Akhirnya 19 Januari 2011 menjadi sejarah di Uitm apabila pelancaran speaker’s corner telah dilancarkan oleh Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar.
Saat dan detik ini telah lama di nantikan oleh mahasiswa-mahasiswa Uitm. Setelah sekian lama ‘SUARA’ mahasiswa UiTM di matikan,kini UiTM bakal memulakan episode baru dalam rencana mengubah destini anak bangsa.
Ingatkah kita pada sudut pidato,yang dahulunya menjadi medan bagi mahasiswa untuk menyampaikan idea dan hujah akan sesuatu perkara yang berkaitan dengan zaman itu.Hujah-hujah yang disampaikan dengan penuh wacana kewibawaan tetapi malangnya sudut pidato itu dilenyapkan dengan pengharaman sudut pidato oleh KPI pada tahun 1971 di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)1971.
Sebelum kita melangkau jauh dalam perbincangan,suka untuk penulis berkongsikan mengenai erti kata sebenar sudut pidato itu sendiri.Menurut laman web Wikipedia,”sudut pidato adalah kawasan dimana pertuturan awam dibenarkan.Para pemidato dibenarkan untuk berucap asalkan mengikut undang-undang .Ianya tidak immune dari undang-undang dan tajuk adalah bebas dan tiada tajuk yang diharamkan.Polis hanya akan masuk campur apabila mereka menerima sebarang rungutan tentang penggunaan bahasa yang kasar.”
Begitulah serba sedikit mengenai definisi sudut pidato dan dari pengamatan penulis,sebenarnya melalui sudut pidato inilah akan membangkitkan kemahuan mahaisiswa untuk bersuara dan sudah pastinya mahu suara mereka didengari walaupun kadang-kadang hujah-hujah yang disampaikan adalah bertentangan dan berbeza-beza.
Pada masa yang sama,sudut pidato juga merupakan salah satu platform pada anak-anak muda untuk membentuk keperibadian dan kemahiran untuk bercakap.Kemahiran yang diasah ini sekaligus akan membina keyakinan diri yang jitu dalam jiwa pelajar yang terlibat.
Sudah semestinya pelbagai idea akan dilontarkan dan yang paling penting sebeza mana pun idea yang dilemparkan,tetapi pada pendengar pastinya akan mengambil kesempatan untuk menjadi wadah pada mereka untuk menambah ilmu tentang isu sejagat.Satu perkongsian ilmu yang sangat berharga pada pemikiran penulis.
Di bawah ini merupakan konsep penganjuran yang telah penulis ketahui:
“Setiap bulan lain tema (bulan pertama : tema bebas, jika mendapat sambutan..akan terus diadakan setiap minggu di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam). Setiap minggu (kemungkinan setiap Selasa) setiap 2-3 pelajar akan memberi pandangan mereka selama 5-7 minit. Setiap bulan akan ada tema dan pemilihan topik akan bergantung pada perbincangan oleh Debate Club dan HEP. Bagi bulan pert...ama iaitu bulan pelancaran dan percubaan, tema ialah bebas.”
Konsep yang dibawakan ini adalah realistik dan menarik sekali.Pada peringkat awal ini,pada pengamatan penulis sambutannya pasti sedikit perlahan.Hal ini kerana untuk membandingkan suasana diantara sebelum tahun 1975 (pindaan AUKU) dan zaman sekarang adalah sesuatu yang tidak adil. Kayu ukurnya pula tiada dan zamannya sudah pasti berbeza. Oleh kerana mahasiswa zaman sekarang telah terlalu lama dikongkong oleh AUKU tersebut, maka, mahasiswa perlu mengambil sedikit masa, boleh jadi masa yang lebih lama, untuk mahasiswa merasai bahawa mereka sebenarnya mempunyai kebebasan dan sedia menerima kebebasan itu. Ramai yang percaya apabila mahasiswa diberi peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat, ianya akan dapat melahirkan pelajar-pelajar universiti yang lebih matang, lebih bertanggungjawab dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Kesediaan pihak kementerian meminda AUKU pada 2009 menjadi petanda bahawa mereka sangat yakin serta menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap mahasiswa negara ini.Namun, adakah mahasiswa sendiri sudah bersedia melaksanakannya?
Sudut Pidato dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Namun, dengan menganggap sudut pidato adalah ‘sudut politik’ mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah terlalu tepat. Sudut pidato mungkin lebih sesuai difahami sebagai medan pengucapan awam yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, menerima pendapat dan juga menolak pendapat tersebut. Perbezaan pendapat adalah amat diraikan di sudut pidato, selagi konsep ‘hujah dibalas hujah’ di amalkan. Betapa besar sekali pun pentas yang akan dibina untuk sudut pidato, betapa ramai sekali pun jumlah mahasiswa di Universiti tersebut, jika kebebasan bersuara ini masih asing bagi mereka, apa guna ia dihidupkan kembali? Dengan hanya memandang perkara ini hanya milik sesetengah mahasiswa sahaja seperti ahli kelab pidato atau kelab seumpamanya yang lain.
Kebanyakan mahasiswa beranggapan bahawa isu masyarakat, isu ekonomi dan isu politik bukanlah isu mereka. Isu undang-undang hanya dibincang oleh pelajar jurusan undang-undang. Isu ekonomi hanya dibincang oleh pelajar jurusan berkaitan ekonomi, dan begitulah seterusnya. Jika mahasiswa sedar kemampuan dan kekuatan yang mereka ada, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang yang diberi oleh kementerian kepada mereka. Jika dahulu mereka melaungkan agar hak mahasiswa dikembalikan. Dan mereka sebenarnya sedar bahawa sudut pidato adalah salah satu daripadanya. Tetapi, jika sudut ini pun mahasiswa tidak mampu untuk hidupkan dan gunakan sebaiknya. Bagaimana pula jika mahasiswa menerima semua hak yang mereka mahukan?
Ayuh mahasiswa,ubah paradigma kita!!
mahasiswa uitm harus berani menyampaikan pandangan2 yang kritikal dan bernas demi kebaikan uitm itu sendiri, harapnya agar speakers corner ini mendapat sambutan pelajar .
ReplyDeletetahniah GMM kerana menulis rencana yang cukup menarik. semoaga UiTM akan terus berkembang maju bukan sahaja dari segi fasiliti, kebajikan malahan kualiti pelajar2 yang dihasilkan. betul, tidak adil untuk samakan mahasiswa dulu dan kini. apa juga halangan/cabaran yang bakal ditempuhi dalam mempertahan Speaker's Corner ini, hanya satu sahaja kunci yang dapat meneguhkan Speaker's Corner ini : Semangat bersatu mahasiswa UiTM untuk terus maju dan saling membantu.
ReplyDeletehalo. takziah juga pada uitm kerna bru ingin membuka mata mahasiswa dia sdgkan di kampus lain sudah jauh ke hadapan dlam membina modal insan mahasiswa mereka.kita mengharapkan spekr corner ni dapt mnctuskan pandngan bru terhdp mahasiswa khususnya di uitm sndiri yg mne mahasiswa adlah pmimpin masa kini utk masa hadapan.jadi gunakan peluang ini sebek mgkin oleh mahasiswa dan smoga pengurusan mmbri bimbingan yg sbtulny bknnya sekatan yg mmbuta tuli...tq
ReplyDeletehttp://penang-speakers-square-club.blogspot.com/2011/03/uitm-jer-yang-aktif-klik-imej.html
ReplyDeleteGOD BLESS U ALL...