Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

IDEA CHALLENGE COMPETITION 2011

The competition is open to all UiTM students in any discipline. Lets join this competition!!

AMANAT TAHUN BARU NAIB CANSELOR 2011


Our Vice Chancellor will be delivering his New Year Address 2011, which will also be broadcast live to all the state campuses. For our academics and administrative staff in Universiti Teknologi MARA Shah Alam Campus, you are all cordially invited to attend this auspicious occasion, details of which are as follows:


Date : 10 February 2011 (Thursday)
Time : 9.00 a.m.
Venue : Dewan Agong Tuanku Canselor

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia


Peristiwa Di Mesir menjadi "Boom Factor" kepada ledakan maklumat di media baru , banyak artikel , banyak penulisan dan banyak berita yang dimuatkan untuk menggambarkan keadaan sebenar disana , tidak kurang juga yang mempertikaikan kesahihan berita ataupun inilah peluang kepada blogger untuk meningkatkan hits blog masing-masing dan menaikkan rating iklan..dalah satu yang popular ialah seperti di dalam blog.arif



DIANTARA KANDUNGAN BLOG TERSEBUT

[Update] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I gothome, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

Jawapan saya , sememangnya keadaan di Mesir Amat Serius , berkaitan mereka menyerang pelajar Malaysia adalah tidak tepat , memandangkan keaadaan sebegini bukan sahaja pelajar malaysia sahaja yang terkena , dan para demonstrasi adalah yang utama dari kalangan mereka yang mehukan Revolusi Islam , perlu diingat hanya ada satu kumpulan sahaja yang lead demonstrasi dan ada satu kumpulan yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekacaauan yang lebih serius.

Kumpulan Revolusi islam ialah kumpulam yang akan melakukan solat hajat di setiap lokasi demonstrasi dan ianya terdiri oleh para penyokong Perjuangan Islam yang kebanyakannya adalah dari golongan Daei-Daei yang cukup dengan ilmu-ilmu islam


Kumpulan Pro-Kerajaan ialah mereka yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan menjadi lebih buruk . Mereka cuba menggambarkan kumpulan revolusi Islam ialah kumpulan yang dikasifikasikan sebagai ganas dan kejam dengan melemparkan fitnah Rogol , Rompak dan Ganas..Padahal kumpulan Revolusi islam sentiasa mengingatkan ahli-ahli mereka akar berada sentiasa dalam keadaan wudhu' walaupun bertayamum


Berita ini harus kita berhati-hati ,saya musykil bagaimana seorang yang sudah lepas ke Malaysia , mengetahui secara detail apa yang berlaku di Mansoura. 


Sememangnya perkara yang berlaku ialah diluar batas pengetahuan kita Di Malaysia kerana jaringan internet telah diputuskan , Aj-Jazeera telah ditarik balik lesennya.


Di Mesir , maklumat yang tepat lebih mahal dari sebuah kereta Ferrari , satu ayat yang menceritakan keadaan yang tepat adalah lebih mahal dari sebuah bangunan.


Walaubagaimanapun , bagi pejuang Islam , mereka percaya sahabat2 Ikhwanul Muslimin yang menjadi Penyelamat Mesir sekarang lebih tahu hal sebenar dan mereka ini adalah golongan yang benar.


Perlu Diingat , terdapat Dua Golongan - Golongan Benar , mereka yang solat hajat di setiap lokasi dan menyelamatkan semua orang terutamanya pelajar-pelajar luar negara, terutamanya pelajar-pelajar yang mendokong Gerakan Islam


Dan Satu Golongan yang Zalim , yang membantah demonstrasi , yang menyokong penuh Mubarak yang amat takut dengan kebangkitan Revolusi Islam , mereka ini adalah penyebar Fitnah Besar dan cuba memburuk-burukkan Golongan Revolusi Islam


Wallahu'alam


************************************************************************

Mari kawan2 ku, kita bukak mata....mcm mane dgn kwn2 kita di sana....jgn lah kita rasa selesa dgn keadaan kita kerna bila2 masa shj benda yg sama akan menimpa kita (nauzubillah).....tp kita ambil lah pengajaran bersama....cube kita tgk & fikir & kaji...mungkin kita akan bertemu jawapan yg sepatutnya & dpt kita cegah sblm ia terjadi...

Kwn2 mahasiswa, mari lah sama2 kite mendoakan kesejahteraan kwn2 kita di sana..smg dgn doa kita dpt meringankan & mempermudahkan segala urusan kwn2 kita di sana...insyaAllah.....

~MAHASISWA CAKNA KPD DUNIA~

JOM TUBUHKAN PERSATUAN ANAK NEGERI DI UiTM



Wahai jiwa-jiwa pemuda dan pemudi UiTM, Apa khabar? Dari Perlis sampailah ke Sabah, semua teman-teman GMM ada dari pelbagai negeri. 


Baru-baru ini, GMM terbaca sebuah poster mengenai sebuah Persatuan Anak Negeri, iaitu Persatuan Anak Negeri Perak dan juga Anak Negeri Kelantan. 


Poster ini mempromosikan anak-anak negeri ini untuk menyertai sebuah program jati diri di Pulau Pangkor. Mendengarnya memang seronok kerana segala-galanya percuma, ibarat percutian yang indah dikala cuti pertengahan semester ini. 


GMM pelik, setahu GMM, UiTM tidak membenarkan mana-mana pertubuhan yang beridentitikan anak negeri. Dan yang peliknya lagi GMM hairan bin ajaib apabila anak negeri yang ditubuhkan adalah negeri-negeri yang berkaitan dengan politik semasa. 


Teman-teman UiTM sekalian, anda melihat perkara ini, namun adakah anda pernah memikirkan apakah yang berlaku itu adalah kebetulan semata-mata?? Pernah seorang teman GMM menyatakan ketidakpuasan hati apabila paperwork untuk menubuhkan anak negerinya di reject oleh HEP. 


GMM ingin mengajukan soalan kepada pihak pengurusan HEP UiTM, apa yang sedang berlaku??? Adakah perkara ini  berhubung kait dengan orang-orang dalaman HEP atau ia menjadi caturan pimpinan atasan sama ada dari UiTM sendiri atau luaran??? Undang-undang UiTM telah membenarkan status penubuhan anak negeri??


 Teman-teman GMM nak tubuhkan persatuan Anak Negeri juga. Mahasiswa intelek akan sentiasa celik minda, jom CELIK DAN CILIK BERSAMA GMM!

TAHNIAH UITM!!!




Akhirnya 19 Januari 2011 menjadi sejarah di Uitm apabila pelancaran speaker’s corner telah dilancarkan oleh Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar.

Saat dan detik ini telah lama di nantikan oleh mahasiswa-mahasiswa Uitm. Setelah sekian lama ‘SUARA’ mahasiswa UiTM di matikan,kini UiTM bakal memulakan episode baru dalam rencana mengubah destini anak bangsa.

Ingatkah kita pada sudut pidato,yang dahulunya menjadi medan bagi mahasiswa untuk menyampaikan idea dan hujah akan sesuatu perkara yang berkaitan dengan zaman itu.Hujah-hujah yang disampaikan dengan penuh wacana kewibawaan tetapi malangnya sudut pidato itu dilenyapkan dengan pengharaman sudut pidato oleh KPI pada tahun 1971 di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)1971.

Sebelum kita melangkau jauh dalam perbincangan,suka untuk penulis berkongsikan mengenai erti kata sebenar sudut pidato itu sendiri.Menurut laman web Wikipedia,”sudut pidato adalah kawasan dimana pertuturan awam dibenarkan.Para pemidato dibenarkan untuk berucap asalkan mengikut undang-undang .Ianya tidak immune dari undang-undang dan tajuk adalah bebas dan tiada tajuk yang diharamkan.Polis hanya akan masuk campur apabila mereka menerima sebarang rungutan tentang penggunaan bahasa yang kasar.”

Begitulah serba sedikit mengenai definisi sudut pidato dan dari pengamatan penulis,sebenarnya melalui sudut pidato inilah akan membangkitkan kemahuan mahaisiswa untuk bersuara dan sudah pastinya mahu suara mereka didengari walaupun kadang-kadang hujah-hujah yang disampaikan adalah bertentangan dan berbeza-beza.

Pada masa yang sama,sudut pidato juga merupakan salah satu platform pada anak-anak muda untuk membentuk keperibadian dan kemahiran untuk bercakap.Kemahiran yang diasah ini sekaligus akan membina keyakinan diri yang jitu dalam jiwa pelajar yang terlibat.
Sudah semestinya pelbagai idea akan dilontarkan dan yang paling penting sebeza mana pun idea yang dilemparkan,tetapi pada pendengar pastinya akan mengambil kesempatan untuk menjadi wadah pada mereka untuk menambah ilmu tentang isu sejagat.Satu perkongsian ilmu yang sangat berharga pada pemikiran penulis.

Di bawah ini merupakan konsep penganjuran yang telah penulis ketahui:
“Setiap bulan lain tema (bulan pertama : tema bebas, jika mendapat sambutan..akan terus diadakan setiap minggu di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam). Setiap minggu (kemungkinan setiap Selasa) setiap 2-3 pelajar akan memberi pandangan mereka selama 5-7 minit. Setiap bulan akan ada tema dan pemilihan topik akan bergantung pada perbincangan oleh Debate Club dan HEP. Bagi bulan pert...ama iaitu bulan pelancaran dan percubaan, tema ialah bebas.”

Konsep yang dibawakan ini adalah realistik dan menarik sekali.Pada peringkat awal ini,pada pengamatan penulis sambutannya pasti sedikit perlahan.Hal ini kerana untuk membandingkan suasana diantara sebelum tahun 1975 (pindaan AUKU) dan zaman sekarang adalah sesuatu yang tidak adil. Kayu ukurnya pula tiada dan zamannya sudah pasti berbeza. Oleh kerana mahasiswa zaman sekarang telah terlalu lama dikongkong oleh AUKU tersebut, maka, mahasiswa perlu mengambil sedikit masa, boleh jadi masa yang lebih lama, untuk mahasiswa merasai bahawa mereka sebenarnya mempunyai kebebasan dan sedia menerima kebebasan itu. Ramai yang percaya apabila mahasiswa diberi peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat, ianya akan dapat melahirkan pelajar-pelajar universiti yang lebih matang, lebih bertanggungjawab dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Kesediaan pihak kementerian meminda AUKU pada 2009 menjadi petanda bahawa mereka sangat yakin serta menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap mahasiswa negara ini.Namun, adakah mahasiswa sendiri sudah bersedia melaksanakannya?

Sudut Pidato dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Namun, dengan menganggap sudut pidato adalah ‘sudut politik’ mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah terlalu tepat. Sudut pidato mungkin lebih sesuai difahami sebagai medan pengucapan awam yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, menerima pendapat dan juga menolak pendapat tersebut. Perbezaan pendapat adalah amat diraikan di sudut pidato, selagi konsep ‘hujah dibalas hujah’ di amalkan. Betapa besar sekali pun pentas yang akan dibina untuk sudut pidato, betapa ramai sekali pun jumlah mahasiswa di Universiti tersebut, jika kebebasan bersuara ini masih asing bagi mereka, apa guna ia dihidupkan kembali? Dengan hanya memandang perkara ini hanya milik sesetengah mahasiswa sahaja seperti ahli kelab pidato atau kelab seumpamanya yang lain.

Kebanyakan mahasiswa beranggapan bahawa isu masyarakat, isu ekonomi dan isu politik bukanlah isu mereka. Isu undang-undang hanya dibincang oleh pelajar jurusan undang-undang. Isu ekonomi hanya dibincang oleh pelajar jurusan berkaitan ekonomi, dan begitulah seterusnya. Jika mahasiswa sedar kemampuan dan kekuatan yang mereka ada, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang yang diberi oleh kementerian kepada mereka. Jika dahulu mereka melaungkan agar hak mahasiswa dikembalikan. Dan mereka sebenarnya sedar bahawa sudut pidato adalah salah satu daripadanya. Tetapi, jika sudut ini pun mahasiswa tidak mampu untuk hidupkan dan gunakan sebaiknya. Bagaimana pula jika mahasiswa menerima semua hak yang mereka mahukan?

Ayuh mahasiswa,ubah paradigma kita!!