Pernahkah kita terfikir dan kadang-kadang mengelamun sendirian apabila terasa penat dan letih mengikut segala peraturan yang ada..sedangkan kita masing-masing mempunyai corak kehidupan berbeza dan inginkan kebebasan dalam memilih corak hidup kita. Kadang-kadang kita rasakan peraturan yang sedia ada tidak sesuai dengan hati dan kehendak kita. Tidak sesuai dengan rutin hidup kita yang semakin berubah setiap hari dan masa. Tidak perlu ke kuliah setiap hari dan bebas mengikut jadual hidup kita sendiri. Tidak perlu menandatangan kehadiran setiap kali ke kelas. Mengatur jadual sendiri. Boleh berjumpa dengan pensyarah tanpa batas masa dan bebas memilih pensyarah yang diingini..idea dan rencana kita juga bebas disalur dan dikongsi bersama semua orang. Setiap idea kolot atau apa sahaja dalam pemikiran kita bukankah indah jika tiada insan lain yang cuba menghalang dan menakut-nakutkan mahasiswa kesan dari beraninya mereka bersuara..?
Kadang-kadang terfikir juga..kenapa awal-awal lagi tidak ada jadual peperiksaan. Tidak akan menjadi mudahkah pilihan mahasiswa setelah semuanya tersedia untuk diberi ‘OPTION’..? atau mahasiswa masih lagi tidak mampu diberi kepercayaan berdikari untuk memilih ‘OPTION’ sendiri..? Ahh..hampir-hampir terlewat ke kuliah. Sunat Dhuha nak ditegak tapi kuliah perlu sampai awal. Assignment pula nak rujuk banyak buku. Tapi..
Belajar akan menjadi lebih indah jika perpustakaan yang kononnya amat gah dari kualiti dan pencapaian mereka penuh dengan buku-buku dari seluruh dunia. Himpunan ilmu yang pelbagai tersimpan dalam perpustakaan dan mahasiswa bebas menggunakannya. Adakah kerana yuran yang dibayar mahasiswa tidak mencukupi untuk membeli buku-buku baru dan terkini dari seluruh negara..atau buku-buku tidak dilihat sebagai bahan ramuan penting dalam membentuk minda dan pemikiran kami? Atau masih dalam pemprosesan lagi..? Kita perlu lakukan sesuatu..
Atuk pernah pesan;
Kau akan jadi raja apabila BUKU kau jadikan sebagai pendita,
SETIA bersama, BAWA kemana..
Walau SEHELAI MUKA kau baca sudah cukup bermakna,
Kerana ILMU itu mudah kau kecap setelah kau menCINTAInya..
0 comments:
Post a Comment