Anak muda UiTM seluruh Malaysia secara mentah-mentah menolak permainan KOTOR POLITIK LUCAH yang berleluasa di Tanah Air Tercinta ini.
Sejak sekian lama “Bangsa Melayu” dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk meraih undi kotor di dalam pilihan raya, kini timbul satu lagi permainan yang jelas mencacatkan pembangunan intelek belia muda UiTM..
Hidangan ini amat jelas disebarkan oleh media arus perdana di mana yang menguasai media adalah kerajaan Malaysia yang tercinta ini, adakah wajar kerajaan Malaysia bersikap demikian?
“Kami” mahasiswa UiTM khususnya secara mentah-mentah MENOLAK politik yang tiada nilai, tiada pendidikan, tiada intelek, tidak membangunkan idea dan tidak mencambah wacana sihat. Sama ada ia disebarkan oleh Pembangkang mahupun Kerajaan sendiri.
Yang dihidangkan, video seks yang bagi anggapan seorang warganegara dan anak muda, sangat jauh daripada moral dan nilai murni.
Sisi anak muda
Hari ini, jika anak muda ingin menonton apa sahaja video seks atau lucah, mereka boleh sahaja ke laman You Tube, Metacafe dan sama waktu dengannya. Mudah sahaja, taip apa sahaja video yang diinginkan. Kalau pelajar yang ingin menggunakan wireless UiTM pun boleh sahaja menontonnya tanpa had selepas waktu berkerja.
Tidak perlu tunggu media mengkhabarkan apakah laman web cadangan untuk video itu. Tak perlu. Apatah lagi, membuat tayangan percuma di hotel seumpama Seri Carcosa. Atau menunggu siapa-siapa yang ternama seumpama Datuk T atau yang sama dengannya menganjurkan tayangan video seks.
Anak muda hari ini bingung, apakah yang cuba diajar dan dididik dalam pembelajaran politik di negara ini oleh ahli-ahli politik, terutama Umno dan BN.
Di mana Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang telah menulis buku berkenaan ‘Politik Baru’, yang mengenengahkan politik nilai, berbanding politik kotor. Di mana? Tidak dibentangkan kah buku ini kepada pemimpin dan ahli Umno?
Di saat, anak muda hari ini ingin membuat perbandingan secara ilmiah dan intelek terhadap pemimpin dan dasar-dasar parti politik untuk dibuat pertimbangan di dalam pilihan raya akan datang, dibawanya video seks lucah.
Di saat anak muda menunggu ‘Buku Biru’ hasil idea dan perbincangan Umno dan BN untuk dibandingkan bersama ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat, dihidangkan ‘Tayangan Blue’. Apa ini?
Pak pensyarah, tok mufti
Mana pak-pak pensyarah yang dulu begitu lantang bersuara menganalisis serta mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat dalam berpolitik? Apa tunggu lagi, buatlah artikel, kertas kerja, nyatakan pendirian politik kotor ini.
Mana tok-tok mufti yang dulu seronok berfatwa mengharamkan itu dan ini? Keluarlah fatwa, nyatakan pandang sisi agama kepada politik kotor ini. Kenapa senyap?
Anak muda nak juga tahu.
Kepada Umno-BN, anda telah mendidik generasi akan datang dengan pendidikan sosial dan politik yang sangat buruk dan kotor. Generasi muda akan mengingatinya dan sejarahnya akan diceritakan kepada generasi seterusnya betapa tidak bertamadunnya politik dan parti itu.
Kami Mahasiswa UiTM seluruh Malaysia amat kesal dan terkilan apabila kerajaan yang kami sanjungi dan sayanagi selama ini bertindak di luar kawalan sehingga memakan tuan. Kepada Pakatan Rakyat, teruskan berwacana, mendidik, dan mengintelekkan pemikiran rakyat dengan idea-idea baru yang realistik. Anak muda terima ini semua. Kita perlukan perdebatan dan wacana ilmiah untuk menghidupkan budaya ilmu bukan video seks!
Yang benar;
Kami Mahasiswa UiTM seluruh Malaysia.
malaysia yg slalu dwarwarkan sbg 'negara Islam' spatutny lebih peka n sensatif dgn isu ini...ini tidak...pmimpin2ny pulak yg lebih2 nk bg semua tahu...
ReplyDeleteCARA anda menulis ni seeolah2 menyatakan bahawan yg sebar video seks tu adalah BN UMNO??? memang la DATO T tu antaranya org2 UMNO BN TAPI ianya tidak pernah menyatakan dar parti itu~ BE FAIR!!!!
ReplyDeletewahai saudara GMM mengapa anda meletakkan semua mahasiswa uitm seluruh malaysia.. sungguh silap pandangan anda.. mungkin ada menyokong anda tetapi bukan semua ya dan pandangan anda ini sgt brunsurkan politik..
ReplyDeleteya mahasiswa tidak mnyokong politik lucah dan mengapa anda perlu kaitkan kepada kerajaan, mengapa prlu anda keluarkan statement "Kepada Umno-BN, anda telah mendidik generasi akan datang dengan pendidikan sosial dan politik yang sangat buruk dan kotor..." dan "Kepada Pakatan Rakyat, teruskan berwacana, mendidik, dan mengintelekkan pemikiran rakyat dengan idea-idea baru yang realistik..."
Sungguh ketara anda cuba meletakkan input politik kpda mahasiswa uitm... tidak perlu k... jika anda mahu brpolitik tolong dluar uitm... jangan guna gerakan mahasiswa merdeka ini tmpat utk anda ltakan agenda politik dan nk tnye adakah anda itu wakil btul mahasiswa atau mmg tringin nk jadi wakil mahasiswa tp takut...
apabila media arus perdana keluarkan klip vdio ini brkaitan parti yang anda suka anda hentam BN... sewaktu vdio dato chua soi lek adakah anda akan salahkan media atau kerajaan juga...
pd sy, dua2 same je di arus perdana lebihkan kerajaan dan arus alternatif lebihkan pembangkang brapa byk vdio yng mengutk krajaan shngga raja pown ada di youtube.. itu adakah anda akn slahkan kerajaan juga kew or youtube or orng yg buat video trsebut???
yang penting mahasiswa harus pandai memilih dan x perlu beremosi... Jangan kita mahasiswa diexploitasi shingga kita edar borang BN atau PR.. itu salah dan mahasiswa tidak stuju utk itu...
cbe anda tgk unisel mreka ada ko-kurikulum yang menyokong dasar pembkang.. apa semua tu... mahasiswa yang lebih suke pda keamanan dan tidak mahu pecah belah tidak suke bnde ni. tp masih ada mahasiswa yng mnyokong mengapa?? kerana input politik tlah dberikan...
tp di uitm walaupun kerajaan adakan destini kenegaraan or BTN mereka tahu ini dlakukan utk pelihara negara utk jd aman.. tidak utk mmbnci orng lain or bngse lain.. walaupun pnceramahnya ckp suwoh mnykong BN biar la mrka kate kalo kte brada di tmpt unisel kte wat bnde yg same... dengar, buka minda dan jgn melatah... yang dprlukan adalah sewaktu mngundi shja...
jika mrka hndak brpolitik biarkan apew yang prlu utk mahasiswa ialah ambil tahu, mnjadi mahasiswa yang mmberikan cadangan yang bernas bkn mengutk mana2 pihak.. dan jgn lupe brtindak sbgai pengundi bkn ahli pnggrak parti politik sewaktu anda menuntut di IPTA...
mahasiswa boleh mncurahkan bakti utk negara dlm plbagai bidang sama ada dri bidang sprt pendidikan, ekonomi, politik atau lain2.. jika anda minat politik silakan timba pngalaman anda sewaktu Pilihanraya Kampus jadi wakil student utk fakulti anda utk latih anda utk jadi wakil rakyat.. jika anda minat ekonomi join tunas mekar buat perniagaan dlmm kmpus... jika anda minat pndidikan anda jadilah young tutor program or guru smtara d skola menengah dan plbagai lagi..
bkn buat blog brsndarkan nama mahasiswa uitm tp letak bnde politik, kutuk pengurusan menyurh mahasiswa brubah kran bnde ni salah.. cubelah kasi cadangan supaya mahasiswa ni aktif bkn brpolitik tp brpesatuan, buat program, tingkatkan kemahiran komunikasi supaya mahasiswa kita lebih brdaya saing..
akademik uitm sgt unggul sbb ia tlah disediakan oleh pengurusan yang hebat2 demi utk tolong ank bangsa mrka sndri.. yang hanya tinggal adalah utk mahasiswa uitm tambah sedikit value dlm dri mrka dgn trlibat dlm aktiviti, rangka aktiviti, rangka cadangan buat research bkn mengutk yang sedia ada...
harap pihak GMM tidak melenting dan janganlah mengutuk sy mahasiswa pro-BN or staff HEP or mahasiswa yang dh di doktrin kan.. ini adalah pandangan segenap mahasiswa uitm yang cintakan uitm n stkat ini brjaya krn uitm dan cintakan keamanan di uitm dan tidak dexploitasi oleh mane2 pihak...
Jangan merosakan nama mahasiswa uitm kran mahasiswa uitm bkn mahasiswa yang cbe mengkucarkacirkan negara dgn mngutuk sana sini.. mahasiswa uitm adalah yang mmbri cadangan dan pndangn yang bernas demi kesejahteraan negara...
assalamu'alaikum.....
ReplyDeleteteruskan usaha anda untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa-mahasiswi...
kita perlu buat perubahan untuk mencapai Wawasan 2020 yang bersih dari politik kotor...politik yang menindas masyarakat yang lemah dalam kemiskinan ilmu pengetahuan...
- Mahasiswa UiTM
artikel yg membuka minda..bagus, terus wahai anak bangsa dalam memberi kesederan dan keterbukaan berfikir generasi kini.
ReplyDeleteKIta perlu juga tolak penzina btol?
ReplyDeletex yah tgk jauh.. tgk CITU je sude.. center of islamic thought and understanding.. mmg tu je lar yg mampu buat.. pikir ngan paham je... buat nyer x.. nk menyatakan kebenaran xmau.. kuliah maghrib cam biskut.. kejap ade kejap xde.. yg g surau..pelajar.. mne pergi warden2..staff2.. tu semua bkn islam ke.. surau tu utk plajar2 je ke.. bnde wajib nie.. xdipaksa.. kalo xg wacana siap bleh kne tindakan... marilah bersatu atas nama islam bukan atas nama bangsa..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletereply for anonymous
>>Kita perlu juga tolak penzina btol?
as far as i learn in Islam, cara kita nak menghukum dan mengadili tiada ada sentuh berkenaan perlu membuka aib org.
as concern, dalam undang2 Islam, Islam sangat teliti dalam menghukum tertuduh/pesalah. for example, kita perlukan 4 org saksi yang waras dan diyakini benar segala bukti jika nak tuduh perempuan baik(general-bukan yg dlm video) itu berzina. begitu juga dalam kes ini. sekiranya betul itu adalah salah satu bahan bukti yang boleh menyabitkan pesalah/penzina bersalah, video itu tidak patut ditayangkan di khalayak umum. ia adalah sulit dan hanya yang terlibat dalam perbicaraan sahaja yang perlu tahu serta rahsiakan. jika ternyata memang dia bersalah dan video itu sah sekalipun, tetap ia tidak boleh dipertontonkan. yang boleh diwar2kan adalah kesalahannya secara general. Islam tetap menjaga hak seorang pesalah agar aib tidak terbuka.
selebihnya tentang penzina itu, biar pihak perundangan dan Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil yang menghukum. bukan kita sebagai rakyat. kita bukan penghukum tapi kita pemikir. fikirlah dengan kewarasan dan kebijaksanaan kita sebagai seorang khalifah. apakah sumbangan kita pada negara amnya dan ISLAM khususnya.
Mungkin itu lah yang GMM ingin utarakan di sini. kesan nyata daripada pendedahan video seks sedikit sebanyak boleh mencemarkan pemikiran rakyat malahan kanak2 kecik yang perlu menatap adegan2 yg tidak sepatutnya pada berita utama dengan jelas bukan pada saluran prono.
*saya cuba tidak menyebelahi mana-mana parti politik. maaf jika tersilap kata. betulkan jika saya tersalah. wallahu 'alam.