Assalamualaikum..GMM bersiaran lagi, tapi kali ni GMM mendapat emel maklumbalas daripada siswa-siswi UiTM berkenaan isu-isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Apa lagi kalau bukan ketelusan dan kebenaran peringkat atasan UiTM dalam memperjuangkan (memperkatakan) isu-isu mahasiswa. GMM taknak cakap banyak, kita layan isi suara 'surat' ni...DAN FIKIRLAH SENDIRI
Suara Mahasiswa UiTM: Ibarat Menunggu Kucing Bertanduk!
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.
"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," -mStar Online-
Berita yang bertarikh 11 November 2011 ini jelas menunjukkan prinsip yang cuba dibawa oleh Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam mempertahankan kerelevanan AUKU untuk mahasiswa. Namun pada 12 November 2011, prinsip yang dibawa oleh Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah diragut dengan pencerobohan Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri 2011 anjuran PEMUDA BN.
Cakap serupa bikinkah begini?
Program yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM Shah Alam dikatakan tiada kaitan dengan mahasiswa kerana hanya dewan tersebut disewa. Namun, apa sahaja alasan yang cuba diberikan pihak pentadbitan, terang lagi bersuluh menunjukkan pihak pentadbiran terperangkap dengan perangkap sendiri. Poster dan banner pertandingan yang digantung di sekitar kampus sudah jelas menunjukkan ketidak-profesionalan pentadbiran UiTM cuba bermain politik. Membawa parti politik ke dalam kampus.
Sudah terang lagi bersuluh, agenda politik sebenarnya terus menjadi rencah dalam kebanyakan program pelajar. BTN dan Kemahiran Insaniah merupakan sekadar contoh yang mana pengisiannya banyak mematahkan parti lawan atau dengan erti kata lain secara tidak langsung di sinilah PENCERAMAH-PENCERAMAH proBN MENJALANKAN KEMPEN MEREKA. Sedangkan jika program-program ilmiah para penceramah ditapis teliti agar bebas dari mana-mana fahaman poitik.
Apa salahnya berpolitik? Mengganggu tumpuan pelajar dalam akademik?Buktinya? Bimbang mahasiswa dipergunakan oleh parti politik tertentu?Atau bimbang mahasiswa lebih dominan kepada parti di pihak satu lagi?Atau bimbang mahasiswa bangkit menuntut keadilan dan menentang kezaliman?
Pada pandang sisi yang lain, di saat kebimbangan hilangnya tumpuan belajar mahasiswa bilamana terlibat dengan poitik, HIBURAN-HIBURAN MURAHAN terus dijadikan santapan buat mahasiswa. Terbaru adalah Mawar Idol dan UiTM Idol yang berlansung pada 15 dan 16 November 2011.Lebih malang, mahasiswa seolah-olah dipaksa untuk sama-sama meraikan program lagha tersebut dengan penyediaan Kupon Wajib untuk penempatan kolej semester hadapan !
Adakah hiburan-hiburan sebegini tidak melalaikan pelajar? Adakah dengan sajian hiburan, daya kepimpinan pelajar dapat dicambahkan? Adakah bakat nyayian mahupun tarian yang cuba dicungkilkan mampu memberi nilai tambah yang positif untuk survival mahasiswa pada masa hadapan?
Atmosfera universiti yang sepatutnya menjadi satu medan percambahan ilmu pengetahuan mahupun nilai-nilai moral kian hari kian terhakis peranannya. Pembudayaan hiburan sampah terus melonggok-longgok dalam diari mahasiswa. Sehinggakan pada Pesta Konvokesyen yang sepatutnya diadakan pesta keilmuan untuk meraikan keberjayaan mahasiswa menamatkan pengajian mereka telah bertukar sebagai pesta hiburan. Dimana nilai keilmuan di situ? Di mana letaknya nilainya seorang graduan?
Bukankah pemimpin besar sekarang juga pernah menjadi seorang mahasiswa?
Andai keterlibatan pelajar dalam politik dijadikan penyebab pelajar hilang tumpuan ketika belajar, bagaimana pula dengan mahasiswa yang terlibat secara aktif dalam bidang sukan sehingga memaksa mereka mengorbankan kuliah mereka? Kadang kala buka setakat sehari dua malah kadangkala mencapai berminggu-minggu atau lebih dari itu. Namun perkara tersebut tidak pernah dijadikan isu bilamana sukan dijadikan batu loncatan untuk menaikkan nama sesebuah institusi pendidikan tinggi.
Oleh itu, dapat dilihat, alasan kononnya penglibatan mahasiswa dalam politik boleh mengganggu tumpuan mahasiswa ketika sesi pembelajaran di dalam kelas hanyalah sekadar alasan untuk memberi ruang pihak pentadbiran melaksanakan agenda sesetengah pihak. Akhirnya, mahasiswa UiTM khususnya terus dibungkus pihak pentadbiran dan diheret mengikut rentak tari pentadbiran. Suara mereka disekat. Kuasa mahasiswa dihalang walau sekalipun mempunyai jawatan tertentu di peringkat mahasiswa. Jawatan hanya sekadar jawatan untuk memenuhkan carta organisasi dan menjadi pak turut kepada HEP. Bilakah ruang bersuara mahasiswa UiTM akan dibuka? Harapan tersebut ibarat menunggu kucing bertanduk selagi pentadbirannya terus berlegar dalam kalangan MEREKA !
Oh! UiTM dihatiku….Yang benar,
Pemerhati Politik Mahasiswa UiTM
NAK JADI MCM MAT SABU? HAAA POLITIKLAH ... HAHA.... ADEHHH KESIANNN ..
ReplyDeleteKalau benar VC UiTM ikhlas dan jujur dengan statementnya mungkin perkara mcm ni tak jadi. Alang2 dah masukkan politik dalam kampus , benar sahaja mahasiswa berpolitik. Buat malu UiTM je. Sampai keluar statement mahasiswa sendiri. UiTM juga yang malu. Tak profesional. Cakap serupa bikin la. itu yang penting. Waallahualam. :)
ReplyDelete