Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Terkini.. Isu MH370.

Assalamua'laikum wbt,  Semalam dunia telah menyaksikan satu sidang media yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkaitan dengan isu MH370. Ini merupakan petikan daripada ucapan beliau yang memberi 1001 kesedihan kepada seluruh warga yang prihatin akan isu ini.


" Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat  MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan;  saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini. "

 

Kami daripada team Gabungan Mahasiswa Merdeka mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak kapal MH370. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan dan seluruh warga kerja operasi mencari dan menyelamat yang bersengkang mata untuk tetap terus memberi perhatian kepada isu MH370 walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.


Al Fatihah kepada keluarga yang beragama Islam.

pesanan Admin: Kepada yang masih menyebarkan spekulasi, mencipta kisah sendiri, letakkan diri anda seketika ditempat mereka yang diuji. Seluruh dunia berkabung dengan berita ini, namun jangan dilupakan 529 penyokong Dr Mursi yang dijatuhkan hukuman mati tanpa perbicaraan yang adil di Mesir. 700 lagi akan dibicarakan hari ini. Moga-moga sempadan negara tak membuat kita melupakan bahawa mereka adalah saudara seaqidah dengan kita. 


GMMprihatin
GMM; Cakna Dunia Sebenar

Keputusan Rasmi PRK DUN KAJANG.

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Kajang.

Assalamua'laikum wbt, akhirnya terjawab segala teka-teki Pilihanraya yang 'panas' ini. Setelah bertukar calonnya, keputusan nyata menepati ramalan.

Datin Paduka Chew Mei Fun ( Barisan Nasional )
- 11362 Undi

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ( Parti Keadilan Rakyat )
- 16741 Undi.

Peratusan yang keluar mengundi sebanyak 72.1 Peratus.

Semasa PRU 13 lepas, Lee Chin Cheh, daripada Parti Keadilan Rakyat telah memenangi dengan mendapat 19571 undi, dan mendapat majoriti sebanyak 6824 undi.

Pelbagai ragam pengundi kali ini, ada yang membawa 'kangkung' di kawasan tempat pengundian. Mungkin ini gara-gara penurunan harga kangkung yang keterlaluan?. Atau sebagai satu simbolik sindiran kepada pemimpin tertinggi kerajaan? Tidak lupa juga dengan yang membawa adegan lakonan ala Bomoh berdekatan kawasan pengundian. Nyata, rakyat Malaysia sangat halus dalam menyampaikan teguran.

Tiada apa yang mampu dibanggakan kerana PKR tetap 'menjaga' DUN Kajang. Pada awalnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah nama yang dicadangkan untuk merangka strategi 'Langkah Kajang'. 

Adakah ini bermakna 'Kajang Move' berhasil? Atau ada tanda tanya PKR untuk ke Putrajaya?

Akhirulkalam, Admin mengucapkan Tahniah kepada Barisan Nasional kerana menghantar wakil dan sanggup bertanding sebelum mengangkat bendera putih.


-MAHASISWA CAKNA ISU SEMASA-

GMM; Cakna Dunia Sebenar 

Wahai saudaraku di Syria, TUHAN sedang mengujimu.


Assalaamua’laikum wbt, hello there! 

Admin GMM sedikit terkilan dan sedih hari ini. Kerana negara kita dilanda fitnah ‘tawaran nikah muslimat Syria’.  Sedih dengan posting-posting di facebook dan rakan bloggers yang agak tidak menjaga adab, admin dengan ini memberi laluan untuk kita sama-sama memahami apakah konflik yang terjadi di Syria kini dan mengapa fitnah yang muncul hari ini boleh terjadi. Rujuk sini.(isu syria?)

Umum menyedari, episod fitnah dalam Malaysia sudah menjadi kebiasaan hinggakan ramai di antara kita dalam tidak sedar, ‘suka’ untuk menjadi agen penyebaran fitnah ini, nauzubillahiminzalik! 

Maka dengan itu, Admin mahu para pembaca istighfar dan renung kembali, mengapa Syria terus bergolak? 

Inilah sebabnya. Akidah. Admin tidak mahu mengulas panjang, pasti para pembaca sudah disajikan pelbagai kisah kekejaman di Syria bukan? Namun adakah para pembaca faham akan isu ini?

Beralih kepada isu nikah muslimat Syria. Biar gambar berbicara.  KLIK UTK LEBIH LANJUT





Gempar seketika negara dengan insiden fitnah ini. Memalukan pada pendapat admin. Lupakah kita akan tafsir ayat 6 surah Al-Hujurat yang meminta kita menyelidik sesuatu berita yang datang sebelum mempercayai dan menyebarkannya?

Maka pihak yang bertanggungjawab menyalurkan info mengenai keadaan di Syria iaitu Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria FB telah tampil menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini.  



Wahai teman-teman, 

Tanah itu terus bergolak, namun fitnah terus ditembak. Pedihnya terus merebak. Oh Malaysiaku, berhentilah mempercayai fitnah! Sebaliknya lihatlah penderitaan yang terus bercambah. 

Kenapa Syria terus tiada pembelaan? Kemana perginya berjuta umat Islam yang prihatin? 

Tanya pada diri, adakah hatimu turut terhiris dengan darah saudaramu yang tak pernah berhenti menitis?

Admin memuji tindakan Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang memutuskan perhubungan diplomatik dengan Syria atas respons profesional dan tegasnya terhadap kekejaman yang berlaku di Syria tika ini. Admin juga menanti-nanti apakah tindakan dan respons daripada kerajaan Malaysia yang baharu sahaja mengalami pembaharuan barisan kepimpinan mengenai isu antarabangsa ini. Admin percaya, rakyat Malaysia juga menantikan inisiatif yang tegas daripada barisan kepimpinan negara untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas di sana. Berikutan siaran-siaran berita yang bersifat menolak tindakan Presiden Mesir itu, admin pulangkan semula pertanyaan pada pihak berikut, Apakah tindakan itu secara tidak lansung membawa erti bahawa media Malaysia tidak mahu mengambil tahu isu sebenar yang berlaku di sana? Adakah media bersetuju dengan kekejaman Basyar-al-Assad dengan menidakkan pertumpahan darah yang terus berlaku?

Hadam lah pertanyaan itu wahai yang menyaksikan kekejaman.

Admin dengan ini mengajak semua rakyat Malaysia malah semua yang merasakan bahawa sudah tiba masanya Syria dilepaskan daripada kepimpinan yang penuh kezaliman itu, untuk sama-sama berdoa dan sama-sama menghulurkan apa sahaja bantuan yang termampu untuk meringankan penderitaan mereka. Setidak-tidaknya janganlah kita menjadi penyebar dan peng’like’ kepada fitnah-fitnah yang tersebar di media sosial tika ini. Admin tahu, para pembaca bijak menilai. 


-SAYANGI SAUDARA KITA- 

~Tabah lah saudaraku, kami juga diuji dengan fitnah yang tak berhenti, namun kami tetap bersama kamu dalam perjuangan mengejar syahid dan redha Ilahi. Maher Zain: Love Will Prevails

ALFATIHAH untuk saudara-saudara kita yang telah terkorban. 
 






Samseng vs Mahasiswa

Bahang PRU kian terasa kehangatannya.mungkinkah sudah dekat waktu yang sudah berkurun dirahsiakan drpd masyarakat..?

are u ready 4 PRU?
YESSSS..



Kita sudah sedia maklum dalam pentas politik negara, kuasa mahasiswa dikatakan satu kuasa yg tidak seharusnya dipandang enteng. Mahasiswa merupakan antara tunjang utama dalam menentukan hala tuju politik nasional kita. Maka, cukup silap besar siapapun yang menafikan kuasa ini.

Bukti?
Terbaru..

Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13(GM13) mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang. Bermakna, akan melawan PM kita, Dato’ Seri Najib. Bukan calang-calang..


Namun melihat laporan tv3 tempoh hari cukup menyedihkan (seperti selalu).  Namun, sebelum itu lagi, cukup luas dilaporkan di laman facebook dan di ruang legar internet yg melaporkan mahasiswa diserang oleh ‘samseng-samseng’ yang mengugut malah mengancam keselamatan mereka ketika mereka berkempen di pekan.

apa ni mehh??
Belum pun lagi nama calon mewakili mahasiswa diumumkan.
Mengapa gusar?
mengapa rasa terancam?
dan mengapa perlu hantar samseng2’??

Mahasiswa berkempen menbawa idea dan hujah. Nahh..mengapa tidak ber‘versus’ sedemikian juga. Mengapa perlu menghantar ‘samseng2’ untuk memberi amaran kpd mahasiswa ini untuk berkempen? Hingga ad yg tercedera. Paling ‘dayus’ hingga dilaporkan tudung siswi juga ditarik.

oh apekahhh..?

Jika benar mahu pertahankan kekuatan kawasan PM sekalipun,  tidak perlu menghantar ‘keganasan’ untuk berhadapan dengan mahasiswa. Cukup memalukan. Cukup menyedihkan.
Maka saya cukup percaya perkara ini tidak akan didiamkan sahaja oleh para mahasiswa.

Kuasa mahasiswa.

Lagi ditekan lagi dibalas lantunan.

Tak percaya?

Tunggu dan lihat!!

p/s : kalaupun samseng2 ini tidak dihantar oleh mana2 pemimpin. Tp pemimpin kawasan seharusnya mengahalang keganasan ini daripada berlaku.

Ulasan dari Metro TV Indonesia Mengenai Senario Politik Kampus Dan Pelajar di Malaysia

Ulasan negara jiran mengenai  senario politik kampus dan pelajar dari perspektif:
1. Kebebasan hak bersuara
2. Campur tangan pihak luar
3. Kebebasan demokrasi
4. Pilihan Raya Kampus(PRK)