Samseng vs Mahasiswa

Bahang PRU kian terasa kehangatannya.mungkinkah sudah dekat waktu yang sudah berkurun dirahsiakan drpd masyarakat..?

are u ready 4 PRU?
YESSSS..



Kita sudah sedia maklum dalam pentas politik negara, kuasa mahasiswa dikatakan satu kuasa yg tidak seharusnya dipandang enteng. Mahasiswa merupakan antara tunjang utama dalam menentukan hala tuju politik nasional kita. Maka, cukup silap besar siapapun yang menafikan kuasa ini.

Bukti?
Terbaru..

Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13(GM13) mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang. Bermakna, akan melawan PM kita, Dato’ Seri Najib. Bukan calang-calang..


Namun melihat laporan tv3 tempoh hari cukup menyedihkan (seperti selalu).  Namun, sebelum itu lagi, cukup luas dilaporkan di laman facebook dan di ruang legar internet yg melaporkan mahasiswa diserang oleh ‘samseng-samseng’ yang mengugut malah mengancam keselamatan mereka ketika mereka berkempen di pekan.

apa ni mehh??
Belum pun lagi nama calon mewakili mahasiswa diumumkan.
Mengapa gusar?
mengapa rasa terancam?
dan mengapa perlu hantar samseng2’??

Mahasiswa berkempen menbawa idea dan hujah. Nahh..mengapa tidak ber‘versus’ sedemikian juga. Mengapa perlu menghantar ‘samseng2’ untuk memberi amaran kpd mahasiswa ini untuk berkempen? Hingga ad yg tercedera. Paling ‘dayus’ hingga dilaporkan tudung siswi juga ditarik.

oh apekahhh..?

Jika benar mahu pertahankan kekuatan kawasan PM sekalipun,  tidak perlu menghantar ‘keganasan’ untuk berhadapan dengan mahasiswa. Cukup memalukan. Cukup menyedihkan.
Maka saya cukup percaya perkara ini tidak akan didiamkan sahaja oleh para mahasiswa.

Kuasa mahasiswa.

Lagi ditekan lagi dibalas lantunan.

Tak percaya?

Tunggu dan lihat!!

p/s : kalaupun samseng2 ini tidak dihantar oleh mana2 pemimpin. Tp pemimpin kawasan seharusnya mengahalang keganasan ini daripada berlaku.

2 comments:

  1. Yesssss, Kebenaran dan keyakinan membuahkan "KEMANISAN" di penghujung Jalan, in sya Allah... untuk semua... Kami mendokong kecemerlangan semua... semoga berjaya...

    ReplyDelete
  2. Orang yang bacul atau risau tempatnya terancam sahaja yg hantar budak2 x terpelajar utk menyerang Mahasiswa. Atau manusia yg risau pemimpin yg disanjung jatuh saje yg akn menyerang mahasiswa yg tak berdosa ni. ~no hard feeling~ =)

    ReplyDelete