Selamat datang dan kembali mahasiswa UiTM

Selamat datang kepada pelajar baru dan selamat kembali pada pelajar lama uitm dari kemasukan ijazah.tidak terlambat lagi mengucapkan  Tahniah kepada pelajar baru diatas kemasukan anda ke bumi bertuah UiTM ini,bukan mudah untuk menjejak kaki ke sini,dengan hasil titik peluh anda ketika SPM dan seterusnya ketentuan Allah S.W.T untuk anda ke sini. Program destini siswa yg diperkenalkan naib cancelor kita juga memberi peluang kepada anak-anak desa yg kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi sebelum ini..tahniah VC kita dengan impian dan visi beliau.

Jadi kepada pelajar baru dan lama bulatkan tekad kuatkan azam  teruskan iltizam dengan cita-cita kita sebagai mahasiswa yg terpimpin,bukan mahasiswa yg terkongkong.hapuskan stigma mahasiswa 3K,kampus,kafe dan kolej.kita sebagai generasi yg akan memimpin masa hadapan perlu lihat lebih jauh dengan keadaan sekeliling kita,jangan hanya tunggu dan terus menerima,kita mesti memberi untuk Agama,bangsa dan Negara kita..

GMM mengucapkan selamat study untuk rakan-rakan semua dan teruskan bersama kami untuk mengetahui isu-isu yg bermain dan perlu di ketahui di kalangan mahasiswa UITM khususnya dan mahasiswa Malaysia amnya.InsyaAllah kami akan kembali dengan wajah yg lebih segar pada semester ini untuk kebaikan mahasiswa UiTM semua..JOM berGMM

Reactions:

0 comments:

Post a Comment