Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Secawan Kopi..sinetron "Karpal Celaka"


DISEBALIK ISU KARPAL “CELAKA” ?

Itulah kata-kata yang saban hari dilalui oleh Karpal akibat tindakan beliau yang mengemukakan kenyataan hebat bagai menggegar siggahsana diraja apabila ingin menyaman Sultan Azlan Shah. Barisan rakyat yang cukup tersentuh dengan tindakan Karpal yang hanya mengundang kemarahan rakyat yang sangat mementingkan kedaulatan Kesultanan Melayu sedaya-upaya cuba tampil untuk memberikan sokongan melawan tindakan Karpal yang seakan mengundang isu perkauman itu. Bagaimana tindakan mahasiswa menyentuh persoalan ‘luar kotak’ ini? Adakah dengan membelek akhbar harian dan mengutuk didalam hati?

Sedang enak mahasiswa menghirup kopi HPA RADIX, mereka mungkin akan teringatkan Karpal yang malang nasibnya kerana dikutuk ‘celaka’ setiap hari. Minum kopi mungkin akan membuatkan mata kita jaga untuk ‘stay up’ tetapi mampukah dengan penyerahan memorandum membantah tindakan Karpal dapat membuat Karpal terbuka matanya bahawa apa yang dilakukan akan menggugat nyawanya? Demonstrasi dan penyerahan memorandum sekarang sudah dianggap sebagai perkara biasa. Mahasiswa universiti juga sekarang dilihat sering dilibatkan bersama melakukan penyerahan memorandum atau melakukan sebarang demonstrasi. Adakah kewibawaan mahasiswa sudah kembali atau sekadar menjadi ‘pak turut’ bagi sesetengah pihak dalam penglibatan aktiviti tersebut?

Berbicara tentang soal penyerahan memorandum, UiTM sendiri sebagai sebuah universiti bumiputera yang sebelum ini sangat-sangat menekankan isu maruah bangsa turut sama menghantar wakil dari kalangan pimpinan pelajar menyerahkan memorandum bersama beberapa NGO yang lain untuk menunjukkan taat setia kepada Kesultanan Melayu. Perkarangan istana Selangor dilewati mahasiswa dan NGO lain yang kebanyakannya dari persatuan seni dan silat warisan Melayu melakukan penyerahan memorandum kepada pihak istana.  Mungkin kelompok pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar  dari seluruh UiTM Malaysia dapat melihat dengan jelas betapa tergugatnya kedudukan pelajar Bumiputera itu sendiri rentetan tindakan keberanian Karpal..atau mungkin masih menganggap biasa, bukan isu dalam kampus jadi mengapa harus diberat-beratkan kepala memikirkannya?

Walaupun ‘kemeriahan’ menyerahkan memorandum di kawasan istana tidaklah semeriah demonstrasi UiTM terhadap 10% bukan bumiputera,  ia sebenarnya dilihat sebagai ruang kepada mahasiswa itu sendiri untuk bangkit dari mimpi dan bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman dari mana-mana pihak dan mahasiswa amatlah perlu mempunyai barisan wakil pimpinan yang berwibawa. Bukan sekadar ‘melepas batuk di tangga’, pimpinan mahasiswa yang diberi peluang menjengah penyerahan memorandum perlu sedar kehadiran mahasiswa dalam setiap isu dan berbincang bersama-sama ekoran kesan kelantangan Karpal bakal menggugat kedudukan mahasiswa itu sendiri. Selepas melihat sendiri penyerahan memorandum kepada pihak istana janganlah pimpinan sekadar meminum kopi melepaskan hangat berpanas Pimpinan mahasiswa, berpakat-pakatlah memikirkan cara untuk membangkitkan semula dinasti kegemilangan mahasiswa dalam membangkitkan isu-isu hak mahasiswa sendiri..jangan sampai pimpinan sukar mencari pimpinan masa depan yang berwibawa..! 


Nak mendapat kopi yang ‘kaw’ perlu ada tambahan krimer dan pembancuh yang pakar.. Nah, pemberi ruang kepada terhasilnya mahasiswa yang ‘kaw’ sudah semestinya pihak pengurusan universiti itu sendiri. Perlu dibuka ruang kepada mahasiswa untuk meluahkan segala idea pemikiran mereka supaya istilah ‘berfikir dalam kotak’ tiada dalam kuliah-kuliah harian mahasiswa. Bersalahkah mahasiswa apabila gejala kurang interaksi dalam proses kuliah berlaku..sedangkan apabila masuk sahaja dalam institusi universiti mereka terus dibayangi dengan akta-akta dan undang-undang yang seolah-olah benteng tinggi kepada ruangan idea kreatif mereka..?

Hati kecil mahasiswa perlu disuntik dengan keberanian, akal mahasiswa perlu dibaja dengan ilmu bukan sekadar dari buku malahan sumber  ‘verbal’  yang berintipati sahih. Dalam kita leka menonton sinetron “Celaka Karpal” adalah seeloknya kita segera mempersiap diri dengan pedati AL-QURAN dan SUNNAH, panah ILMU DUNIA AKHIRAT dan benteng IMAN bagi mengukuhkan struktur yang bila-bila masa saja akan diserang..! ..bukan sekadar mahu KOPI KAW yang sedap tetapi yang tak pernah-pernah puas dihirup kelazatannya hingga kepakaran KOPI KAW dapat dikongsi bersama yang lain..