Minggu ini, dunia dan ummah dikejutkan dengan serangan
terhadap Gaza oleh Israel. Ketepikan sementara isu nasional, isu ummah ini
nyata lebih berhak diberikan perhatian oleh kita. Saat semua rakyat
bersolidariti bangkit menentang kezaliman Zionist, ternanti-nanti juga apakah
pandangan pemimpin Islam dan pemimpin negara berkenaan isu ini. Masih
tertanya-tanya akan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan
Kerjasama Islam dalam isu yang tidak berkesudahan ini. Bukan mencari kesalahan,
bukan menunding jari, tetapi dimana tanggungjawab atas keadaan yang mendesak
ini? Sampai bilakah Gaza akan terus dirobek kebebasannya? Ia sudah termasuk
jenayah antarabangsa yang sekian lama masih lagi tiada jalan penyelasaiannya.
Mungkin ada yang berkata, tidak payah lah menagih perhatian
mereka, biarkan mereka tidak cakna. Malas mahu memaksa dan sebagainya, namun,
hendaklah kita tahu, kesatuan ummah ini memerlukan kepimpinan. Jika pemimpin
tertinggi negara dan pemimpin negara Islam masih berdolak-dalih dengan pendirian
terhadap penindasan umat Islam dan pencerobohan kemanusiaan ini, maka KITA
PERLU PAKSA mereka untuk PANDANG isu ini. PAKSA DENGAN APA SAHAJA YANG KITA
MAMPU.
Ayuh, bangkit! Sebarkan kuasa laman sosial anda. Tak mampu
nak berjuang ke sana, gunakan teknologi, gunakan informasi sampaikan pada yang
belum mengetahui. Kejutkan yang masih lena! Mahasiswa yang tahu akan keadaan ini, teruskan mendesak agar kezaliman tumbang! Teruskan dengan cakna dan solidariti anda. Masih ramai yang masih tidak sedar akan kondisi ummah ini.
Doa, berdoa dan berdoa sebanyaknya untuk mereka di sana.
Kerana kita semua berkongsi darah yang sama, yakni darah umat Islam.
“Kita bukan kena jadi mujahidin untuk tahu penderitaan
ummah, cukuplah cuba menjadi seorang saudara, cukuplah cuba menjadi seorang
manusia”
GMM MENENTANG KEZALIMAN ZIONIST
TUNTUT PEMBEBASAN UMMAH!!
Antara rujukan semasa yang boleh diikuti