RENTAK PENGUNDI MUDA DI MALAYSIA


       Mutakhir ini, perbincangan politik di Malaysia seringkaIi memfokuskan keterlibatan  golongan anak muda dalam aktiviti berpolitik dan hak mereka sebagai pengundi. 

     Baru-baru ini Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad B. Wan Omar mengumumkan bahawa sebanyak 4.3 juta orang yang berumur 40 tahun ke bawah (kategori golongan muda) belum mendaftar sebagai pengundi. Sebanyak 30% rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi mensia-siakan kewajipan tersebut dan daripada jumlah itu, 51.8% berusia di bawah 40 tahun. Rata-rata masyarakat Malaysia yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun mengetahui kelayakan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi, tetapi malangnya banyak faktor yang menjadikan alasan mereka supaya tidak mendaftar. 

    Melihat situasi ini, masyarakat kampus terutamanya mahasiswa adalah termasuk dalam golongan ini. Situasi ini dapatlah dilihat di UiTM sendiri di mana kampus UiTM merupakan kampus terbanyak di Malaysia dan mempunyai kapasiti pelajar yang paling ramai berbanding universiti lain di Malaysia. Adakah perbincangan dan “cakap-cakap” politik tidak dibenarkan kepada masyarakat kampus atau adakah undang-undang yang memaksa mahasiswa untuk berdiam diri dan menerima apa sahaja yang berlaku? Dalam pada itu, mungkin juga terdapat segelintir mahasiswa yang melibatkan diri dengan politik secara aktif apabila cuti semester. UiTM mempunyai pelajar-pelajarnya yang majoriti Melayu dan Bumiputera. Faktor ini tidak melihatkan bahawa mereka sedar tentang kepentingan politik selagi jiwa dan fikiran mereka hanya di programkan dengan perkara yang hanya bersifat teori dan “academician” semata-mata. 

    Sebagai mahasiswa UiTM seluruh Malaysia, anda semua amat dinanti-nantikan untuk bangun menyuarakan sebarang komen dan pendapat, kerana 

ANDA LAH GENERASI PEMIMPIN AKAN DATANG! “UiTM DIHATIKU”.

2 comments:

  1. mahasiswa rasa selesa sebagai seorang pelajar sepenuh masa dan hanya fikir dunia kampus tanpa sedar kita bakal ke dunia luar.Mind set kita dah di doktrin yang student tidak boleh berpolitik so buat apa kita nak ambil tahu suma tu kan?

    ReplyDelete