Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Serpihan MH17 kemuncak krisis politik Russia-Ukraine



Tragedi MH17 yang mengejutkan dunia hari ini umpama satu kisah terancang yang cuba mengalihkan pandangan dan simpati dunia yang mulai terarah di tanah bergolak Palestine. Dalam siri ketegangan yang melanda beberapa buah negara, mengapa MH17 seolah mendapat sorotan lampu utama dunia melebihi kisah krisis lainnya? Sudah tentu kerana ia ada ‘kisah’ yang besar di sebaliknya. Ikuti tinta seorang penulis yang berkongsi hasil pembacaannya bersama team GMM. 

Sebaik nahas MH17 berlaku, fokus dunia kembali terarah kepada pergolakan antara Russia dan Ukraine. Ketegangan politik yang berlaku hari ini adalah lanjutan daripada pertembungan dua blok utama dunia iaitu Amerika dan Soviet Union. Selepas kejatuhan Soviet Union pada 1991, banyak negara di bawah jajahannya mendapat kemerdekaan termasuklah Ukraine. 



Krisis politik di Ukraine pada awal Februari tahun ini menyaksikan presiden Ukraine (pro- Russia) digulingkan kemudian digantikan dengan presiden baru daripada pihak pembangkang yang lebih mesra dengan Amerika (Pro Us). Presiden Ukraine yang baru sahaja digulingkan telah meminta bantuan Russia dalam menangani krisis politik di Ukraine. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Russia mengambil peluang ini dengan tidak mengiktiraf kerajaan baharu Ukraine yang pro-US.

Krisis mereka semakin berlarutan kepada perebutan wilayah yang merupakan lubuk emas antara dua negara berjiran tersebut iaitu Crimea. Crimea adalah satu wilayah di sempadan Russia-Ukraine. Mengapa Crimea dikatakan sebagai lubuk emas? 2 faktor utama yang telah menyebabkan Russia mahukan Crimea sebagai salah satu wilayah mereka adalah :


1. faktor ekonomi
Ekonomi Russia sangat bergantung kepada penjualan gas ke Eropah. Hampir 70% penyaluran gas ke Eropah adalah melalui Ukraine. Dengan penyertaan Crimea sebagai salah satu wilayah Russia, maka survival ekonomi Russia dapat dipelihara

2. faktor keselamatan
Laut Hitam bersebelahan Crimea merupakan pengkalan yang sangat strategik bagi menangkis serangan musuh terhadap Russia.

Mac lepas, parlimen Crimea telah mengadakan pungutan suara daripada penduduk di wilayah tersebut. Hampir 97% rakyat Crimea memilih untuk bersatu kembali dengan Russia. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana lebih 60% penduduk Crimea adalah berbangsa Russia. Seperti diduga, pungutan suara tersebut tidak diiktiraf US dan kerajaan terkini Ukraine. Walaubagaimanapun, Presiden Russia tetap berkeras untuk menerimanya dan menyebabkan konflik ini semakin meruncing.

US dengan manipulasi kuasa media berusaha memberi tekanan kepada musuh ketatnya dalam usaha untuk membentuk persepsi dunia bahawa konflik yang berlaku adalah berpunca dari Russia. Ini merupakan ‘mind game’ US sejak 2 blok utama dunia ini saling beradu kekuatan. (perang saraf soviet union v US)

Konflik Russia-Ukraine berterusan sehingga memerlukan satu tragedi yang besar untuk dijadikan klimaks pertikaian mereka. Nahas yang menimpa MH17 bukanlah nahas biasa yang tidak disengajakan, tetapi ianya satu tragedi terancang yang akan mempersiapkan kuasa-kuasa besar berperang. Siapakah dalang di sebalik perancangan ini? 

Penulis tidak menolak kemungkinan dalang di sebalik konflik yang tercetus ini adalah hasil percaturan jahat musuh-musuh Islam di akhir zaman (freemason dan sekutunya). Sejurus MH17 dilaporkan ditembak jatuh, US dan sekutunya begitu cepat menghukum Russia sebagai punca kepada tragedi yang mengorbankan 298 nyawa itu sedangkan butiran nahas masih belum diketahui secara terperinci lagi. Dalam hal ini, US dan sekutunya Ukraine berjaya meletakkan Russia diposisi sebagai suspek utama. 

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Malaysia kerana tidak terpengaruh dengan ‘mind game’ US apabila kenyataan akhbar yang dikeluarkan berhubung tragedi MH17 sangat matang dan tidak menyebelahi atau menuduh mana-mana pihak yang bertelagah. 

Antara kemungkinan MH17 dipilih sebagai sasaran adalah kerana faktor kewarganegaraan penumpang MH17. Sebahagian besar penumpang MH17 adalah daripada Malaysia, Belanda dan Australia. Pasti setiap negara tersebut mempunyai “nilai” tersendiri yang menyebabkan MH17 dijadikan sasaran yang ideal berbanding ratusan penerbangan yang melalui wilayah bergolak itu. Antara yang boleh kita kaji dan teliti adalah seperti berikut;


1.Belanda merupakan salah satu negara yang berpengaruh di Eropah dan dengan penyertaan mereka dalam konflik terancang ini dapat meingkatkan kecaman EU (kesatuan eropah) terhadap Russia.
2.Australia sebagai salah satu Proksi US yang kelihatan lantang menghentam Russia dan mengambil beberapa tindakan drastik terhadap Russia sejurus tragedi MH17.
3.Malaysia, tragedi MH17 ini diakui dapat mengoncang hubungan Malaysia dengan kuasa besar Russia berikutan tragedi MH370 yang gagal meruntuhkan hubungan baik Malaysia dengan antara salah satu kuasa besar dunia, China. Tambahan pula, Malaysia adalah sasaran penting US bagi pelan perjanjian TPPA mereka. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kehadiran Presidennya tempoh hari ke Malaysia. Pelbagai tragedi terancang menimpa Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini (tragedi Sulu, MH370, MH17 dan terbaru tuduhan Israel terhadap Malaysia berkenaan isu pengganas) membentuk tekanan terhadap Malaysia yang merupakan lubuk emas di Asia Tenggara.


Melalui pemerhatian penulis kepada tragedi MH17 dan tragedi besar yang lain, penulis terus teringat akan kejadian pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo Bosnia yang merupakan “spark plug” kepada tercetusnya perang dunia yang pertama. Natijahnya, setiap peperangan besar yang berlaku pasti ada pencetusnya. Jadi, tidak mustahil beberapa lagi susulan tragedi akan berlaku bagi melengkapkan plot cerita yang telah disusun oleh puak dajjal akhir zaman.

Berdasarkan status ekonomi semasa US yang kian menyesakkan, tidak dapat tidak US perlu mencipta peperangan dunia dengan segera. Melalui peperanganlah US dapat menjana balik pendapatan mereka seterusnya bebas daripada krisis ekonomi yang dihadapi. Dengan berlagak sebagai polis dunia, mereka menghalalkan tindakan sendiri yang rakus mengambil khazanah berharga di wilayah yang mereka jajahi (lihat sahaja Iraq dan Afghanistan).

Inilah sahaja yang sempat penulis nukilkan hasil analisis kes yang dibuat berdasarkan tragedi MH17 ini. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diperjelaskan kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain. 

Namun, yakin lah, dunia sedang menuju penamatnya. Bukan mudah 1 pesawat yang dikendalikan juruterbang berkepakaran ditembak jatuh. MH17 bukan lah satu peristiwa biasa, tetapi ia menyimpan banyak rahsia untuk sama-sama kita fikirkan. 

Janganlah kerana kita tidak mahu mengambi tahu, ramai lagi nyawa harus menjadi korban kuasa besar dunia yang saling bertelagah. Ini lah masanya kita selaku anak muda berpelajaran dan bakal mewarisi kepimpinan negara menyelidik krisis ini dan menyedarkan masyakarat akan hakikat percaturan dunia ini. 

Paling utama, janganlah peristiwa ini menjauhkan fokus kita juga kepada saudara kita di Palestine. Dunia kian hilang keseimbangannya kerana manusia berjalan jauh daripada Pencipta. Kembali kepada DIA, jawapan kepada perbalahan ini pasti ada. 

Analisis ini adalah hasil pembacaan penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana pandangan pihak berkepentingan.
-PENULIS-
 
GMM amat berterima kasih atas perkongsian pandangan ini dan ianya membuka minda kita untuk sama-sama cakna akan keadaan yang melanda dunia sekarang. Kami mengalu-alukan pandangan terhadap apa sahaja isu yang ada asalkan ia bersifat ilmiah dan beradab dalam dinyatakan untuk kita semua sama-sama fikirkan. 

GMM; Cakna Dunia Sebenar 
Salam Syawal

Jangan biarkan Gaza terus berdarah !

Minggu ini, dunia dan ummah dikejutkan dengan serangan terhadap Gaza oleh Israel. Ketepikan sementara isu nasional, isu ummah ini nyata lebih berhak diberikan perhatian oleh kita. Saat semua rakyat bersolidariti bangkit menentang kezaliman Zionist, ternanti-nanti juga apakah pandangan pemimpin Islam dan pemimpin negara berkenaan isu ini. Masih tertanya-tanya akan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam isu yang tidak berkesudahan ini. Bukan mencari kesalahan, bukan menunding jari, tetapi dimana tanggungjawab atas keadaan yang mendesak ini? Sampai bilakah Gaza akan terus dirobek kebebasannya? Ia sudah termasuk jenayah antarabangsa yang sekian lama masih lagi tiada jalan penyelasaiannya. 

Mungkin ada yang berkata, tidak payah lah menagih perhatian mereka, biarkan mereka tidak cakna. Malas mahu memaksa dan sebagainya, namun, hendaklah kita tahu, kesatuan ummah ini memerlukan kepimpinan. Jika pemimpin tertinggi negara dan pemimpin negara Islam masih berdolak-dalih dengan pendirian terhadap penindasan umat Islam dan pencerobohan kemanusiaan ini, maka KITA PERLU PAKSA mereka untuk PANDANG isu ini. PAKSA DENGAN APA SAHAJA YANG KITA MAMPU. 


Ayuh, bangkit! Sebarkan kuasa laman sosial anda. Tak mampu nak berjuang ke sana, gunakan teknologi, gunakan informasi sampaikan pada yang belum mengetahui. Kejutkan yang masih lena! Mahasiswa yang tahu akan keadaan ini, teruskan mendesak agar kezaliman tumbang! Teruskan dengan cakna dan solidariti anda. Masih ramai yang masih tidak sedar akan kondisi ummah ini.

Doa, berdoa dan berdoa sebanyaknya untuk mereka di sana. Kerana kita semua berkongsi darah yang sama, yakni darah umat Islam. 

“Kita bukan kena jadi mujahidin untuk tahu penderitaan ummah, cukuplah cuba menjadi seorang saudara, cukuplah cuba menjadi seorang manusia” 

GMM MENENTANG KEZALIMAN ZIONIST

TUNTUT PEMBEBASAN UMMAH!!                        

Antara rujukan semasa yang boleh diikuti