Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

2 tainted Cadbury products put Malaysian in shock.

Assalamualaikum and good day to all. We've all heard it and we all know about it. Cadbury, an internationally renowned company for producing chocolates has been found to be producing chocolates which contain pig DNA. This is a big issue because it has the Halal logo from Jakim that we entrust by its enforcement to only be put on halal food. And pig is by no means halal in everyday situations.



            Muslims who are concerned about their food consumption must have felt a blow from this. And various views have conjured out from this issue. When issues like these surface, what we fear are views that are immature. Views that come from no basis. Views that are not facts what more academic. In the Cadbury issue, we acknowledge that it is Cadbury who is the one who has to take actions to right the wrong that has been done. We believe the authorities has done a fair job to curb this by taking back the affected batch of chocolates and all but what we regret is the statement being said by a muslim or a group of muslim groups. This statement goes about Cadbury having to pay for blood cleansing. All in our lives, we have never heard of such extreme.


This article is not to highlight what could be said as a ridiculous statement but to actually invite GMM readers to think carefully before coming out with a statement. What more if the statement is regarding religious issues. We hope that readers would also be critical in analysing statements that surface after a heated issue as this Cadbury one. Because there could be people out there that holds press conferences and produce press statements just for show and popularity because it is a national issue.

            However, new information and press statement arose from National Fatwa Council committee chairman Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin regarding the issue. He said it was included under “Umum al-Balwa”, a rampant problem which was difficult to avoid.

"In the case of ready-made products that had been marketed to consumers and produced through processes using clean and halal ingredients and had been confirmed as halal, but later found it had been contaminated with pig DNA in certain batches only, then the committee had decided that it was categorised as 'Umum al-Balwa’”

"The ruling on the product is referred to the original ruling, that is, halal for consumption because the contamination occurred beyond the scope of control and difficult to avoid,"  
-Tan Sri Dr Abdul Shukor-

This big issue becomes bigger when people are currently confused on the statement made by National Fatwa Committee. Maybe, from our perspectives, the religious department and National Fatwa Committee should make few explanations that detail on the issue involving ‘halal’ as now even international media have put this issue as their ‘headlines’.




Lastly, form our sincere heart; Halal not just issue of food.  
-GMM-

Fathihie dan suara mahasiswa yang tersekat

Pada 23 Mei 2014, merupakan satu hari kemenangan kepada mahasiswa UiTM Sabah, iaitu saudara Fathihie, kerana beliau hanya diberi amaran terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan keatas beliau.

Admin tidaklah bermaksud memilih bulu dalam memperjuangkan nama-nama tertentu sahaja untuk dibela. akan tetapi, admin hanya menuntut hak keadilan terhadap pengurusan UiTM.

Contohnya, mengapa tidak pula dikenakan tindakan bila mana ada pula mahasiswa yang menunjukan sokongan mereka kepada mana-mana tindakan kerajaan barisan nasional? Sedangkan kalau diikutkan sama juga kes beliau dengan saudara Fathihie ini.

Apa Habaq Siswa" Program anjuran Pemuda Umno Kedah dimana program ini menghimpunkan mahasiswa Anak Kedah sekitar Lembah Klang. Disamping sesi ramah mesra, program ini turut menyaksikan perasmian "Kelab Penyokong Universiti Barisan Nasional Kedah (BNKEDAH4U).

Admin pasti rakan-rakan GMM juga tahu ramai mahasiswa yang terang-terang menyatakan sokongan mereka kepada parti politik yang mereka pilih, namun mengapa adanya 'double standard' dalam layanan HEP kepada mahasiswa?

Selain itu, apa-apa sahaja diskusi matang dihalang, isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan, dituduh ada kaitan dengan politik dan tidak dibenarkan dibawa dalam kampus. Admin sebenarnya kasihan sekali dengan situasi dalam kampus UiTM khususnya kerana bicara membuka minda susah sekali untuk kedengaran. Bukan mahu ikut-ikut orang, namun perhatikan Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (SPMM USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia dan IPT lain yang hebat dan lebih terbuka diskusi dan isu dalam kampusnya, tidak lah semata isu pertahan kedaulatan sahaja. Jika kita mahu menjaga IPT kesayangan kita ini, jaga lah juga budaya ilmu di dalamnya, jangan terlalu menyekat minda mahasiswa. Hidangkan bicara dan aktiviti yang membina pemikiran kritis mereka supaya hujah sayangkan UiTM tidak keras semata demi bangsa tapi atas dasar kefahaman dan sayangkan budaya ilmu yang baik dalam kampus yang kita sayang ini. 


Admin hanya meninggalkan persoalan untuk difikirkan serta diteliti bersama. Kami tidak meminta IPTA yang kita sayang bersama ini untuk disentuh isu kedaulatannya namun apa yang kami mahu tampilkan adalah budaya ilmu yang disekat dalam kampus ini dan kerenah birokrasi yang memilih dalam tindakan. 

Kami juga sayangkan UiTM seperti alumni dan mahasiswa lain, sebab itu kami pantulkan perkara ini. Kami pasti para Alumni juga mengharap bakal alumni yang akan menyertai mereka lebih mengerti akan kenapa mereka mempertahankan slogan 'UiTM dihatiku' itu. Bukan lah semata bangsa, tapi kerana kualiti universiti ini.

Kami ingin menjadi cerminan, yang akan membuatkan kita mengelokkan apa yang kurang.

GMM; Cakna Dunia Sebenar

Oh! Our Bus

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Setiap hari bas di Uitm dinanti,
Tidak muncul jua ke manakah menghilang?

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
A,B,C,D,E,G bas berlegar-berlegar,
Tidak muncul jua pelajar kelambatan.

Assalamualaikum. Hai, guys. Selamat pulang dari cuti semester& selamat meneruskan perjalanan menuntut ilmu. Isu kali ini adalah mengenai BAS. Ya, Oh! Our Bus.


 sang merah yang menjadi rebutan mahasiswa

            Isu bas di UiTM masih tidak ada kesudahannya walaupun generasi kepimpinan MPP UiTM telah bertukar tampuk pemerintahannya. Sejak dahulu lagi isu bas ini tidak pernah selesai walaupun banyak aduan telah diadukan kepada barisan kepimpinan MPP. Ternyata kesalahan tidak boleh diletakkan kepada mereka 100% tetapi perlu wujud persefahaman dan komunikasi dengan pihak Bas Etika, UiTm dan Rapid Bas.

            Admin menerima banyak aduan daripada mahasiswa UiTM mengenai isu HOT ini. Mungkin nampak simple tetapi sebenarnya tidak seringkas yang disangka. Antara aduan yang diterima ialah bas lewat 30 minit, tiada bas di perhentian bas pada waktu kelas/ waktu puncak, terlalu banyak Bas B (ke padang kawad) dan lain-lain lagi. Situasi ini bertambah kritikal apabila tibanya minggu konvokasyen di mana bas yang sedia kurang dan lambat bertambah lambat menurut mahasiswa yang member aduan. 

            Bayangkan bas yang ditunggu sepatutnya sampai tepat pada waktunya tetapi akhirnya tidak muncul-muncul atau sangatlah lewat. Perkara ini akan menyebabkan mahasiswa lambat tiba di kelas. Apabila sudah lambat, maka risiko untuk dimarahi pensyarah sangatlah tinggi. Risiko untuk ketinggalan dalam pembelajaran juga sudah terang lagi bersuluh.

            Bagaimana pula jika disebabkan bas lambat, maka mahasiswa-mahasiswa ini terlambat untuk menduduki test, kuiz dan sebagainya? Sudah tentu kelewatan ini akan ‘effect’ markah mereka. Sudah tentu juga slogan ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ itu  akan mengubah destini mahasiswa tersebut daripada ingin menjadi mahasiswa bertaraf antarabangsa kepada mahasiswa yang ‘low class’. Hanya kerana bas. Isu yang nampak remeh tetapi akhirnya akan merugikan UiTM sendiri dari sudut kualiti mahasiswa yang dihasilkan. Isu bas ini juga sebenarnya mendidik mahasiswa tentang MASA.

            GMM bukanlah ingin mencari kesalahan sesiapa tetapi ingin mengutarakan suara & hak mahasiswa UiTM yang majoritinya telah menghadapi masalah ini tetapi tidak tahu medium untuk menyuarakan hak mereka. Di sini disediakan masalah dan cadangan penyelesaian masalah tersebut. Harap pihak Bas Etika, UiTM dan Rapid Bas memberi perhatian kepada perkara ini. Di mana ada permintaan, di situ perlu ada bas.




Sekiranya pihak Etika dan bas-bas lain mematuhi jadual yang dicadangkan, insya-Allah masalah bas ini berjaya diselesaikan. Apabila pemandu bas ini mematuhi jadual perjalanan, maka mahasiswa akan mengambil inisiatif menunggu bas pada waktu-waktu demikian dan isu kelewatan ke kelas tidak timbul lagi.

            Demikianlah perutusan admin GMM kali ini mengenai isu bas. Mahasiswa yang membaca artikel ini, silalah share untuk kebaikan semua dan membuka mata pihak bertanggungjawab supaya tidak memandang enteng isu seperti ini. Janganlah lepas baca biarkan sahaja kerana setiap 1 share daripada anda akan membawa kebaikan buat ribuan mahasiswa UiTM.


 
GMMprihatin 
GMM; Cakna Dunia Sebenar 

Izinkan jemariku memetik Asturias dalam aman dari zalim.

Terkadang aku terfikir,

Adakah seluruh duit yang di'yuran'kan kepada pelajar itu,
benar-benarnya seratus peratus diagih ke tempat yang sepatutnya?
Apakah sungguh dengan tulusnya bahagian yang disalur kerajaan itu telah di'labur' pada yang hak?

Terkadang aku terfikir,
Mungkinkah ada porsi dari tabung amanah kolej yang diseleweng?

Terkadang aku terfikir,
Mungkinkah ada sedikit bagian dari wang buat program pelajar,
ditelan oleh siapa-siapa yang perutnya sentiasa lapar?

Aku selalu  berfikir dan berfikir.

Sambil kakiku melangkah,
Sambil tanganku mengelek kitab-kitab akademik yang tebal,
Sambil membetulkan tali kasut yang sudah banyak lubang,

Dan apabila jemariku ingin memetik tali-temali si klasik jua,
Otakku ligat berfikir.

Entah-

Akhirnya setelah aku berhasrat ingin suarakannya pada suatu hari,
Aku ditampar keji oleh mulut yang selalu 'taat' tiada sudah pada kekejian.

Katanya---

"Dasar tidak tahu diuntung!
 Yuran murah, membaham subsidi.
 Banyak pula yang ingin disoal tanya!"

Aku melepaskan si klasik yang sayu dari genggaman.

Dan bingkas ingin melawan butir yang berbisa,

 Merah matanya namun tidak semerah saga.

Aku mengeluh dan duduk kembali.

Baiklah....baiklah...

Aku akur untuk menjadi seperti apa adanya aku-

Diam dan patuh.

Dan kali ini lebih laju jemariku memetik.

Romanza, temani hatiku yang sayu.

Bukan kerana aku terlalu ingin bermulut besar dan konon-

Ingin menjadi hero yang mendesak dan konon-

berani.

Tapi seingat aku kezaliman tidak pernah diizinkan bertunas secara halal dalam kamus manusiawi.

Romanza beralih kepada Asturias.

Namun kezaliman masih di situkah?

Aku tidak mahu menuduh-

Benar. Aku tidak pasti. Dan tidak ingin menzalimi diri sendiri. 

 Aku akan terus duduk memetik di sini.

Seperti apa yang sepatutnya aku lakukan.



Pensyarah UiTM Arau berdepan siasatan kes cabul pelajar


Assalamua'laikum wbt, gempar institusi pendidikan tanah air sebaik sahaja mendapat laporan berkenaan kejadian ini. Admin turut terkejut dengan keadaan ini.


Kalau baca sekali lalu banyak yang mentafsir, “Eh, apahal lah yang professor tu miang sangat?” 


Kemudian tak kurang juga yang berfikiran negatif, “Ni lah UiTM merosakkan Melayu sahaja…” 



Rata-rata komen yang diberikan kepada permasalahan bukanlah bersifat ingin menyelesaikan sebaliknya mencetus lebih banyak rasa marah dan membangkitkan pelbagai isu sensitif yang kemudiannya menambah teruk keadaan. 


Beginilah keperluan kepada adab dan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpanya maka hilanglah norma kemanusiaan. Sebagai pendidik tunjukkanlah contoh yang baik dengan status kalian yang menggambarkan kemuliaan tugas yang dipikul. Sebagai pelajar pula, jangan lah hanya meletakkan markah dan gred sebagai satu-satunya fokus utama datang ke universiti. Banyak lagi ilmu kehidupan yang perlu dicari. Jagalah kehormatan diri dan sentiasa elakkan pertemuan seorang diri dengan pensyarah lelaki bagi pelajar siswi.  


 -Laporan polis yang dibuat pelajar tersebut-


Kepada yang memerhatikan dan memberi komen, cuba lah kita berfikiran rasional dan memberi nasihat yang baik. Jangan terlampau bernafsu dalam mengkritik hingga terlupa membela nasib insan yang terainaya. Sekali sekala, letakkan diri kalian ditempat mereka. Rasai sendiri kepedihannya sebelum melontarkan batuan kecaman dan kritikan. 


Menghadapi masalah ada caranya, tumpukan kepada penyelesaian bukannya masalah tersebut. Focus on the solution and not the problem.”


-Ayahanda Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar- 

Kami mengharapkan tiada lagi perkara sebegini terjadi dalam insitusi pendidikan yang memuliakan ilmu ini. Jika perkara ini disiasat benar, kami mengharapkan tindakan dapat diambil oleh Naib canselor UiTM. Namun sebaiknya kita menunggu siasatan polis dan keterangan pihak bertanggungjawab berkenaan isu ini. Moga-moga tiada yang terfitnah atau membuat fitnah.

Buat para mahasiswi, jika kalian dalam situasi sebegini, pilih agar menjaga maruah diri dan membuat laporan utk tindakan lanjut.

GMMprihatin
GMM; Cakna Dunia Sebenar