Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

TOLAK???

31 Mac 2013-Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn-TOLAK antara salah satu gelombang yang dilancar oleh anak muda Malaysia selain dari Siswa4U dari pihak UMNO yang mengatakan sokongan terhadap Barisan Nasional/UMNO.

Ahad-31 Mac 2013 Gabungan Mahasiswa Merdeka(GMM) mendapat jemputan dari pihak TOLAK
untuk mengikuti Konvoi Anak Muda.

Konvoi yang bermula dari Dataran Shah Alam sehingga ke Kediaman RasmiPerdana Menteri Malaysia.

Walaupun pada permulaan kehadiran peserta agak sedikit tapi semangat kembali membara apabila pihak penganjur mengatakan ada lagi peserta yang akan datang dari Perak dan Bangi.

Tertarik dengan satu kata-kata di poster TOLAK:



                                                       Mereka hanyalah dinding gerak iklan kereta api, 
Yang tak jenuh-jenuh mengakui janji ditepati,

Pada detik yang sama,
Mereka menambah hutang bangsanya,
Mereka jaja tanah dan benih tani negaranya...

Adakah bait-bait diatas AUTA atau REALITI??Atau sekadar bait yang dikeluarkan demi kepentingan sesetengah pihak??

Adakah salah mahasiswa menunjukan rasa ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan negara?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian dan pandangan mahasiswa tersebut mestilah berasaskan kepada fakta serta kebenaran dan bukannya retorik, andaian, jauh sekali termakan taburan janji yang tidak berpaksikan realiti.

Beliau berkata demikian pada 10 Oktober 2012 di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri Antara Institusi Pengajian Tinggi 2012 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM).

Pada permulaan konvoi tiada provokasi dari mana-mana pihak TAPI pabila tiba di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana Putrajaya. Pihak polis sudah mula tiba dan pasukan 'Special Branch' sudah memulakan gerakan provokasi.


Anak muda datang tanpa senjata,

Tapi anak muda datang 

hanya membawa KERTAS,

Kertas Memorandum ,

Tapi hajat tak kesampaian,

Pabila ditangkap diawal hari..


GMM tidak menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana memang tugas mereka untuk menjaga keselamatan.Tapi yang menyedihkan kami datang dengan cara yang baik tapi dihalau dari kediaman Perdana Menteri pula.

Click gambar utk resolusi tinggi


Dihalau dengan cara ugutan, provokasi melampau dari pihak berkuasa.
Adakah ini caranya???
Dengan berteriak??
Dengan merampas 'mic'??

Sungguh lawak dipetang hari..

Pabila wakil dari pihak penganjur bertanya kepada pihak polis.

Apakah akta yang melarang kami berada di sini??

AKTA apa??

Apakah UNDANG-UNDANG yang menghalang kami berada disini??

Tapi jawapannya...
"Krik krik krik krik........"

Adakah ini JANJI DITEPATI??

Dulu kata pemimpin MESRA RAKYAT...

Kami datang...

Tapi akhirnya DIHALAU dan DITANGKAP...

GMM merasakan sungguh terkilan dengan tindakan pihak terbabit dan menyokong Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn-TOLAK

TOLAK!!!

Akhir kata,

"Salam sayang dari GMM buat pemimpin Negara dan Selamat Mengundi PRU13 buat rakyat Malaysia"