masa menyalahkan akidah syiah. Dengan pembelajaran tauhid inilah kita dapat menghindari fahaman syiah bahkan fahaman-fahaman yang dapat merosakkan akidah seperti anti-hadis, sekularisme, liberalisme, sosialisme, mujassimah, muktazilah, jabariah dan lain-lain.

Perbanyaklah belajar tentang sejarah politik Islam seperti kejatuhan Turki Uthmaniyyah, Abassiyah dan Umaiyah bagi mengelak umat islam terus ditipu oleh permainan musuh. Kejatuhan umat islam bukanlah disebabkan kekuatan musuh, tetapi disebabkan kelemahan umat islam itu sendiri. Berhati-hatilah dengan kuasa kuffar yang mempunyai agenda tersendiri dan berlaku adilah dalam menilai perihal umat islam.

Solusinya, kita perlu menumpukan usaha umat Islam baik sunni mahupun syiah untuk bersama-sama dalam pembebasan al-aqsa kerana matlamat kita jelas untuk mengusir zionis laknatullah yang sering melaga-lagakan umat islam dari bumi palestin. Kita perlu melaungkan slogan dan suara yang sama dalam mewujudkan titik kesatuan antara sunni dan syiah. Percayalah, dengan suara pembebasan al-aqsa inilah kita dapat menggerunkan hati-hati musuh islam justeru dapat mengalahkan agenda jahat mereka seterusnya mengembalikan daulah islamiyyah yang sudah lama diidamkan oleh semua umat manusia di muka bumi ini.

Kesimpulannya, janganlah menjadi alat percaturan zionis/Israel yang sengaja menjadikan pertelingkahan mazhab ini berpanjangan. Percayalah, sekarang ini kita telah memuaskan hati Israel dengan berperang sesama sendiri disebabkan nafsu dan kebodohan yang membabi buta. Mereka tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk memusnahkan Islam sekarang ini tetapi cukup dengan hanya meracun pemikiran dan perasaan umat islam.
 
Kepada saudara kita di mesir dan Syria bersabarlah dengan dugaan yang ditimpakan ke atas kalian. Setiap darah yang mengalir pasti akan diberi ganjaran oleh Allah di akhirat kelak. Kami di sini tidak pernah melupakan kalian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Orang-orang mukmin itu ibarat satu tubuh/jasad, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuhnya ikut merasakan sakit demam dan tidak dapat tidur." (HR. Muslim). Insya Allah akan tiba saatnya nanti kegelapan malam disinari dengan cahaya sang suria! Dan pada saat itu bergembiralah umat islam kerana akan dipayungi daulah islamiyah yang kita impikan.

Semoga Allah mengembalikan kemenangan Islam di bumi mesir, Syria dan seluruh dunia.Amin ya rabbal alamin. Wallhualam.


Artikel ini merupakan karya seorang penulis dalam team GMM yang membuat kajian terhadap isu semasa. 

-Admin GMM- 




VIRUS SYIAH; ANCAMAN KEPADA AQIDAH

Assalaamua’laikum wbt, hello there!

                                          -siri tangkapan melibatkan pengamal Syiah di Malaysia-

Kali ini Admin nak hentak sikit para pembaca dengan isu aqidah. Which is admin rasa, ramai yg pandang ringan benda ni. Seriusly, admin risau dengan permasalahan ini. 

Admin bukanlah arif dalam hal aqidah ni, jadi admin sarankan rujuk artikel ini: Penjelasan JAKIM mengenai Syiah





 Penjelasan panjang lebar oleh JAKIM pastinya membuatkan pembaca di luar sana lebih faham mengapa Syiah harus dihindari. 

Disini Admin nak senaraikan beberapa ciri-ciri agama(pengamal/amalan) syiah.

15 CIRI-CIRI AGAMA(PENGAMAL) SYIAH.

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.




10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Diterjemahkan dari sumber lppimakassar

Kredit : Detik Islam
Admin harap kita semua terlindung daripada kerosakan aqidah. Admin mohon rakan pembaca berhati-hati dalam setiap perkara khususnya yang berkaitan agama. Bukannya apa, umum menyaksikan kesan penglibatan Syiah dalam beberapa buah negara yang bergolak khususnya Syria yang bermandikan darah justeru sebagai kesan negatif kepada ketaksuban penganut fahaman ini. 


Admin juga khuatir akan pengaruh Syiah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia berikutan paparan mengenainya semakin banyak tersiar di dada-dada akhbar. Apa yang lebih merisaukan adalah, melalui tiket 'mut'ah', pengamal agama ini senang menjerat sasaran mereka iaitu golongan muda yang kurang mendalami ilmu agama terutamanya mahasiswa/i yang masih menuntut di universiti. 

Admin menggalakkan para pembaca mendalami akan permasalahan aqidah ini untuk kita sama-sama mencari penyelesaian kepada krisis penyebarannya dalam kalangan masyarakat. 


Sama-samalah kita menjaga kemurnian aqidah kita daripada anasir yang membawa kepada penyelewengan dan terpesong daripada landasan agama yang sebenar. Admin tidak melarang untuk mempercayai mana-mana pegangan, namun fikirkan lah kesannya jika pegangan itu membawa kepada ketaksuban dan penyelewengan yang jauh daripada amalan yang dibenarkan menurut alquran dan sunnah yang menjadi pegangan kita.  


Admin memetik isu mengenai taksub keluaran majalah I, terbitan Karangkraf;

“Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..”  

(rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`). 

Walau sesiapa pun kita, jangan kita terburu-buru mencela pegangan yang lain, mungkin kunci penyelesaian ada pada perbincangan bersama agar pemurnian aqidah dapat dicapai. 

"Dan Janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dibuatnya" (Al-Isra':36)



"Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui,"(An-Nahl:43)


Ayuh bentengi kecelaruan aqidah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan membaca kajian dan pendapat mengenainya. Sebelum kita melakukan apa-apa, rujuk lah kembali sumber utama kita, quran dan sunnah.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran  dan Sunnahku." - Rasulullah S.A.W


Keep supporting us! =)
-Admin-
 



DARI MEJA MPP: "MAHASISWA, INTELEKTUAL DAN GMM: SATU PANDANGAN"


GMM: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga UiTM seluruh Malaysia khususnya. Berikut adalah sedikit ulasan MPP UiTM Shah Alam mengenai GMM.
Tahniah dan terima kasih didahulukan dari pihak kami atas keprihatinan pihak Tuan. Kami di pihak GMM bukanlah untuk mengkritik tapi adalah sekadar mahu membina atau menyediakan ruang untuk mahasiswa UiTM berbicara segala permasalahan kampus mahupun dunia luar. Kami tidak mampu untuk melaksanakan apa yang rakan-rakan GMM lontarkan, tapi anggaplah kami sebagai satu "third force" dalam kepimpinan dan pentadbiran UiTM. Terima kasih daun keladi buat MPP,UiTM sentiasa di hati.


Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM,
Saudara Mohd. Farid Zuhri Ismail


Universiti adalah tempat para pencari ilmu berkumpul, berbincang, membangkitkan persoalan dan menghasilkan jawapan. Boleh dikatakan di universiti lah tempat kelahiran manusia-manusia berilmu, bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia. Ini adalah kerana ilmu itu sendiri menjadi cahaya penyuluh jalan membunuh gelap jahiliyah atau kedunguan insan dalam mengharungi kehidupan. Tempat ilmu ini juga membuatkan para penuntutnya berbahasa secara sopan dan berbahas secara ilmiah. Inilah budi pekerti seorang penuntut ilmu peringkat tertinggi, yang bangga kita gelarkan mahasiswa.
Mahasiswa juga sinonim dengan usia muda belia. Pada usia tahap ini timbulnya perasaan ingin tahu yang menebal, pemikiran semakin kreatif dan kritis serta idealis, juga bersemangat dalam mengutarakan sesuatu isu atau mempertahankan hujah. Kematangan mahasiswa tidak dapat diragui lagi pada peringkat ini. Dan kerana itulah saya merasakan mahasiswa semakin berani menyatakan pandangan serta membangkitkan persoalan untuk pelbagai perkara dalam wadah yang disediakan. Adalah tidak salah, dalam ruang lingkup demokrasi yang disediakan, menyuarakan pandangan serta kritikan, dari sudut pemikiran mahasiswa itu sendiri, tanpa mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir lain yang dapat mengugatkan nilai keintelektualan seorang mahasiswa.
Semangat para mahasiswa yang jitu itu harus dibentuk ke arah yang baik serta kukuh pegangannya, bukan mudah beremosi dalam menghadapi sesuatu yang tidak mereka setujui. Bijak adalah sifat yang perlu dipupuk dalam perlakuan, pemikiran serta tindak-tanduk mahasiswa dalam membina diri untuk persediaan terjun ke dunia yang lebih mencabar selepas alam universiti.Jika hanya mengikut perasaan membuta tuli dalam tindakan serta mudah terperangkap dengan isu-isu yang timbul, jelas menunjukan keilmuan yang mereka ada belum cukup kuat untuk menerangkan kegelapan yang melingkari mereka.

Berbicara secara ilmiah, padat dengan nilai kefahaman yang tinggi, hujah yang nyata serta bukti yang jelas adalah perlu dipandu dengan undang-undang yang membina dan mengawal, ini agar suasana itu tidak terkeluar daripada skop perbincangan yang begitu luas itu. Undang-undang tidak mengongkong, malah memberi panduan serta jalan yang selamat dari tergelincir ke lembah kehancuran. Bayangkan saja negara tanpa undang-undang, bukankah akan membuatkan keadaannya kucar-kacir. Begitulah juga dalam sebuah universiti, mahasiswa akan mudah rosak dan 'dirosakkan' tanpa undang-undang. Penghormatan pada undang-undang yang sedia ada adalah penyediaan melahirkan warga yang mulia serta masyarakat yang dihormati.

Disini ingin saya kaitkan dengan pandangan saya itu dengan kemunculan GMM (Gabungan Mahasiswa Merdeka), yang dapat saya pastikan adalah satu wadah untuk para mahasiwa yang kritis dalam mengutarakan pandangan serta prihatin dengan isu universiti secara khusus nya dan isu luar secara am nya. Mereka juga dapat lah kita ketahui terdiri di kalangan pelajar UiTM itu sendiri, melalui apa yang disediakan dalam laman blog mereka. Mereka juga ada facebook serta menjemput kebanyakan dari kita untuk bersama mereka membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan.

Saya ada beberapa pandangan tentang kumpulan ini, pada apa yang saya lihat dan dengar dari pelbagai pihak. Satunya tindakan mereka dalam membangkitkan isu-isu berkaitan universiti adalah tanda peduli mereka terhadap universiti. Ini dapat menghilangkan stigma yang wujud dan makin membiak di kalangan masyarakat, iaitu isu mahasiswa lesu. Ini juga menunkjukan bukan semua mahasiswa, yang sering dituduh mengamalkan 3K (Kolej, Kampus, Kafe) serta tidak aktif membabitkan diri dalam program universiti. Tetapi perlu dinilai adakah keprihatinan mereka (GMM) dalam mengutarakan isu kampus itu adalah kerana memang ingin membantu menyelesaikan masalah atau hanya menimbulkan masalah untuk menampakan kelemahan. Mungkin ada yang mempersoalkan niat itu sukar ditafsirkan, tetapi ianya boleh dibuktikan dengan tindakan, dalam hal ini, mengenai perkara yang dibangkitkan, dalam sesuatu isu tanpa melihat gambaran yang lebih luas serta jelas menunjukkan hanya bertujuan untuk menghentam sesuatu pihak. Tanpa bukti yang kukuh serta hujah yang nyata, adalah memalukan jika hanya memaparkan sesuatu yang tidak jelas serta mudah disangkal kebenarannya. Terhina status mahasiswa itu jika bertindak sedemikian.

Selajutnya saya melihat GMM medan membina pemikiran yang luas. Kita harus tercabar dalam perkara-perkara yang dibangkitkan agar kita boleh melahirkan pemikiran yang kritikal serta boleh berfikir secara matang. Tidaklah kita hanya di kaitkan dengan stigma 'suka hiburan' saja, walaupun sudah menjadi fitrah zaman muda ini seperti zaman hiburan tidak berbatasan. Namun begitu, adakah menimbulkan isu-isu yang kritikal itu adalah atas kesedaran mahasiswa itu sendiri terhadap perkara tersebut atau kerana 'dipandu' atau 'dibayangi' oleh entiti atau pegangan tertentu. Tidak pula pantas saya ingin menuduh mereka adalah wakil 'orang luar' atau mencandu idea golongan 'tertentu', tetapi perkara ini dapat dihidu melalui apa yang mereka paparkan dalam laman mereka, dan tidak perlulah saya mengulaskan satu persatu, kita hanya perlu baca apa yang disediakan di laman blog mereka dan nilai lah melalui kefahaman anda yang luas.

Akhir kalam, saya tidak berniat langsung untuk membangkit kan isu ini agar kalian merasakan GMM tidak relevan serta berpaksikan sesuatu pihak, dan juga tidak saya ingin menyokong seratus peratus tindakan yang mereka lakukan. Apa yang baik (bagi kita; melayu, muslim dan malaysia), harus kita hayati dan sokongi dan apa yang jelas buruk harus kita hindari. Saya mengharapkan mereka bukan apa yang saya persoalkan, kerana jika ya, kita amat rugi mempunyai mahasiswa-mahasiswi yang cakna dan berpemikiran tajam, namun sayangnya rupanya ada udang di sebalik batu.

Dan pada kalian juga saya harapkan agar apabila membaca perkara yang di bangkit kan, jangan mudah dan gelojoh melabelkan pihak tertentu, kerana ianya juga menunjukan minda kalian dipengaruhi (serta mudah terpengaruh) oleh sesuatu sebenarnya. Marilah sama-sama kita mengangkat pemikiran intelektual mahasiswa yang bebas dari sebarang pengaruh, tetapi dipandu oleh ilmu, kefahaman, jati diri dan sahsiah yang mulia agar kita menimbang setiap yang kita hadapi dengan pandangan kita jelas. Semuanya kini terpulang untuk kalian menilai mereka ini apa sebenarnya.
Jangan kita bunuh nilai intelektual mahasiswa. Bijaklah menilai sesuatu perkara dengan kadar kefahaman kita.

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Wallahualam.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM,

Saudara Mohd. Farid Zuhri Ismail.