Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Ulasan GMM tentang Forum Ideologi Mahasiswa Melayu


Artikel di bawah adalah satu luahan rasa hati pelajar atau staf UiTM yang telah mengikuti salah satu program yang telah diadakan di UiTM Shah Alam. Masih segar lagi di ingatan GMM bahawa Pengarah Program ini menyatakan dalam Facebook program tiada berunsur politik, tetapi GMM merasakan ini adalah permainan dari pihak mereka yang telah menggunakan kampus UiTM untuk menyebarkan kefahaman retorik ke"Melayuan mereka. Tetapi sebetulnya ini merupakan program berunsurkan politik....GMM agak kesal dengan perkara ini kerana dalam Akta AUKU dan Akta 174 yang telah dibentangkan tidak lama dahulu bahawa pelajar/mahasiswa hanya boleh berpolitik di luar kampus tetapi tidak di dalam kampus....tetapi sebaliknya berlaku. Penganjur program ini di kalangan pelajar , pengarah program juga merupakan pelajar/mahasiswa. GMM ingin menimbulkan persoalan bagaimana dengan perlaksanaan Akta AUKU dan Akta174 yang telah digubal sebelum ini. Apakah ini adil,saksama,? Fikir2kan lah..



untuk keterangan lebih lanjut berkaitan dengan pengisian program tersebut baca lah artikel dibawah ini

Sumber berita dari harakahdaily.net

UiTM: Forum tak mahu berpolitik konon...

Si Jurang,
UiTM terus menjadi tapak untuk menyebarkan fikrah UMNO kepada pelajar dibawahnya.Terbaru, forum Ideologi Mahasiswa Melayu pada 12 Jun lepas menjadi medan untuk mengutuk dan mengecam parti-parti  pembangkang serta membuka keaiban pimpinannya.
Program yang dianjurkan persatuan Waris Warisan berkolaborasi  dengan persatuan proksi NGO pendesak Melayu yang tidak diketahui asal-usul penubuhannya iaitu Mahasiswa Perkasa. Forum bersama 3 panelis, Dato’ Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Dr.  Mohd Fairuz Khairudin.
Tentatif forum yang dijadualkan bermula seawal 2.30 telah bermula lewat disebabkan kehadiran audien yang sangat tidak memuaskan. Ada perbincangan antara pihak penganjur dan panelis ingin batalkan kuliah pelajar dan mewajibkan untuk pergi ke forum tersebut.
Walaupun telah dijanjikan dengan makanan percuma, kupon aktiviti untuk jaminan penempatan kolej semester hadapan ditambah ada pengecualian kuliah,namun ia tetap tidak menyelerakan mahasiswa UiTM.
Forum bermula selewat jam hampir pukul 3.00 petang dengan dimulakan Alumni UiTM Dato’ Ibrahim Ali  (DIA). Ucapan semangatnya dimulakandengan kisah perjuangan awal nya berdemonstrasi semasa menjadi mahasiswa UiTM dalam menuntut taraf universiti buat ITM ketika itu mendorong tepukan lewat oleh audien. 
Semangatnya bertambah apabila berbicara mengenai nasib Melayu yang dikatakan berpecah belah, mahasiwa melayu sanggup dipergunakan oleh parti politik pembangkang  serta tanggungjawab sepatutnya mahasiwa melayu ketika ini.
Pentas forum terus bertukar menjadi pentas pidato oleh beliau bila mula berdiri diatas pentas serta diakhiri dengan mengucapkan sesuatu yg tidak patut diungkapkan di Dewan Sri Budiman itu, iaitu perlunya mahasiswa bersumpah untuk terus mengundi UMNO dalam PRU -13 nanti demi menjaga kepentingan melayu.
Panelis kedua diteruskan oleh Sdr. Ezam yang gaya pidatonya persis idolanya ketika dulu. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ezam kelihatan lebih berhati-hati dalam berbicara sesuai dengan statusnya bergelar senator.
Laungan ketiga-tiga panelis diawal forum tidak menyelitkan agenda politik dalam forum jelas kelihatan retorik sehingga ucapan Panelis ketiga.
Dr. Fairuz bekas TKM1 Pulau Pinang yang datang dengan status pendidikan yang tercetak dalam buku program menunjukkan status Dr. yang dipakainya  boleh dibanggakan.
Namun agak terkejut bila mula berbicara, Dr. Fairuz sering mengecam atau mengutuk parti-parti pembangkang serta pimpinannya walaupun dalam awal perbicaraanya dikatakan tidak mahu diselitkan agenda politik.
PKR dikatakan Parti kelentong rakyat, PAS adalah  parti ajaran sesat dan syiah serta acap kali membuka keaiban yang tidak pasti mengenai DSAI dan Azmin Ali dalam keadaan yg sinis.
Kesimpulannya, hanya satu yang boleh diambil sebagai asas Ideologi Mahasiswa Melayu  yang diungkapkan oleh Dr. Fairuz yang mana kebanyakan mahasiswa Melayu sekarang tidak peduli pada politik semasa,tapi bila mana sudah ambil tahu, ia kelihatan pelik dan ekstrim memihak pada pihak pembangkang, jadi menuntut ilmu lah dan bersedia untuk hadapi perjuangan  dan pengorbanan nanti.
Selebihnya tidak ubah seperti forum menghentam bekas rakan dan idola perjuangan mereka iaitu DSAI.
Kepada ahli2 UMNO UiTM yang terdiri pada staf-staf dan mahasiswa Perkasa seramai hampir 50 orang..SYABAS!!

RANGKUMAN: Liputan Lintas Lansung DEBAT PTPTN

Tarikh : 22 Mei 2012
Masa : 10.00PM
Tempat : Auditorium kompleks Kumpulan Media KarangKraft
Lintas lansung disiarkan oleh Astro Awani (Saluran501), Bernama Radio24 (FM 93.9), Mob Tv.

Moderator : DR. MASZLEE MALIK(DMM)
Pendebat 1 : SDR. RAFIZI RAMLI (RR)
Pendebat 2 : SDR. KHAIRY JAMALUDIN (KJ)


PUSINGAN 1
[DMM] sejarah bakal tercipta dengan budaya politik baru; politik berhujah.. Debat merupakan wacana untuk mendidik rakyat.. Demokrasi bukan sekadar membuang undi, juga berkaitan mengenai ketelusan dan kebebasan maklumat kepada rakyat untuk mereka memilih pimpinan negara.
[RR] isu ini perlu dikaji mndalam oleh rakyat Malaysia kerana bukan sahaja mengenai menghapuskan hutang pelajar sahaja merangkumi kedudukan ekonomi dan keberadaan negara di masa akan datang.  Rujuk pengalaman negara seperti Amerika Syarikat mengenai isu hutang pelajar. Malaysia bermula sebagai sebuah negara yang memberikan pendidikan tinggi percuma.
[KJ] Memberi respon atas hujah RR dengan perbezaan epal dan rambutan. kos sara hidup bagi yang layak jika mahu disubsidikan adalah 25 bilion ringgit. Mengulas tawaran dan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga. sungguh berangka dan teliti apa yang diberi.dikatakan negara akan muflis  dan memberi contoh mengenai negara Greece.
[RR] Dijawab dengan humor bahawa KJ mahu jadi akauntan. Nak seribu daya xnak seribu dalih..60 bilion dibayar dalam 5 tahun hanya 12 bilion berbanding 'kroni' guna 10 bilion setahun
[KJ] Unjuran yang dikaji 18 bilion ringgit berbanding Rafizi kata hanya 5 bilion ringgit.
PUSINGAN 2
-------Sesi Soal Jawab dari kedua belah pihak--------
Soalan [KJ] > apakah persediaan kerajaan pakatan rakyat untuk menawarkan pendidikan percuma di bawah kolej2 dan universiti dibawah negeri kendalian PR
Jawapan [RR] > soal pendidikan tinggi adalah soal antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kalau sanggup berkongsi pendapatan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, PR tiada masalah boleh laksanakan di negeri masing2. tetapi di Selangor sedaya mampu emmberi kebajikan kepada pelajar pendidikan tinggi ini dengan memberi dana kepada anak Selangor RM1000 jika dapat masuk Universiti
Soalan [RR] > soalan pada KJ.ketika PAKLAH PM..KJ sebagai penasihat dan telah ambil wang 370 bilion dari Pertronas. Ingin tanya berapa ratus bilion yang dibelanjakan untuk kebajikan pelajar semua.
Jawapan [KJ] > sumbangan dari Petronas adalah meningkat dan juga kos pendidikan meningkat. 'hanya itu yang dijawab' jawab sinis dari moderator
-------Soalan dari Moderator--------
Soalan kpd [KJ] > ada banyak hutang yang diberi pada Shahrizat dan Dato' Tajudin Ramli tapi tidak diblacklist tapi pelajar x mampu bayar di blacklist
Jawapan [KJ] > jumlah pelajar xbayar hanya 6% ; menerangkan perlaksanaan pembayaran PTPTN..hutang NFC tetap perlu dibayar,dan masih dalam kes mahkamah. kes Dato' Tajudin Ramli..penyelesaian diselesaikan diluar mahkamah,mungkin bayar sudah sebahagian atau bagaimana, PR hanya highlight kes di luar mahkamah
Soalan kpd [RR] > isu pendidikan percuma bukan tindakan bersama PR tapi hanya PKR,adakah lgkah populis..dan DSAI sendiri yang juga telah membawa PTPTN ni dahulu
Jawapan [RR] > jerung terlepas tapi adik pelajar yang disekat..perkara ini telah dikaji dengan cerdik2 PR bersama.dan penegasan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang lebih tegas dari DSAI berdasarkan hujah Ibnu Khaldun.Keputusan yang dibuat adalah adalah keputusan bersama semasa PTPTN digunal, dan tujuan PTPTN bukan seperti yang ada sekarang, adalah untuk membantu pelajar,tapi sekarang merancakkan penumbuhan IPTS,pendidikan telah diperdagangkan,bukan Kebajikan lagi.
Soalan kpd [KJ] > IPTS adalah pihak yang dapat keuntungan dari PTPTN tue sendiri, Dato' saifudin( T.MENTERI KPT) kata 60 IPTS akan gulung tikar. bagaimanakah dengan keadaan itu?
Jawapan [KJ] > yuran IPTA ada disubsidi oleh kerajaan..duit yang ada bukan sekadar keutamaan pelajar sahaja,tapi banyak untuk kegunaan lain..piawaian IPTS ada setengah tidak menepati tapi tidak berdiam diri oleh kementerian.dulu setuju tapi sekarng tidak setuju..(collective responsibility)
Soalan kpd [RR] : siapa yang akan bayar jika pendidikan percuma bawah PR,jika negara yang amalkan mengenakan cukai yang tggi.jadi adakah Malaysia akkan kenakan cukai yg tggi..
Jawapan [RR] > negara Finland kenakan cukai tggi berdasarkan income yang dapat.perkara pokok adalah keutamaan sesebuah negara menguruskan sesuatu aspek. pendidikan Negara Scandinivia mengutamakan aspek pendidikan. Turki membelanjakan 1 % kekayaan untuk pendidikan tertinggi. Finland bukanlah negara kaya,hanya Nokia prdctnya..masalah Malaysia,keutamaannya adalah projek2 besar. "Malaysia sibuk membina bangunan besar tapi mentaliti minda ke 3" PAK LAH..negara Malaysia jika berjimat hapuskan rasuah dapat selamatkan 30 bilion untuk tampung kos 5 bilion pendidikan tertinggi setiap tahun ..
 PUSINGAN 3
[DMM] soalan untuk [RR] > apakah nasib IPTS jika dibawah PR
[RR] prinsip PR mengutamakn kebajikan untuk pelajar.disamping pihak swasta membantu prinsip itu. di bawah PR memntingkan kualiti IPTS dan biarpun mahal yuran ia adalah berbaloi.synergy antara IPTS dan IPTA. PR tidak pernah untuk mendiskriminasikan IPTS, dan pastikan hanya IPTS yang berkualiti ada di Malaysia,dan juga pastikan ada subsidi untuk pelajar ini.
[DMM] soalan untuk [KJ] > kemana hala tuju pendidikan negara,adakah kelemahan yang ada
[KJ] sudah banyak penambahbaikan pada pendidikan tertinggi..ada universiti sudah ada autonomi dari segala urusan pentadbiran seperti USM dan AUKU juga digubal untuk membolehkan berpolitik.
[DMM] soalan untuk [RR] >hanya sebilangan kecil yang tidak bayar,adakah lebih baik baiki PTPTN
[RR] tiap2 tahun PTPTN akan meluluskan pinjaman 24 bilion. 15 tahun yang lepas hanya 3 bilion yang mapu dikutip dan jika ditunggu sehingga tahun 2020 hutang terkumpul adalah 1++ bilion ringgit. pada masa sekarang hutang 24 bilion ringgit masih mampu untuk bayar sedikitt-sedikit mengikut plan Pakatan Rakyat. Jika ditunggu hingga tahun 2020,kata Dato' Idris Jala negara akan Bangkrup.
[DMM] soalan untuk [KJ] >apakah rasional PTPTN mengambil dana dari KWSP
[KJ] kerajaan bagi geran ketika dahulu,tapi ia satu beban buat kerajaan, dan mengambil keputusan ambil dana atau pinjaman dari institusi kewangan tapi tidak akan ada kos pinjaman kepada institusi.
PENGGULUNGAN
[RR] secara sinis -banyak peranan yang diambil oleh KJ,seperti penkaji Buku Jingga pengubal dasar PR,dan seharusnya KJ masuk Pakatan Rakyat. RR hanya sebut kerangka hala tuju beban hutang yang ditanggung dalam tempoh 8 tahun jika PTPTN diteruskan iaitu sebanyak 177 bilion perlu ditanggung tetapi PR ada kerangka yang lebih mampan dengan kos pendidikan tinggi hanya 5 bilion setiap tahun dan memohon kerajaan untuk menkaji semula plan ekonomi dengan ketirisan yang banyak berlaku. Soalan mengenai 237 bilion lebih yang diambil dari petronas semasa pemerintahan Pak Lah tidak dijawab jelas oleh KJ. Pemimpin hanya 'makan' duit rakyat dan sebabkan rakyat yang tanggung. RR berharap KJ dapat bawa kerangka yang lebih besar daripada PR kepada pimpinan negara selain dari mansuhkan hanya 1 % bunga yanga da sekarang.
[KJ] bagaimana rakyat akan bayar.menunjukkan PR tidak boleh jana kan bayar, GTP akan menjanjikan pelaburan dan peluang kerja yang tggi, saya yakin ekonomi akan tumbuh dengan pesat,mahasiswa akan dapat kerja dan mampu bayar. Beliau mengingatkan sdr. Rafizi mengenai janji PR di Selangor.Jika PR tidak boleh menyelesaikan isu ini, maka PR tidak patut menjadi kerajaan.. Mengambil contoh transformasi yang di buat UMNO, beliau dgn yakin mengatakan UMNO mampu mengatasi masalah beban hutang dan pekerjaan kepada graduan...
 [DMM] . Kita menantikan tahun 2012 debat antara Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim..
Untuk menyaksikan siaran ulangan di...
Pusingan 1: http://www.ustream.tv/recorded/22775934
Pusingan 2: http://www.ustream.tv/recorded/22776393
Pusingan 3:http://www.ustream.tv/recorded/22776957
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


PTPTN : Dengar dan Nilai sendiri

GMM mengajak rakan2 UiTM semua untuk dengar dan nilai sendiri dari debat ilmiah antara dua tokoh muda tanah air hari ini yang datang dari dua arus yang berbeza..nantikan hujah serta tawaran mereka buat mahasiswa
MOH KITE..SIARAN LANGSUNG 22 MEI PUKUL 10 MALAM DI ASTRO AWANI & BERNAMA RADIO 24 FM93.9 (LEMBAH KLANG) SERTA DI MOB TV (http://www.mobtv.my/)..nantikan rakan2..!

Man.City vs Man. U ; Apa Menariknya..


Semalam adalah malam yang hangat bagi peminat EPL khususnya peminat Man United dan Man City kerana perebutan kejuaraan liga bagi musim 2011/2012. Mulanya peminat Man U mahupun pemain dan pegawai sudah mula mahu meraikan kejuaraan mereka setelah memenangi perlawanan dengan Sunderland, 1-0 dan mendengar khabar gembira awal dari jiran sebelah bila City ketinggalan dengan QPR 2-1.Namun keraian mereka tidak panjang bila dalam tempoh 4 minit sahaja Man. City berjaya menang 3-2 dan merangkul kejuaraan sekaligus merampas gelaran juara liga musim ini dari Manchester United sendiri setelah 44 tahun menunggu

Apa yang menariknya pertembungan antara 2 jiran ini. Ia sungguh dramatic.dari awal saingan lagi sehinggalah ke detik2 terakhir.pertamanya saingan tertumpu pada 2 jiran yang bertembung.Jumlah mata yang sama dengan hanya dibezakan jumlah jaringan dan bolos menambah sengit saingan,Pertemuan akhir dengan kelab kerdil di perlawanan akhir menambah keyakinan buat kedua-dua pasukan sekaligus menambah debaran dan perlawanan itu berlangsung pada waktu yang sama. Sememangnya ia drama atau plot yang menarik di akhir musim EPL ini.

Sesungguhnya EPL tidak pernah sunyi dari berita dan maklumat yang menarik tidak kira dari dalam mahupun luar padang,ia sentiasa memberikan hiburan yang ghairah buat pelusuk dunia tidak kira lapisan sama ada muda mahupun tua

Kepada mahasiswa UiTM sudah pasti mencetuskan riuh sehari dua ini. Fans Man. U terpaksa tutup telinga atau sampai ambil ‘cuti berkabung’ dalam menghadapi ‘bahanan’ Fans2 penyokong lain. Apa pon jangan di’ratapi’ terlalu lama peristiwa itu dan semestinya harus bangkit dari kekalahan.Hiburan bolasepak dunia akan berehat sebentar menunggu saingan unggul Eropah Jun ini.

GMM : Dunia bola sepak mejanjikan hiburan dan seribu cerita menarik didalamnya. Si Biru Laut menang perebutan mengalahkan Si Merah Saga.

BERSIH : MAHU BERSIH POKOK ATAU RANTINGNYA?.

Isu bersih:
Lama GMM tidak menulis,memberi ruang bersama rakan berdiskusi di alam facebook. Baiklah dalam akhir ini amatan kami isu yang bermain di kalangan masyarakat sekarang termasuk juga rakan-rakan UiTM sendiri adalah isu BERSIH.Jadi terpimpin dari situ tergerak untuk kami melontarkan satu sisi yang terlindung dari isu yang bermain sekarang.

Apa yang dibualkan sekarang di pelusuk adalah mengenai rusuhan oleh peserta himpunan itu,GMM tidak mahu mempersoalkan siapa yang sebenarnya mencetuskan huru-hara di KL 28 April lalu,itu terserah kepada rakan-rakan untuk menilai dari gambar-gambar dan video yang bersepah di laman sesawang.

GMM ingin membawa rakan-rakan satu sisi yang sebenarnya dibawa dalam isu BERSIH ini,untuk bacaan dan nilai rakan-rakan,apa sebenarnya yang diingini oleh orang ramai dan pengharapan pada pemimpin Negara pada petang 28 April lalu.

Apa makna BERSIH?
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil    

Apa Matlamat?
umumnya BERSIH  bukanlah sebuah himpunan yang akan menimbulkan kekacauan, himpunan bersih adalah sebuah himpunan aman  yang menuntut SPR mereformasikan dan membebaskan badan itu dari cengkaman mana 2 pihak supaya dapat bersifat lebih adil dan bersih dalam menjalankan pilihanraya

--secara khususnya bermula Bersih 2.0 ada 8 tuntutan

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi po
-Gunakan dakwat kekal  
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

 Apa sejarahnya?
Himpunan Bersih 2.0 telah membawa 8 tuntutan ini dan mencetuskan idea buat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk menubuhkan satu jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) transformasi Pilihanraya

Apa itu PSC?
-PSC adalah Parlimentary Special Comitee atau mudah faham jawatankuasa khas parlimen untuk transform pilihanraya. Ini ditubuhkan adlah HASIL dari himpunan BERSIH 2.0..

Siapa ahli jawatankuasa PSC ?
 PSC nie terdiri dari 5 ahli parlimen  BN ,3 PR dan 1 BEBAS ..pengerusi dia Dato’ Maximus Ongkili dari Barisan Nasional, dari Pakatan Rakyat adalah DR Hatta dari PAS, Azmin Ali dari Keadilan dan Andrew Loke dari DAP. Ahli Parlimen BN yang lain adalah Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (wakil Umno dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (wakil MIC dan India).

Apa kaitan PSC dengan BERSIH 3.0 ?
PSC telah membentangkan hasil pendengaran awam dan cadangan nya pada Dewan Rakyat pada pertengahan bulan 4 yang lepas. Hanya satu sahaja cadangan dari tuntutan BERSIH 2.0 iaitu dakwat kekal bakal dilaksanakan pada PRU 13 ini. Jadi PSC Pakatan Rakyat mengusulkan satu usul Laporan Minoriti untuk dibahaskan

- Ahli PSC Pakatan Rakyat telah membentangkan laporan minority:
1) Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen. 
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang. Tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2) Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3) Nama pengundi yang melebihi 100 tahun.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar  Pemilih dalam tempoh 30 hari.

4)  Pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. 
Mereka mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

5) Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

-usul laporan minority telah ditolak oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk dibahaskan jadi tercetuslah BERSIH 3.0 oleh jawantankuasa Pemandu Bersih yang dipengerusikan bersama A.Samad Said dan Ambiga

---INILAH KRONOLOGI BAGAIMANA BOLEH TERCETUSNYA BERSIH 3.0—
RAKAN-RAKAN NILAILAH DENGAN BAIK,GMM HANYA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SAHAJA—TINDAKAN KITA HARUSLAH BERLANDASKAN KEFAHAMAN YANG CUKUP  JELAS MENGENAI SESUATU PERKARA--- JIKA MAHU BERHIMPUN PUN FAHAMILAH ISU, JADI TIADA TIMBUL’ RUSUHAN’--