Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

KEMPEN @ UiTM


Kempen sudah memasuki hari kedua bagi seluruh UiTm dan kebanyakan kampus2 lain di Malaysia,kempen ini akan berakhir pada tengah malam esok sebelum hari pembuangan undi pada hari selasa keesokannya.

Hari kedua kempen di UiTM  Shah Alam telah diketahui oleh warga kampus dengan bergantungnya poster2 calon di fakulti mahupun berhampiran kolej2 kediaman,namun suasana nya masih belum dirasai kemeriahannya,hanya berlegar pada pelajar yang menggantung poster dan jentera2 calon masing

Sebenarnya ruang demokrasi  terbuka luas jika mengikut makna yang sebetulnya,pelbagai cara boleh dilakukan calon2 dan jenteranya untuk menghidupkan suasana PRK ni,namun kebebasan seperti disekat dengan pelbagai ikatan dan prosedur ,ditambah dengan tempoh kempen yang sekejap ,kempen2 di kolej dengan kerenah birokrasi ,ketiadaan ruang utk bersuara yang mana semua itu merencatkan penyampaian maklumat dan manifesto setiap calon yang bertanding.

Ini semua berlaku bukanlah disebabkan calon-calon tidak berkarisma untuk bersuara tapi mereka telah dididik sebegitu untuk kurang berani untuk melakukan sesuatu perubahan,lihatlah dalam waktu-waktu berkempen begini calon masih tidak muncul untuk bersama2 pengundi mahupun jentera masing2,ini kerana mereka masih ber’kursus’ bersama pihak pengurusan walhal waktu inilah ruang mereka untuk berjumpa pelajar-pelajar untuk mengetahui segala masalah yang dihadapi dan cuba berdiskusi bersama.Ada beberapa pelajar yang mahukan debat seperti fac. Undang-undang yang telah diasuh dengan budaya sebegitu,jadi calon2 fac law sahutlah cabaran itu.

Ruang demokrasi seperti  debat,pidato dan dialog seolah semakin sempit untuk calon2 dengan suasana kempen sebegini ,sudahlah calon2 hanya berada pada linkungan fakulti sahaja bukan peringkat umum atau university untuk mereka bawa sesuatu yang lebih memberi impak.Mungkin satu hari nanti UiTM akan buka calon umum seperti kampus lain bukan sahaja untuk seluruh pelajar mengenali mereka bahkan untuk meluaskan kuasa MPP . Konsepnya mudah,sama seperti kerajaan persekutuan,ada MB dan KM untuk negeri dan ada juga PM untuk peringkat pusat. Manakala di pihak pengurusan akan menasihat dan memantau segla pergerakan mereka dengan minimumkan sekatan-sekatan yang boleh merencatkan.

Kempen yang berakhir isnin malam ini perlu digunakan sebaiknya pelajar UiTm untuk belajar erti demokrasi yang sebenarnya…

GABUNGAN MAHASISWA MERDEKA (GMM)

Assalamualaikum dan selamat sehjahtera,salam muhibbah wat teman-teman GMM.satu pengenalan ringkas wat teman-teman tentang idea GMM ini sendiri supaya teman-teman dapat bersama dengan kami membawa misi ini.

Pada dasarnya,blog ini tercetus adalah untuk memberi pandangan dan menyuarakan pendapat yang mewakili suara  mahasiswa UiTM tentang akan keberadaaan mahasiswa dalam  sistem yang ada sekarang ini.Hakikatnya suara mahasiswa kita kini adalah sangat terbatas dan kita sebagai mahasiswa hilang serta tenggelam punca. Di negara luar,mahasiswa menjadi pemangkin pada kemajuan dan kebangkitan negara dalam menyuarakan isu-isu semasa yang berkenaan dengan negara tersebut,.

GMM hanya penyalur maklumat pada anda disamping pendirian GMM bukan hanya tertakluk pada pandangan mahasiswa semata-mata.kita cuba menyelami tindakan dan fikiran pihak yang lain sama ada masyarakat sivil,mahupun pemimpin untuk bersama-sama dalam menjanjikan satu kebebasan yang mutlak bersamping adab-adab yang mulia,

Sehubungan itu,segala artikel yang dipaparkan ini adalah bagi mewujudkan kesedaran pada semua mahasiswa tentang peri pentingnya kita untuk menjuarai isu-isu semasa,memahaminya,menghayatinya dan secara tidak langsung bertindak pada sekadar yang mampu. Sebagai pengenalan GMM akan memberi sedikit suasana tentang PRK UITM 2011 yang sedang berlangsung ini sebagai satu simbolik pembaharuan GMM ini.

Moga sedikit usaha ini dapat membantu kita membuka mata seluas-luasnya,dan diharapkan  usaha ini mendapat respon yang baik dikalangan mahasiswa UiTM khasnya.GMM hanyalah sekadar bingkisan pada mahasiswa untuk diam sejenak dan berfikir tentang masa depan yang pastinya menjanjikan 1001 hikmah pada segenap segi cabaran.
ANDA BACA,FIKIR,NILAI DAN BERTINDAKLAH SEBAIK MUNGKIN!!!!
‘’MAHASISWA SEDAR, MAHASISWA MERDEKA’’

PILIHAN RAYA KAMPUS; UiTM VS UM, USM, UKM, UPM, ETC



Salam 1 Malaysia, salam PRK (pilihan raya kampus) buat semua warga UiTM tercinta. Apa khabar sahabat-sahabat GMM di UiTM seluruh Malaysia? Bahang pilihanraya kampus  telah bermula di seluruh kampus. Bagaimana dengan suasana di UiTM? Sahabat-sahabat GMM, bagaimana kebahangan situasi pilihanraya kampus yang kita inginkan? Atau adakah mahasiswa UiTM ambil endah tak endah sahaja berkenaan pilihan raya kampus?

Bukankah kita sebagai anak-anak generasi UiTM seluruh Malaysia adalah sebagai pemimpin akan datang? Sedat tak sedar, UiTM bakal mengadakan Pemilihan JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) pada 22 Februari 2011 iaitu pada Selasa depan. Untuk pengetahuan bersama, pilihan raya kampus telah di selaraskan tarikhnya di setiap IPT seluruh Malaysia IPT lain seperti Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) ialah serentak pada 21 Februari, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Pahang pada 22 .

UiTM mempunyai mahasiswa yang berketerampilan dan intelek, marilah kita bersama-sama memikirkan kepentingan pilihan raya kampus UiTM. . Berikut adalah tarikh-tarikh penting pilihan raya kampus UiTM seluruh Malaysia (penting bagi masyarakat kampus atau penting bagi pihak-pihak yang berkepentingan?)
i)                    Penamaan calon          : 17/22011 (Khamis)
ii)                  Pengumuman calon     : 18/2/2011 (Jumaat)
iii)                Pembuangan undi       : 22/2/2011 (Selasa)
(kempen bermula hari Jumaat malam sampai Isnin malam 17-21/2 termasuk hari Sabtu dan Ahad)

            Kita dapat melihat di sini, bahawa situasi pilihan raya kampus di UiTM memang terlalu banyak bezanya dengan kampus-kampus lain. Persoalannya di sini, adakah pilihan raya kampus di UiTM memberi perubahan dan mempunyai perbezaan sekiranya pilihan raya kampus tidak di adakan? Ini kerana, calon-calon pemilihan jawatankuasa telah pun ditetapkan oleh pihak HEP, bukan di atas kriteria pemilihan oleh mahasiswa sendiri. Mungkin juga terdapat calon-calon yang tidak bersedia menjadi calon tetapi tetap dipilih untuk menjadi JPP. Walaupun kriteria-kriteria calon telah ditetapkan, namun terdapat juga calon yang terpaksa bersedia dengan pelbagai penekanan dan ledakan maklumat yang tanpa batasan sewaktu kursus MPP dijalankan.
            Maklumat terkini mengenai MPP di UiTM Malaysia bolehlah melayari http://1uitm.com/pembubaran-majlis-perwakilan-pelajarmpp-sesi-20102011/. Sebarkan pada rakan-rakan anda untuk mengetahui info-info semasa mengenai PRK UiTM 2011 ini. 


SELAMAT BERDEMOKRASI UNTUK MAHASISWA! ANDA BERHAK MEMILIH, TAPI RAMAI JUGA MAHASISWA YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MEMILIH.

RENTAK PENGUNDI MUDA DI MALAYSIA


       Mutakhir ini, perbincangan politik di Malaysia seringkaIi memfokuskan keterlibatan  golongan anak muda dalam aktiviti berpolitik dan hak mereka sebagai pengundi. 

     Baru-baru ini Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad B. Wan Omar mengumumkan bahawa sebanyak 4.3 juta orang yang berumur 40 tahun ke bawah (kategori golongan muda) belum mendaftar sebagai pengundi. Sebanyak 30% rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi mensia-siakan kewajipan tersebut dan daripada jumlah itu, 51.8% berusia di bawah 40 tahun. Rata-rata masyarakat Malaysia yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun mengetahui kelayakan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi, tetapi malangnya banyak faktor yang menjadikan alasan mereka supaya tidak mendaftar. 

    Melihat situasi ini, masyarakat kampus terutamanya mahasiswa adalah termasuk dalam golongan ini. Situasi ini dapatlah dilihat di UiTM sendiri di mana kampus UiTM merupakan kampus terbanyak di Malaysia dan mempunyai kapasiti pelajar yang paling ramai berbanding universiti lain di Malaysia. Adakah perbincangan dan “cakap-cakap” politik tidak dibenarkan kepada masyarakat kampus atau adakah undang-undang yang memaksa mahasiswa untuk berdiam diri dan menerima apa sahaja yang berlaku? Dalam pada itu, mungkin juga terdapat segelintir mahasiswa yang melibatkan diri dengan politik secara aktif apabila cuti semester. UiTM mempunyai pelajar-pelajarnya yang majoriti Melayu dan Bumiputera. Faktor ini tidak melihatkan bahawa mereka sedar tentang kepentingan politik selagi jiwa dan fikiran mereka hanya di programkan dengan perkara yang hanya bersifat teori dan “academician” semata-mata. 

    Sebagai mahasiswa UiTM seluruh Malaysia, anda semua amat dinanti-nantikan untuk bangun menyuarakan sebarang komen dan pendapat, kerana 

ANDA LAH GENERASI PEMIMPIN AKAN DATANG! “UiTM DIHATIKU”.

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT DI TUNISIA TIDAK MUSTAHIL AKAN MEREBAK DI MALAYSIA!

Bermula dengan Revolusi Islam Iran pada 1979, diikuti kebangkitan rakyat Palestin bersama Hamas melancarkan Intifadhah pada 1986, juga kejayaan parti AKP Turki mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sekaligus membebaskan rakyatnya dari cengkaman dan fahaman sekular sesat, disusuli kejayaan Hizbullah di Lubnan menghalau tentera Israel pada 2006, dan hari ini kita menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat terus berlaku di mana saja. Yang terkini berlaku di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke Timur Tengah dengan pantas.


Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.
Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.
Dilaporkan demonstrasi luarbiasa ini adalah antara yang terbesar pernah berlaku di Mesir sejak himpunan rakyat 2003 menentang perang Iraq dan himpunan menuntut pilihanraya bebas dan reformasi masyarakat.
Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.
Namun, perlu diingat bahawa rakyat Tunisa telah menumbangkan Kerajaan Tunisia yang dipimpin oleh Zine el Abidine Ben Ali bukannya menumbang sistem pemerintahan sekular. Kerajaan sekular harus dihancurkan dengan melumatkan sistemnya bukannya individunya.
Pada 7 November 1987, bersama rakyat dan tentera, Jeneral Ben Ali menjatuhkan Presiden Habib Bourguiba, seorang sekularis-nasionalis yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada Perancis. Walaupun Habib Bourguiba tumbang, sistem sekular tetap utuh di bawah Ben Ali.

Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.


Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.
Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.
Dari peringkat global, sama-sama kita menyoroti realiti fenomena kebangkitan Islam di kampus suatu ketika dahulu. Di kampus universiti tempatan gerakan mahasiswa Islam mempunyai jaringan pengaruh yang kuat termasuk menguasai MPP di beberapa buah kampus universiti. Fenomena kebangkitan Islam sangat ketara di kampus universiti tempatan sehingga digelar sebagai 'fenomena pondok' apabila pemimpin-pemimpin kampus mengenakan ketayap dan berserban dalam penampilan manakala trend bertudung labuh, memakai purdah sangat popular kepada mahasiswi.
Gerakan mahasiswa Islam di kampus telah membentuk jaringan mereka yang dikenali Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia(GAMIS) pada tahun 1990 yang dipimpin oleh Yusuf Abdullah, Presiden PMIUM dan mempunyai reputasi yang baik dalam memperjuangkan isu-isu dalam dan luar negara. Kehadiran GAMIS dalam persada politik dan dakwah pelajar telah berjaya mengisi kelompongan radikalisme pelajar.
Ayuhhh, kembalikan zaman kegemilangan pemerintahan mahasiswa Islam di kampus seluruh Malaysia.
Jika rakyat Tunisia boleh melakukannya dan rakyat Mesir telah bangkit, mengapa kita tidak?
"Tegakkanlah negara Islam dalam hati kamu, nescaya ia akan tegak berdiri di atas bumi negara kamu"

ABDUL RAZAK B. OOMAR
NAIB PRESIDEN (KORPORAT & PENGANTARABANGSAAN)
Sumber : Gamis