Atas pentas ini, jadi tempat persinggahan kepada kita untuk menimba segala peluang yang ada. Dari saat kita dilahirkan lagi..segala modal sudah diberi supaya kita mampu untuk membuat perniagaan besar-besaran lantaran saham untuk bertemuNya begitu tinggi nilainya. Sememnagnya kita bukanlah watak utama dalam pentas dunia yang berliku-liku ini namun sedarkah kita setiap diri kita adalah watak utama dalam cerita masing-masing.
'PeLAkOn'nya kita..
ber’sKRip’kan Al-Quran dan hadith..
‘caMerAmAn’nya adalah malaikat..
BERpeNtAskan dunia..
Bulan,bintang dan makhluk lainnya jadi sAKsi tingkah-laku kita..
Dan Allah SWT.. sebagai ’diReCtor’nya..
Bangun pagi kita sedar dan sujud mengaku ketuhananNya..namun apabila selangkah kita ke alam dunia, ingatan pada Allah SWT melayang entah ke mana kerana ujian menerpa tak terdaya dilalui dengan peraturanNya. Tidak diciptakan segalanya didunia semata-mata tanpa ujian buat kita..sekeliling kita adalah ujian buat kita. Hatta sebatang pena, kertas, kerusi dan meja adalah ujian buat kita..inikan pula siswi-siswi jelita menggoda, siswa-siswa kacak bergaya, wang-wang persatuan yang tergolek menanti diterpa, dan hiburan buatan mahasiswa yang tak sudah-sudah akan menguji kalimah syahadah kita setiap hari..bentengnya adalah takwa dan sejauh mana kepekaan mahasiswa tentang isu-isu akidah sama-samalah kita renungkan dan sama-samalah nasihat-menasihati.
Musim peperiksaan sudah menjelma..ujian percuma yang bakal dibayar pula dengan keputusan disehelai kertas berwarna. Sama-sama kita teguhkan hati, mengabdi diri dimeja dan bertemankan buku-buku dan pena. Jangan kita lupa tentang hebatnya sebatang pena yang mampu mengubah dan menggoncang dunia. Para pemimpin dan pemikir dunia semuanya lahir kerana kesetiaan mereka kepada sebatang pena. Dari patah-patah perkataan dan lakaran minda sebatang pena..kita mampu melihat dan memahami ilmu, pemikiran dan hati manusia..tak akan mahasiswa mengerti kalimat I LOVE YOU, CO2 , , glomerular, FSPU dan diktator dunia jika tiada pena sebagai pemulanya. Sukar sangatkah meneguk ilmu yang dibaca hingga tangan pemegang pena terpaksa membawa ‘toyol’ yang pelbagai bentuk dan rupa. Ke mana hilangnya jati diri mahasiswa dan begitu terukkah sistem pembelajaran universiti hingga membuatkan mahasiswa gah membawa nota-nota kecil dalam dewan peperiksaan? Malu..melihat ada mahasiswa menyelit nota dalam pakaian, berlama-lama ke tandas masa peperiksaan.. konon untuk merehatkan minda..paling bergaya keluar awal dari bilik peperiksaan kerana kontang idea menconteng buku jawapan peperiksaan..salah pena ke..?
Mahasiswa perlu dikejut kesan dari ubat pelali hiburan sia-sia dan kotak selesa mereka. HIburan, kemewahan melampau tanpa perkiraan dan pengacuan mahasiswa yang hanya berunsurkan teras dunia tanpa agama suci perlu dihentikan. Jemaah Majlis Perwakilan Pelajar dan persatuan-persatuan dalaman sama-samalah merebut peluang perniagaan yang tiada tara pulangannya dari ‘director’ Yang Maha Kuasa berkat dari membantu memimpin sekalian mahasiswa kearah menjadi manusia yang bukan sekadar BIJAKSINI malahan BIJAKSANA..sama-sama memikul amanah dan sama-samalah kita berjihad bersama-sama PENA dalam melakar indah titisan-titsan ilmu Allah SWT. Semoga kita akan tersenyum lega menghabiskan ‘skrip’ lakonan kita, membuatkan ‘cameraman’ mampu merakam aksi-aksi yang mampu buat kita capai Anugerah Skrin Timbang Tara dan ‘direktor’ mampu menerima kita sebagai pelakon handalan yang disayangiNYa..akhir kata, berlakOn la ikOt skrip..kalO tak mO diRektOr murkA..........
..SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..