Pertamanya saya ingin menegaskan pendirian GMM dalam isu ISA (Internal Security Act), kami sama sekali tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan penggunaan ISA kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hukum-hakam Islam itu sendiri. Ciri-ciri ISA yang paling jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan terutamanya dengan hukum-hakam Islam ialah penafian hak untuk membela diri serta dibicarakan di atas kesalahan yang dituduh. Sedangkan mahkamah Allah pun punya perbicaraan, inikan pula dalam konteks perlaksanaan undang-undang manusia. Maka dalam hal ini, sesiapa sekalipun yang ditahan di bawah ISA ianya suatu tindakan yang tidak ‘Hadhari’ dan pihak yang mengeluarkan arahan merupakan individu atau kumpulan yang tidak berhati perut dan rendah nilai moralnya kerana tidak takut melakukan kezaliman di bulan Ramadhan yang mulia ini.
, kami bersetuju agar tindakan diambil ke atas mereka yang jelas menyalahi undang-undang negara dan berniat untuk menimbulkan kekecohan serta mengganggu-gugat ketenteraman negara termasuklah dalam isu-isu berkenaan dengan agama dan perkauman.
Keduanya, GMM menolak sebarang usaha untuk mencetuskan ketegangan kaum dalam negara dengan memainkan isu-isu sensitif yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita yang tercinta ini samada daripada mana-mana parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan tertentu mahupun orang perseorangan. Keharmonian dalam negara perlu dipelihara dan setiap warga negara perlu menghormati hak setiap warganegara seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Ketiga, GMM berpendapat isu ketegangan antara kaum merupakan isu yang sengaja ditimbulkan dan dimainkan oleh parti-parti politik dalam negara untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat bukan sahaja kepada bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India bahkan kepada bangsa Melayu sendiri. Kami beranggapan begini apabila melihat kepada senario yang berlaku selepas Pilihanraya Umum ke-12 apabila wujud kecenderungan untuk memainkan isu perpaduan melayu kononnya melayu sedang diganggu gugat, isu DEB, isu penternakan babi di Selangor, isu muzakarah UMNO-PAS, isu kuato 10% UiTM, isu papan tanda tulisan jawi, isu azan dan isu Datuk Ahmad Ismail. Semua ini hanyalah permainan psikologi dan perang saraf pemimpin parti-parti politik untuk meraih sokongan rakyat dengan cara menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Sehubungan dengan itu, GMM menyeru semua mahasiswa UiTM agar tidak terpedaya dengan mainan politik ini dan kami menyeru pihak pentadbiran universiti agar tidak menjadi boneka kepada mana-mana parti politik. Hentikan segera sebarang usaha untuk menanam kebencian bangsa melayu kepada kaum-kaum lain seperti Cina dan
Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita semua dapat memuhasabah diri dan merenung kembali hakikat kehidupan kita di dunia ini. Semoga kita akan menemui pengertian sebenar sebuah perjuangan yang diredhai dan diberkati.
Wan Haiqal Wan Ibrahim
Pengerusi GMM
aduhai malaysiaku tercinta.
ReplyDeletebaru habis kelas tadi. hampir gugur jantung sebab memang 'habeas corpus' SUSAH SEKALI ' UTK DIBERIKAN PADA TAHANAN2 UNDER PREVENTIVE DETENTION (EG. ISA). nape ek?
sebab act of parliament sendiri dah berikan kuasa yg amat besaarrr kat home ministry utk 'sumbat' kan mana2 org yg dia rasa boley mengancam keselamatan negara.
scope act of parliament baru2 ni dah dikecikan. habeas corpus hanya diberi bila ada 'technical flow'. aduhai...for sure depa akan pastikan benda ni x terjadi.
(habeas corpus: 'hadiah' yg diberikan pada tahanan yg ditahan secara x adil. mahkamah bebaskan tahanan tersebut)