Budget 2013 dan kita…dari viewpoint seorang mahasiswa

Oleh: Lelouch Lamperouge


Assalammualaikum





Beberapa hari lepas, ada sekeping gambar yang sangat memalukan disebar di internet. Gambar mahasiswa UiTM yang ternyata kelihatan sangat gembira apabila mendengar pengumuman bajet Pak Najib. Saya hanya mampu kasihan padanya kerana tidak memahami reality sebenar disebalik Bajet 2013 ini.

Pada saya, Bajet 2013 tidak lain bertindak sebagai kek coklat gergasi yang diberikan untuk membodek rakyat dalam menangani masalah prestasi dan imej BN yang merosot teruk.
  
Bajet yang dibentangkan pada kali ini merangkumi peruntukkan keseluruhan sebanyak 215.6 bilion (RM201.9 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM 49.7 bilion) yang dicanai dengan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam, serta mensejahterakan rakyat. 

Antara isu untuk Mahasiswa…
  
Ramai yang gembira dengan 10% diskaun yang diwar-warkan dalam bajet untuk pemiutang PTPTN. Tetapi bila dibandingkan dengan tawaran perndidikan percuma oleh pihak Pakatan Rakyat, gula-gula ini terasa tawar. Namun begitu, saya merasakan perlunya ada satu ‘balance’untuk sistem pendidikan negara. Sangat menyedihkan apabila si miskin terpaksa bergadai nyawa untuk meminjam wang untuk pendidikan anak-anak mereka walaupun Malaysia ini negara yang kaya dengan hasil bahan mentah.  Di sudut lain pula, adilkah si anak millionaire juga dapat pendidikan percuma apabila mereka mampu membeli tiga empat Ferarri F12 Berlinetta ?


Mungkin isu rebate RM200 untuk setiap rakyat malaysia berumur 21 - 30 tahun bagi pembelian smart phone yang menyebabkan segelintir mahasiswa terlebih ‘excited’. Tapi, pada saya, ianya hanya menguntungkan syarikat telefon bimbit bila difikir dari sudut ‘long term’. Saya kira cadangan untuk menyediakan perkhidmatan internet mampu bayar [ merendahkan kos pembayaran internet bulanan] lebih berbaloi kerana keseluruhan semester kita menggunakan internet, bukannya kita membeli smart phone berkali-kali dalam satu semester bukan? 

- berat nanang @___@ -

Untuk masyarakat umum..


Saya akui beberapa dasar yang diperkenalkan adalah nampak cantik dengan situasi semasa. Antaranya 1 billion Dana Strategik Pelaburan Domestik di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan dana 16 juta untuk skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan SSM (perlindungan maksimum RM5,000) dicadangkan.


Tetapi, masalah paling kritikal dalam bajet ini ialah kebanyakan dasar dan insentif yang telah digariskan bersifat ‘one-off’ atau jangka pendek. Pelaburan ini juga hanya bersifat sementara dan tidak menyeluruh.

Memetik kata Pakar Ekonomi Islam, Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman. ‘Sepatutnya kerajaan bukannya sahaja perlu menaburkan ‘gula-gula’ kepada rakyat tetapi kerajaan juga perlu memberi ‘mesin gula-gula’ kepada mereka supaya mereka tahu bagaimana untuk berdikari dan berfikiran inovatif’.

Sebagai contoh adalah bajet untuk masalah perumahan di Malaysia. RM 1.9b adalah untuk pembinaan rumah mampu milik, menyiapkan projek terbengkalai, merendahkan criteria peminjam untuk skim rumah pertamaku – semuanya solution yang tidak mampu memberi impak untuk long term kerana tindakan ini tidak mampu menyelesaikan masalah sebenar iaitu harga rumah yang mencekik darah rakyat Malaysia. Selain itu, dari sudut rumah kos rendah pula, kualitinya sering dipertikaikan oleh penghuni-penghuni kerana sikap kaut untung atas angin oleh pemaju (ehem kes stadium runtuh di Ganu ehem)


Fakta Bukan Auta

Mengikut laporan audit Fitch Ratings pada bulan lalu, Malaysia masih tiada pelan menyakinkan untuk menangani perbelanjaan defisit dan hutang kerajaan persekutuan. Hutang Malaysia sekarang ialah RM 476.68 bilion iaitu hampir 53% daripada KDNK Negara. Dengan keadaan kewangan yang lemah, Malaysia kini sama paras dengan negara yang banyak berhutang seperti Itali. Malaysia telah jatuh dari 96 ke 110 dalam kerajaan dengan bajet berimbang. 

Kesimpulannya,

Realiti hari ini, bersama pemborosan dan kegagalan mengurus dana oleh kerajaan Barisan Nasional, maka kos sara hidup rakyat akan terus meningkat dan meningkat. Cukup licik strategi yang digunapakai, harga barang dinaikkan sedikit-sedikit dan secara senyap-senyap supaya rakyat tidak naik hantu ( gula, petrol dll ). Tapi, of courselah peningkatan harga brang basic  ini akan effect harga everything else kan? 

Jika benar mahu menawan hati rakyat, kerajaan perlu merancang satu kaedah untuk harga kawalan yang baik dalam bajet mereka. Itulah strategi yang digunapakai oleh PR contohnya dalam isu pembelian kereta dan isu masalah perumahan. Tolong jangan insult rakyat dengan memberi a slice of cake dan berharap kami akan berlutut dan berterima kasih sedangkan kami dipaksa memberi terlampau banyak wang untuk kerajaan membuat kilang kek coklat.


Oleh: LELOUCH LAMPEROUGE
         ~ GMM FIRE TEAM ~

1 comment:

  1. http://www.szlihin.com/2012/09/gula-gula-smartphone.html

    ReplyDelete