MURSYIDI : ERA PEMBAHARUAN ATAU SEKADAR PEWARIS BARU?





Sudah 1 semester berlalunya era pimpinan saudara Mursyidi selaku Yang DiPertua MPP UiTM Shah Alam 2009. Mungkin semester pertama adalah musim persediaan buat saudara Mursyidi dan teman-temannya yang setia disisi membina strategi dan perancangan bagi menghadapi ujian-ujian semester ini. Langkah pertama mahasiswa ke semester baru Julai 2009 bakal menyaksikan sama ada kepimpinan mereka benar-benar dilaksana mengikut manifesto-manifesto yang terhambur ketika PRK lalu. Mampukah saudara Mursyidi menjinakkan mahasiswa dengan nilai cintakan ilmu sekaligus mempertingkat golongan mahasiswa berfikiran kreatif, inovatif serta mampu menjadi pemikir-pemikir yang berguna untuk masyarakat dan agama? Mampukah saudara Mursyidi menentang habis-habisan gejala terkenal di kalangan mahasiswa iaitu ‘couple’, pemakaian yang mendedahkan aurat dan berlawanan dengan budaya Melayu serta hiburan-hiburan yang langsung tidak membawa faedah kepada mahasiswa? Ayuh…kita lihat!


Jika permasalahan yang sama masih timbul di kalangan mahasiswa, aduan kerosakan remeh-temeh, kemudahan awam biasa seperti bas masih tetap menjadi topik hangat dikalangan mahasiswa..itu sudah cukup membuktikan pimpinan mahasiswa UiTM sebenarnya masih gagal untuk keluar dari kepompong lama. Seolah-olah pimpinan tidak mampu untuk melangkah dan membuka era baru dalam pimpinan tetapi hanya sekadar mewarisi pimpinan lama. Masalah kecil yang masih tidak putus-putus tanpa penyelesaian bukan sahaja menyebabkan sebilangan golongan mahasiswa berasa muak tetapi semakin memandang sinis terhadap pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Sedih dan cukup tidak berpuas hati memikirkan begitu banyak keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mahasiswa lain diberi kepada mereka namun hak-hak dan janji mereka kepada mahasiswa masih belum mampu diselesaikan.


Mahasiswa memilih saudara Mursyidi dan seangkatan lainnya bukan untuk meminta mereka berdemonstrasi di HEP, berkorban harta dan sekadar mengisi jawatan kosong dalam kabinet MPP tetapi mahasiswa mahukan mereka membawa suara mahasiswa, membuka mata semua bahawa mahasiswa tidak mahu dianggap seperti anak kecil. Hanya menurut kata tetapi tidak mampu membuat keputusan sendiri yang bukan sekadar berdasarkan pemikiran biasa malah mungkin mampu mencipta nama di UiTM ini. Bukankah impian semua mahu melahirkan mahasiswa yang jika dibuang ke laut sekalipun mampu menjadi pulau? Jangan terus dibantah suara mahasiswa tetapi dengarlah dan berfikirlah sejenak. Adakah barisan kabinet MPP tidak percaya adanya golongan mahasiswa mampu mengatasi pemikiran mereka?


Semester ini adalah merupakan semester terakhir untuk saudara Mursyidi membuktikan pimpinan beliau bukan sahaja sekadar mewarisi jawatan tetapi dapat memberi pembaharuan kepada mahasiswa di universiti ini. Ini adalah cabaran sebenar bagi Majlis Perwakilan Pelajar 2009 sebelum menutup tirai kuasa mereka; memastikan hak-hak mahasiswa sebagai manusia beragama terpelihara dan kejayaan mereka dalam membuka pemikiran mahasiswa kearah lebih global..mungkin ada banyak perkara yang lebih baik yang bisa dilakukan.


Memikul tanggungjawab sebagai pemimpin bukan sekadar memikul nama dan perkara-perkara yang kecil..tetapi memikul tanggungjawab untuk membawa mahasiswa kepada jalan yang betul sebelum mereka sampai ke garisan penamat mereka. SELAMAT BERJAYA.

2 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat pelajar2 agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras dalam mencapai kejayaan di dalam Arena Pendidikan Negara.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat pelajar untuk terus berjuang.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

    Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ps : Blog anda dalam senarai RAKAN MAHASISWA pilihan di blog kami

    ReplyDelete