Pilihanraya Kampus - Pelajar UiTM masih tidak sedar kehadirannya

Ura-ura yang didengari oleh pihak GMM dari kampus-kampus utama Lembah Klang, Pilihanraya Kampus (PRK) bakal berlaku sekitar pertengahan bulan 10 ini. Namun apa yang mengecewakan, pelajar-pelajar UiTM masih tiada kesedaran akan terjadinya PRK dalam masa terdekat ini. Sedang kampus lain mengadakan persiapan menghadapi PRK, pelajar-pelajar UiTM masih terpinga-pinga, bagaikan meraba-raba di dalam gelap mencari lampu suluh. Menurut laporan PRK 2007/2008 yang lepas, UiTM mencatat kemenangan 100% dari Pro-ASPIRASI dan ini terjadi adalah berikutan tiadanya parti pembangkang yang wujud di UiTM. Sememangnya UiTM sebuah kampus yang sangat berlainan dari kampus-kampus lain terutamanya Kampus besar di Lembah Klang, mereka mempunyai Parti Pembangkang dan Pro-Aspirasi. Ini menggambarkan sistem yang diamalkan di UiTM adalah sistem yang tidak mempunyai hak kebebasan mengundi atau lebih tepat demokrasi. Agak lucu apabila melihat calon dari Pro-Aspirasi bertanding sesama mereka, tiada perdebatan dan kempen besar-besaran diadakan. Cuma yang ada, sekadar menggantung dan menampal poster calon sahaja. Calon-calon pula, berkempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah dan diekori 4 hingga 5 orang 'tukang kempen'. Pelajar-pelajar UiTM terperangkap di dalam kepompong ciptaan pentadbirannya sendiri, maka lahirlah pelajar yang kurang daya tahan juangnya dan nilai kepimpinan yang sangat minima. Adakah ini tandanya pelajar UiTM tidak mempunyai jiwa demokrasi yang sememangnya diamalkan di Malaysia? atau mungkin juga pelajar UiTM telah didoktrin oleh pihak pentadbiran supaya pelajar-pelajarnya tidak tahu apa-apa tentang demokrasi. GMM akan mengupas isu ini untuk paparan yang lebih telus untuk pelajar-pelajar UiTM.

21 comments:

  1. hmmm...betullah tu apa yg penulis kata.. entah kenapalah PRK uitm begitu lesu.

    dlm PRK uitm pula takda istilah pro-aspirasi or pembangkang.. haa..yg ini mmg pelik selain calon2 MPP ditapis, di hantar kursus and yg 'benar2' layak jer akan diberi peluang bertanding..

    agaknya sbb tu mpp uitm ramainya yg menjadi golongan angguk utk rejim hep uitm malaysia..

    alahai uitm..
    bila kontrak Dato VC tamat?

    ReplyDelete
  2. salam,

    Selamat berkenalan... Teruskan berjuang untuk mahasiswa yang selayaknya dihormati pandangan dan akal mereka... kerana mahasiswa bukan bodoh dan bongok...

    www.qanunfiatdunia.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri.. jangan salah sangka ape yang berlaku kat UiTM. Kalau hang minat boleh jumpe saya. I will explain. Kepentingan Pelajar melayu mesti diutamakan..

    Mohd Abd Rauf
    YDP GPMS UiTM
    www.mart0619.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam... kepada president GPMS UiTM. Nak tanya, apa sumbangan GPMS pada mahasiswa UiTM? Darisegi pembangunan insan? ha, jawab....jawab... jangan nk sembanglaa kalau tak buat apa-apa. sekadar buat program untuk berseronok kan? untuk bg mahasiswa lalai ada laaa. GPMS byk bodek NC mcm aku tak tau... jawab-jawab.

    ReplyDelete
  5. salam.hahaha.betul la.ape yg gpms buat ni ha?lagi kuat bodek hep adalah! ingat, jgn sampai perjuangan bangsa mengenepikan apa yg digariskan islam. senang cakap, jgn sampai 'mana2 pihak' yg gpms dok bodek tu dijadiakn semacam 'TAGHUT' yg sentiasa dipatuhi sehingga menolak saranan agama.

    ReplyDelete
  6. salam.hahaha.betul la.ape yg gpms buat ni ha?lagi kuat bodek hep adalah! ingat, jgn sampai perjuangan bangsa mengenepikan apa yg digariskan islam. senang cakap, jgn sampai 'mana2 pihak' yg gpms dok bodek tu dijadiakn semacam 'TAGHUT' yg sentiasa dipatuhi sehingga menolak saranan agama.

    ReplyDelete
  7. "kepentingan pelajar melayu mesti diutamakan?"
    dah puas dah dengar slogan yang mcm ni..
    dah lali dah pun..last2 apa yang kami dapat..?
    PRK yang lepas,seorang calon pada ketika itu (kini MPP) fakulti saya,menyampaikan manifestonya..
    antaranya,anda semua nak tahu apa?
    1.menyediakan kemudahan 'water cooler' di fakulti.
    2.membantu pelajar dalam urusan akademik.(tak bolehkah spesifik kan lagi,membantu bagaimana?)
    nak tolong aku siapkan assignment aku ke?
    bagaimana?berwawasan bukan...?
    PRK uitm ni cukup hambar..kerana tiadanya demokrasi..hanya pro-aspirasi..
    kempen kelas ke kelas..hambar,hambar dan hambar..
    kami mahukan debat,mengenai isu2 penting dan perlaksanaan yang berkesan..bila kita nak demokrasi ni?profesional lah sket..mcm mana nak lahirkan graduan yang berkualiti kalau kita dikongkong dgn undang2 rimba?

    -absolute-

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Adalah lebih baik diam jika tidak tau.. Takut2 jadi fitnah..
    Marilah berkenalan dgn GPMS UiTM.. Pintu kami sentiasa terbuka.. Tapi hanya untuk orang yang sudi.. Tak sudi tak mengapa.. Gerakan kami bukan untuk mencari populariti. Sebab tu lah kurang dikenali walupun telah banyak bakti ditabur.. Kalu sudi kita sama bebincang ataupun bebicara secara berhemah.. Kalau dipelawa debat pun tiada salahnya.. Asalkan tujuanya mencari kebenaran, bukan siapa lagi bagus..ataupun meninggi diri..

    Mohd Abd Rauf
    YDP GPMS UiTM
    0127421172 (Boleh berhubung kalau rasa tak puas hati)

    ReplyDelete
  9. bagus..
    at least,Mohd Abd Rauf bersikap gentleman dan profesional..
    tetapi,sebelum kita pergi lebih jauh,cukup terbukakah GPMS ini untuk menerima pendapat dan kritikan orang lain?
    Saya mempunyai seorang rakan,yang dulunya terlibat juga dgn aktiviti2 GPMS..tetapi skrg beliau telah keluar..sy tanya,kerana apa?
    belaiu menjawab,kerana ahli2 GPMS yang lain mendakwa beliau sebagai 'tidak cukup melayu'...
    apa cerita?
    adakah semua ahli GPMS ini ultra-melayu?kalau ya,sy minta maaf..sy tidak sokong,kerana kita tidak perlukan mana2 ultra di sini.
    menurut rakan sy juga,GPMS tidak banyak menerima pandangan yang dianggap bertentangan dengan kepututsan2 ahli dan pemimpin GPMS?
    adakah ini satu sikap orang2 dan sebuah organisasi untuk berjaya?tidak boleh terima kritikan?
    kalau GPMS ini hanya ingin berforum,berdialog,berdiskusi dan menerima pendapat dengan orang2 yang semuanya sepemikiran dgn ahli2 dan pemimpin GPMS sendiri,susah lah mcm ni..tak berkembanglah..
    terimalah kritikan membina org2 lain dan bercampurlah dgn moderate melayu,bukan dgn bekelompok dgn ulta melayu sahaja..

    -absolute-

    ReplyDelete
  10. Salam..

    Kami sedia menerima pandangan dari pelbagai pihak.. Asalkan ianya berserta dengan hujah yang kukuh& intelek..Silakan..

    GPMS = Ultra melayu

    Mugkin sahabat tuan belum cukup mengenali GPMS UiTM..Memang ramai ahli seperti ini. Tak kisah..

    Keahlian kami berbagai2 latar belakang.. Ade yang ultra ade yang moderate.. Hak individu. Bukan perjuangan..
    Yang pasti landasan kami 4 sedar..

    Mohd Abd Rauf Tumiran
    YDP GPMS UiTM
    0127421172

    ReplyDelete
  11. tahniah kepada penggerak laman blog ini. salam perkenalan.

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  12. GPMS ada pelbagai jenis ahli?
    ya..mungkin betol..
    tp tak guna juga kalau pandangan yang ultra sahaja yang diterima..
    kalau ada 1000 pun ahli yang moderate,dan 10 ultra,tapi pandangan 10 ultra yang diterima,susahlah..
    harap ini tidak berlaku,ya?

    bukan apa,sbb orang yang bercerita mengenai hal ini adalah orang yang dahulunya pernah terlibat sendiri dgn GPMS,dan selepas itu tidak aktif,kerana beberapa sebab,antaranya kerana dia tidak 'cukup melayu'.

    apakah penanda aras bagi menentukan seseorang itu cukup kemelayuannya atau tidak?

    sebagai contoh,
    adakah semata2 melantik seorang CEO PKNS yang berbangsa melayu, dianggap sebagai cukup melayu?walaupun dibawah CEO PKNS melayu itu 75% projek diberi kepada syarikat bkn melayu?

    ataupun,dalam usaha untuk menggesa orang melayu supaya bangkit daripada terus lena itu,adalah tindakan yang tidak cukup melayu kerana melayu itu telah diganggu 'tidur' dan 'masa tidurnya'?

    ReplyDelete
  13. Salam. Saya menjemput sahabat - sahabat ke blog saya.. Nak respon kat situ silakan..

    ReplyDelete
  14. ASSALAMUALAIKUM..
    kpd yg memberi komen..silala bersikap rasional...jgn marah2..x baik..
    sy x setuju untuk menegakkan hak bangsa melayu..
    apa istimewanya melayu ni..melayu tp layu...
    mcmne nk tegakkan bangsa melayu jika kita tengok rata2 student dlm uitm berpakaian x mcm melayu...sosial x mcm melayu...kdg2 2 confius dia ni org melayu ker or non-muslim coz mcm org cina jer...
    tidakkah rasa malu menegakkan bangsa melayu yang mengikut bangsa barat???apa kelebihan melayau..kenapa perlu di banggakan??..
    sy pernah terbaca dlm newspaper..jgnlah di banggakan bangsa sendiri.Tidakkah kamu takut di samakan dgn Yahudi/Bani israil yg berasa megah dgn bangsanya sehinggakan ALLAH menjadi murka dengan bani israil...Mereka merasakAN mereka yg terbaik.....
    muhasabah lah wahai warga Uitm..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.
    Ni apehal sibuk sangat dgn pilihanraya kampus??? Bukan dapat duit pon kalau jadi MPP.

    NI kalau dah kemaruk sangat nak jawatan pegilah JUMPA VC cakap depan-depan. Barulah boleh dikatakan MAHASISWA BERKELAS DUNIA seperti mana yang saudara bayangkan.

    Pilihanraya Kampus tak ada makna dan bercanggah dengan konsep ISLAM SEBENAR-BENARNYA.

    Saya menentang demokrasi kerana ianya bukan datang daripada ISLAM.
    So buat apa nak sokong?

    Yang ada dalam ISLAM ialay musyawarrah. So pemimpin-pemimpin pelajar dalam setiap persatuan pelajar yang ada dalam UiTM ni duduklah semeja dan bincang lantik ketua dikalangan ketua. Habis cerita.

    Kita yang tak ada jawatan ni tak payah nak menyibuk-nyibuk.

    ReplyDelete
  16. yeah..sebenarnya macam ape yg pena minang cakap tu betul..saya memang sokong...

    cara musyawarah ni sebenarnya lagi baik...

    rasa lagi kelakar bila ada orang cakap tak demokrasi kerana semua aspirasi, mesti ada dua pihak yang bertelagah baru dikira demokrasi?

    sebenarnya kami pun bertanding antara satu sama lain jugak, so orang berhak menilai dan memilih yang terbaik, diorang boleh undi, xde masalah..(lupe nak cakap aq ialah ex-mpp uitm shah alam)

    dan aq agak bangga sebab kat uitm orang akan vote berdasarkan individu itu sendiri, die punya skil, pengalaman dan influence, bukannya mengikut parti.

    kat u len, mungkin ada orang xsuke calon tu, tapi sebab nak bagi parti die menang kerusi, die sokong jugak...

    so rasanya itu lebih bebas..x terikut2 parti..

    ReplyDelete
  17. buat saudara azizi, pelik sungguh cara anda berbicara.apa yang saya sedari sejak kali pertama terlibat dlm undian MPP di uitm, para pelajar biasanya tak pernah kenal atau tahu pun kebolehan MPP yg mereka pilih.disebabkan pilihan tak ramai..maka calon yg diundi adalah yg nampak lembut dan baik serta berkepimpinan wajahnya.SALAH AMAT lah kalau dikatakan pelajar pilih kerana kebolehan.

    atas dasar pengalaman dan pergaulan harian, kawan-kawan saya sendiri pun tak kenal dan main pangkah je yg dirasakan blh bawa suara pelajar.

    saudara ex-MPP.jadi apa salahnya kalau sekarang bertitle ALUMNI cuba2lah pimpin pelajar baru supaya benar2 jd org yg berwibawa.

    saudara jg byk pengalaman.jadi apa kata cetuskan suasana realiti kehidupan sebenar kpd pelajar yg jadi calon MPP.setau saya..lebih ramai MPP terpaksa jadi MPP dari yg sanggup jadi MPP.

    ReplyDelete
  18. Salam

    Jangan hanya pandai menghentam UiTM. MPP, Persatuan & Kelab Dalaman (Seumpama GPMS) & JPK (Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej) adalah platform yang disediakan bagi mengasah bakat kepimpinan.

    Ianya bermatlamatkan agar Siswazah di negara ini lebih berdaya saing dan mempunyai nilai tambah yang sewajarnya. Ini bagi memastikan agar saudara2 yang menuntut di IPT dapat pekerjaan yang selayaknya. Seterusnya dapat menjadi pembayar cukai pada negara, kerana saudara semua adalah hasil dari subsidi kerajaan... Dari sekolah sampai IPTA...

    Golongan Mahasiswa perlu sedar Maju Mundur & Hina Mulianya adalah digalas sendiri.

    Jangan berpersatuan di Kampus semata2 kerana menjadi instrumen Politik.

    Dari sibuk hadir ceramah politik lebih baik Mahasiswa habiskan masa menghadiri Persidangan Antarabangsa & Nasional dalam bidang ilmu yang mereka pelajari.

    Dari sibuk menulis rencana bermotifkan politik lebih baik tulis rencana akademik & intelektual.. moga2 ia keluar dalam Jurnal Antarabangsa..

    ReplyDelete
  19. buat saudara zul fadzli..

    mungkin saudara terlalu memandang sentimen politik dalam setiap butir bicara mahasiswa disini..
    serta merasakan kebanyakan mahasiswa terlalu algojo dalam politik hingga melupakan keutamaan dalam akademik dan kerjaya..

    cuba saudara fikirkan..bukan hendak menempelak tp langsung hanya ingin berkongsi..

    politik adalah isu.tidak salah jika mahasiswa ingin berbicara tentang politik.bukankah semua perkara yang besar-besar adalah politik?dalam ingin mengecap hidup yang bermakna bukanlah akademik dan kerjaya matlamat utama..tetapi rahmat dan keberkatan dalam tiap hela nafas anda.

    duduk lihat sekejap suasana kampus anda.akhlak mahasiswa anda.pemikiran2 kawan-kawan anda.mungkin ramai yang hebat-hebat akademiknya tetapi sejauh mana nilai budi mereka dalam membangunkan kualiti hidup bersama-sama?

    usah terasa dgn kata-kata pihak yg tidak tahu menahu apa GPMS lakukan di UiTM..tetapi teruskan usaha anda supaya GPMS dapat dilihat sebagai sebuah pertubuhan pelajar yang mementingkan kualiti dalaman dari kualiti luaran.

    selamat berjaya GPMS.tahniah utk aktiviti bersama rakyat yg anda lakukan!....cuma jgn ada udang disebalik batu sudahla.

    ReplyDelete
  20. amat memalukan apabila melihat PENA MINANG & AZIZI yang mengatakan bahawa cara Islam adalah musyawarah.

    kamu paham kah apa yg dimaksudkan dgn musyawarah itu?

    ingat...cara yang paling mula-mula sekali nabi perkenalkan untuk memilih pemimpin ialah dengan cara undian.

    ada begitu banyak peristiwa dan hadis yang nabi suruh selesaikan dgn undian. hal ini bermakna ada beberapa calon yang berlainan personaliti dan kemudian dipilih oleh rakyat.

    demokrasi adalah berasal daripada islam. jgn ingat semua perkara yang mcm ini orang kafir yang bawak. salah. sains, islam yg bawa. tapi kafir yg dapat nama. begitu juga politik, islam yg bawa tapi kafir yg dapat nama. bila org masuk politik, mulalah dgr suara2 merepek yg mengatakan itu bukan cara islam lah ..ini lah..itu la...

    sesiapa yang mengasingkan politik daripada agama maka hukumnya SEKULAR. sila rujuk pensyarah agama anda.

    mahasiswa yang terbuka dan berfikiran matang, pasti akan sentiasa mewajibkan dirinya untuk mengetahui isu-isu sekitarnya dan luarnya. jika mahasiswa terus diajar untuk tidak masuk campur dalam segala urusan pentadbiran dan pemerintahan, maka jadilah speerti umat islam di india yang akhirnya mampus diterajang oleh british. kerana apa mampus? kerana sibukkan diri dalam masjid sahaja...atau dalam rumah sahaja....tanpa menghiraukan hal ehwal pentadbiran negara sendiri.

    buat saudara azizi dan pena minang, anda perlu kaji lebih mendalam mengenai politik islam dan politik dunia. barulah anada akan tahu betapa hebatnya kuasa siswa.

    ReplyDelete
  21. ..insyaAllah, kita akan post PRK terbaru 2010.
    SELAMAT MENGUNDI

    ReplyDelete