Lagi program membazir dan merosakkan fikiran
dianjurkan…sedangkan sudah di akhir waktu untuk membuat persediaan menghadapi
peperiksaan. Mengapa mahasiswa terus dihidangkan dengan kepahitan jahiliyyah
ini? Apakah destini anak bangsa yang dilaung-laungkan membawa maksud berhibur
dan tenggelam dalam keseronokan semata?
Allah…makin sakit bumi UiTM dengan program sebegini. Semakin
sukar membawa motto Usaha, taqwa, mulia yang menjadi bait-bait janji dalam lagu
UiTM diHatiku.
Hiburan banyak cabangnya, mengapa perlu dengan cara sebegini
dan waktu ini? Islam telah menggariskan cara untuk berhibur, admin kira telah
kami nukilkan dalam artikel lepas. (artikel Mahasiswa dan Hiburan Melampau) Artikel
tersebut adalah antara artikel yang mendapat hujahan yang banyak daripada
pembaca GMM dan mendapat rating agak tinggi. Ramai yang mempersoalkan
mengenainya dan marah kepada kami. Terbukti masih ramai yang memihak kepada
perkara yang melalaikan hingga berhujah panjang lebar demi mempertahankan ia. Ingat
lah, manusia itu suka menzalimi dirinya sendiri dan suka melakukan perkara yang
sia-sia. Ini kata Allah dalam kalam sucinya surah al ahzab ayat 72.
Bukan mahu berceramah, namun kami nak mengajak mahasiswa
UiTM agar sama-sama kita dekatkan diri dengan program yang bermanfaat dan
mendekatkan diri kita dengan Allah. Elakkan menyertai program yang mengundang
percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas dan mengandungi perkara
melalaikan.
Tambahan waktu mendekati musim peperiksaan ini, ada baikknya kita
jauhkan diri daripada membazir masa ke tempat yang tidak sepatutnya.
Banyak hiburan yang mendekatkan diri kita dengan Allah,
contohnya zikir terapi hati, qasidah, nasyid, lagu ketuhanan, drama
menginsafkan, pencetus ummah, bual bicara agama. Banyak, semua itu lebih
mengisi rohani kita. Usah terus biarkan rohanimu diisi perkara yang sebenarnya
menyakitinya. Mari bebaskan UiTM daripada terus menerus menganjurkan program
yang tidak bermanfaat.
Marilah kita cari hiburan yang indah dan bersyariat,
jauhilah hiburan yang lalai dan bermaksiat.
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini
hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-
megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan
anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani;
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
(Al-Hadid: 20)
Usah mencari
bahagia dengan perkara dosa
-ustaz Pahrol Mohd
Juoi-
BOIKOT KONSERT
DESTINI!
-GMMPRIHATIN-