Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Showing posts with label PANAS. Show all posts
Showing posts with label PANAS. Show all posts

Jangan biarkan Gaza terus berdarah !

Minggu ini, dunia dan ummah dikejutkan dengan serangan terhadap Gaza oleh Israel. Ketepikan sementara isu nasional, isu ummah ini nyata lebih berhak diberikan perhatian oleh kita. Saat semua rakyat bersolidariti bangkit menentang kezaliman Zionist, ternanti-nanti juga apakah pandangan pemimpin Islam dan pemimpin negara berkenaan isu ini. Masih tertanya-tanya akan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam isu yang tidak berkesudahan ini. Bukan mencari kesalahan, bukan menunding jari, tetapi dimana tanggungjawab atas keadaan yang mendesak ini? Sampai bilakah Gaza akan terus dirobek kebebasannya? Ia sudah termasuk jenayah antarabangsa yang sekian lama masih lagi tiada jalan penyelasaiannya. 

Mungkin ada yang berkata, tidak payah lah menagih perhatian mereka, biarkan mereka tidak cakna. Malas mahu memaksa dan sebagainya, namun, hendaklah kita tahu, kesatuan ummah ini memerlukan kepimpinan. Jika pemimpin tertinggi negara dan pemimpin negara Islam masih berdolak-dalih dengan pendirian terhadap penindasan umat Islam dan pencerobohan kemanusiaan ini, maka KITA PERLU PAKSA mereka untuk PANDANG isu ini. PAKSA DENGAN APA SAHAJA YANG KITA MAMPU. 


Ayuh, bangkit! Sebarkan kuasa laman sosial anda. Tak mampu nak berjuang ke sana, gunakan teknologi, gunakan informasi sampaikan pada yang belum mengetahui. Kejutkan yang masih lena! Mahasiswa yang tahu akan keadaan ini, teruskan mendesak agar kezaliman tumbang! Teruskan dengan cakna dan solidariti anda. Masih ramai yang masih tidak sedar akan kondisi ummah ini.

Doa, berdoa dan berdoa sebanyaknya untuk mereka di sana. Kerana kita semua berkongsi darah yang sama, yakni darah umat Islam. 

“Kita bukan kena jadi mujahidin untuk tahu penderitaan ummah, cukuplah cuba menjadi seorang saudara, cukuplah cuba menjadi seorang manusia” 

GMM MENENTANG KEZALIMAN ZIONIST

TUNTUT PEMBEBASAN UMMAH!!                        

Antara rujukan semasa yang boleh diikuti

Pensyarah UiTM Arau berdepan siasatan kes cabul pelajar


Assalamua'laikum wbt, gempar institusi pendidikan tanah air sebaik sahaja mendapat laporan berkenaan kejadian ini. Admin turut terkejut dengan keadaan ini.


Kalau baca sekali lalu banyak yang mentafsir, “Eh, apahal lah yang professor tu miang sangat?” 


Kemudian tak kurang juga yang berfikiran negatif, “Ni lah UiTM merosakkan Melayu sahaja…” 



Rata-rata komen yang diberikan kepada permasalahan bukanlah bersifat ingin menyelesaikan sebaliknya mencetus lebih banyak rasa marah dan membangkitkan pelbagai isu sensitif yang kemudiannya menambah teruk keadaan. 


Beginilah keperluan kepada adab dan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpanya maka hilanglah norma kemanusiaan. Sebagai pendidik tunjukkanlah contoh yang baik dengan status kalian yang menggambarkan kemuliaan tugas yang dipikul. Sebagai pelajar pula, jangan lah hanya meletakkan markah dan gred sebagai satu-satunya fokus utama datang ke universiti. Banyak lagi ilmu kehidupan yang perlu dicari. Jagalah kehormatan diri dan sentiasa elakkan pertemuan seorang diri dengan pensyarah lelaki bagi pelajar siswi.  


 -Laporan polis yang dibuat pelajar tersebut-


Kepada yang memerhatikan dan memberi komen, cuba lah kita berfikiran rasional dan memberi nasihat yang baik. Jangan terlampau bernafsu dalam mengkritik hingga terlupa membela nasib insan yang terainaya. Sekali sekala, letakkan diri kalian ditempat mereka. Rasai sendiri kepedihannya sebelum melontarkan batuan kecaman dan kritikan. 


Menghadapi masalah ada caranya, tumpukan kepada penyelesaian bukannya masalah tersebut. Focus on the solution and not the problem.”


-Ayahanda Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar- 

Kami mengharapkan tiada lagi perkara sebegini terjadi dalam insitusi pendidikan yang memuliakan ilmu ini. Jika perkara ini disiasat benar, kami mengharapkan tindakan dapat diambil oleh Naib canselor UiTM. Namun sebaiknya kita menunggu siasatan polis dan keterangan pihak bertanggungjawab berkenaan isu ini. Moga-moga tiada yang terfitnah atau membuat fitnah.

Buat para mahasiswi, jika kalian dalam situasi sebegini, pilih agar menjaga maruah diri dan membuat laporan utk tindakan lanjut.

GMMprihatin
GMM; Cakna Dunia Sebenar
 

Mawar Kelayuan

Assalamualaikum..

DALAMAN KAMPUS: Akhir-akhir ini, kelihatannya rancak program kolej dan persatuan dijalankan bagi memenuhi kehendak mahasiswa. Pada masa yang sama, dapat juga disaksikan pertukaran pemegang posisi dalam institusi dan organisasi kepimpinan universiti. Namun, ada satu perkara yang Admin rasa perlu untuk diubah demi kebaikan mahasiswa universiti ini. 

“Mawar semakin layu”

Sepanjang minggu yang lalu, Admin mendapat tahu bahawa, Kolej Mawar telah menjalankan program FEMINA. Admin difahamkan pengisian dalam program ini sangatlah menarik. Admin memuji keupayaan Kolej Mawar menganjurkan program-program yang berimpak tinggi seperti ini. 





Tahniah kepada Kolej Mawar atas penganjuran program yang mendidik pemikiran mahasiswa.

Namun begitu admin dikejutkan dengan satu program yang kelihatan menjatuhkan maruah dan me”layu” kan mawar yang sedang kembang mekar di taman larangan.




Tengok poster admin dah geleng kepala dah, bagaimana poster yang memaparkan gambar sebegini boleh mendapat pelepasan  untuk ditayangkan kepada umum. Tiada sensivitikah pada orang yang membuat poster tersebut tentang larangan Tuhan dan adat kemelayuan? Kemudian dianjurkan pula oleh sebuah kolej yang selama ini gah namanya dengan program yang membentuk peribadi dan sahsiah feminin mahasiswinya. Nampak ironi disitu. 

Admin difahamkan program yang dijalankan pada malam tersebut adalah sejenis program aerobik. Admin tidak kata aerobik ini salah, tapi mengikut aduan yang admin terima, disebabkan ianya dibuat di khalayak dengan instructor yang berpakaian kurang sopan dan aksi dan tariannya yang boleh disifatkan agak MELAMPAU, ditambah pula dengan ‘sound system’ yang memecah sunyi malam keseluruhan bumi UiTM. Tidak keterlaluan kalau admin katakan sudah macam pakej untuk ke “night club” dah. Dari Kolej Melati, ke Fakulti Kejuruteraan semuanya terganggu dengan alunan bunyi irama aerodance ini. 

Admin lampirkan beberapa aduan dari pelajar.










Dari pihak admin sendiri, admin sangat sedih kerana budaya ini masih lagi wujud di bumi UiTM. Tidak cukup dengan isu zinanya, dadahnya ditambah pula dengan mahasiswa disogok dengan hiburan yang melampau, hiburan cara barat. Sedangkan jiwa dan pemikiran mahasiswa harus di asah ke minda kelas pertama kerana mereka pelapis generasi akan datang.

Justeru, admin ingin menyampaikan sedikit teguran kepada Kolej Mawar dari Pengurusan Kolej yang memberi kelulusan, Pegawai yang menasihatkan program hinggalah kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang menggerakkan program untuk kalian lebih sensitif dalam memilih saluran mana untuk membangunkan jiwa mahasiswa. Buatlah program yang boleh membantu mahasiswa UiTM ini cemerlang, bukan hanya pada laungan semata-mata mahu mewujudkan mahasiswa cemerlang tapi akhirnya masih galak merangka program yang menghancurkan anak bangsa sendiri.

Janganlah perjalanan murni keseluruhan program yang dirancang, dicacatkan oleh satu program yang memberi kesan buruk kepada mahasiswa. FEMINA nyata tidak seanggun namanya jika terselit lagi program yang tidak membina sahsiah sebegini. 

Akhirulkalam, Admin menasihatkan supaya semua persatuan dalaman dan kolej yang ingin mengadakan program agar sebaiknya meletakkan sahsiah dan jati diri mahasiswa sebagai prioriti daripada kehendak kepada hiburan yang tidak bermanfaat. Mahasiswa dahagakan program yang membentuk dan bukannya meruntuhkan jati diri mereka. 

"Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita"
-Ayahanda Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar-

GMM mahukan perubahan
Mengubah Kanvas Perjuangan Mahasiswa