Penyingkiran Anwar Ibrahim pada September 1998 telah memulakan episod baru dunia gerakan mahasiswa ketika itu yang lesu berserta dengan menuanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) .
Tentangan terhadap akta drakonian ini yang mulanya sengit pada awal-awal pengenalannya telah membibit lemah sehinggalah mati sekitar akhir tahun 1980-an akibat tiada daya di kalangan kelompok progresif mahasiswa untuk mengerakkan kempen anti Auku.
Pada ketika yang sama kealpaan wujud di kalangan mahasiswa juga pensyarah, seiring memecut pantasnya pembangunan ekonomi negara sehingga zaman emas ekonomi negara 1995-1997.
Bermula dengan kebangkitan kelompok mahasiswa Islam pada tahun 96/97 dan dilonjakkan pula dengan krisis 98 sehingga tahun 2001 semua kampus kecuali Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dimenangi oleh kelompok pro-mahasiswa dan pro-pembangkang yang bersatu.
Serentak dengan itu juga bangkit pertubuhan-pertubuhan bebas pelajar seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Dema, Gerakan Mahasiswa Lantang (GMLN) bersama kukuhnya kembali beberapa persatuan peringkat kebangsaan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma).
Persatuan-persatuan terbabit bukan hanya aktif di kampus tetapi mula menyatakan sokongan dan pendirian dalam isu-isu semasa, termasuk bantahan terhadap penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) masalah kemiskinan dan polisi negara yang pincang.
Perkembangan tersebut menimbulkan rasa gelisah pentadbiran BN-Umno di bawah Dr Mahathir. Sehingga lawatan Mahathir dan pimpinan negara ke universiti-universiti sering mendapat sambutan dingin dan kadangkala disambut dengan demonstrasi.
Lebih-lebih lagi dengan sikap penakut dan lembik pentadbiran universiti yang menapis soalan-soalan kepada pemimpin kerajaan yang hadir ke universiti.
Gertakan AUKU dan peraturan universiti
Semenjak tahun 1999 hingga 2000 kerajaan telah mula mengertak mahasiswa dengan mengenakan tindakan kepada beberapa pelajar yang terlibat dalam gerakan mahasiswa yang diistilahkan mereka sebagai 'persatuan haram'
Beberapa aktivis mahasiswa ketika itu seperti Yong Kai Peng, pengerusi Democracy Youth for Malaysia (DEMA) telah dikenakan tindakan denda RM 200, oleh mahkamah Universiti Teknologi Malaysia (UTM)atas dakwaan menghantar memorandum bantahan terhadap keganasan polis kepada Ketua Hakim Negara.
Perkara malang turut menimpa Ahmad Zaki Yamani, Setiausaha Agung PKPIM ketika itu yang telah dibuang oleh Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) atas kesalahan yang tidak bersebab. Namun dipercayai kesalahan yang dilakukan termasuklah menyertai demonstrasi dan menyebarkan risalah secara haram dkampus.
Namun begitu ketakutan yang cuba diwujudkan telah tenggelam dengan gelombang reformasi. Buktinya pada pilihan raya umum ke-10 pihak mahasiswa telah bergerak secara bebas ke seluruh negara untuk menyatakan manifesto mahasiswa mirip apa yang telah dibuat oleh gerakan mahasiswa tahun 1970-an.
Selepas daripada itu kelompok mahasiswa terus aktif menyertai demonstrasi-demonstrasi aman dalam pelbagai isu selain memperkukuh bantahan mereka kepada AUKU.
Seramai 7 orang telah ditahan dalam perhimpunan itu. Mereka terus digantung oleh universiti masing-masing sehingga sekarang walaupun telah dibebaskan mahkamah pada tahun 2005.
Tidak lama selepas itu berlaku pula kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM) yang menjadikan alasan kepada kerajaan untuk menahan Khairul Anuar Ahmad Zainudin (Jonah) dan Ahmad Fuad Ikhwan di bawah ISA.
Dalam tempoh penahan Jonah dan Fuad, lebih kurang dua minggu bertali arus disiarkan oleh media rus perdana yang mengkritik dan menuduh beberapa persatuan sebagai persatuan subversif dan haram.
Penahanan tersebut di samping mainan media arus perdana yang mengaitkan mereka sebagai pertubuhan haram telah memberikan impak yang kuat untuk menakutkan mahasiswa yang terlibat dalam persatuan mahasiswa sekali gus ibu-bapa mereka di kampung
Dengan akujanji ini kerajaan sebenarnya menujukan kepada pihak mahasiswa yang simpati kepada gerakan mahasiswa dan ibu-bapa yang bimbangkan pengajian anak mereka tersekat.
Apatah lagi sebaik menerima surat tawaran universiti dan pinjaman terdapat baris-baris ingatan kepada pelajar dan ibu-bapa yang mengugut pemberhentian pelajar - pelajar yang didapati terlibat dalam aktiviti 'menentang kerajaan.'
Pada tahun itu juga pihak universiti secara terang-terangan mulai menyempitkan proses pilihan raya di kampus melalui undang-undang 'sekolah tadika'.
Selain itu ugutan kepada penyokong dan mereka yang aktif seperti disingkirkan untuk dapat tinggal di kolej kediaman dan kesukaran berurusan dengan pentadbiran juga mula dijalankan oleh pihak universiti.
Undi dan kerja mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi BN-Umno 'dihadiahkan' risiko yang memeritkan kehidupan mereka sebagai mahasiswa.
Aturan dan kekangan peraturan pelik ini telah merudumkan aktiviti dan minat mahasiswa untuk terlibat dalam persatuan mahasiswa. Dan hasilnya pada pemilihan 2003/2004 pihak kerajaan telah mula menguasai hampir kesemua universiti kecuali UM dan UIA
Antara kesalahan yang dikenakan termasuklah membuat sidang akhbar, menulis di akhbar arus perdana dan menyertai perhimpunan menemui menteri di Parlimen untuk menuntut pilihan raya kampus yang bebas dan adil, menganjurkan pertemuan dengan pelajar tahun 1 dan membuat kajian tanpa kebenaran. Sebahagian kes-kes terbabit masih dalam perbicaraan.
Akhbar Siasah dan Suara Keadilan juga mendedahkan bagaimana penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi, anggota exco pendidikan Pemuda dan Puteri Umno telah mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor (TNC) untuk memenangkan kelompok-kelompok penyokong Umno.
Pendedahan juga menyebutkan wang rakyat melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dipercayai digunakan untuk misi tersebut.
Terdapat juga kes mahasiswa pukul sebagaimana yang terkena kepada Zainulfakar di UM dan beberapa pencerobohan kepada bilik pelajar di UPM.
Ternyata dengan penglibatan secara terus TNC arahan kepada pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa dan pengetua-pengetua kolej khasnya tidak dapat dibantah lagi.
Bermakna seluruh pentadbiran kolej, dan Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) digunakan untuk memenangkan kelompok aspirasi Umno.
Menurut rungutan dari pihak dalam kampus menyebutkan antara tindakan dan arahan lain yang diberikan termasuklah mengarahkan fellow-fellow kolej kediaman agar mengetuk dan membuat semakan sikap pelajar di kolej kediaman terhadap pilihan mereka.
Lanjutan itu pihak pengetua akan membuat pertemuan khusus dengan alasan program ramah mesra untuk mempengaruhi pelajar agar mengundi calon pilihan pentadbir yang juga membawakan aspirasi kerajaan BN-Umno.
Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.
ReplyDeletePendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.
Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya. Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahamai bukan pemikiran beremosi dan popular.