Mahasiswa dan hiburan melampau.


Assalaamu'alaikum wbt, hello there!

Isu yang panas membuatkan admin berasa semakin panas dan membara untuk menulis kali ini...hehe...baru-baru ini admin telah mendapat satu email dari salah seorang mahasiswa yang hadir di konsert ala-ala disco katanya..tetapi admin terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada UiTM kerana berkesempatan menjalankan konsert ala-ala disco dengan jayanya dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada fakulti music. 

Selain daripada itu admin juga turut mengucapkan tahniah kerana pihak yang berkenaan “berjaya” mendidik anak bangsa kita agar menjadi terus leka dan hanyut dalam hiburan. Nama beliau(pengirim emel) admin rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Jadi ayuh kita teruskan dengan apa yang berlaku dalam konsert itu...menurut sumber itu, dalam program tersebut telah berlakunya beberapa perkara yang sangat tidak wajar baginya. Antara sebabnya beliau berkata begitu adalah;

1-Penganjuran konsert itu bersifat ala-ala disco
2-Ia berlaku pada bulan yang hampir dekat dengan final exam
3-Penganjuran pada bulan sya’aban (dah dekat dengan bulan Ramadhan)
4-Berlakunya aksi panas di atas pentas dimana pelajar perempuan dikatakan berpakaian sangat seksi dan menari tanpa segan silunya. 
5-Hiburan yang melampaui batas syariat agama
6-Program yang langsung tidak memberi manfaat kepada pelajar sendiri sebagai mahasiswa.






Ketika admin bertanya kepada beliau apakah perasaan beliau setelah 'terlajak' menyertai program tersebut, katanya beliau sangat kesal dengan apa yang telah berlaku dek kerana ajakan untuk menemani kawannya, beliau tersalah langkah ke tempat yang sebegitu dan tambahnya lagi, menurutnya penganjuran program sedemikian adalah tidak selaras dengan motto UiTM sendiri iaitu 'Usaha, Taqwa, Mulia' memandangkan UiTM adalah tempat untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi lebih matang dan juga mempunyai akhlak yang baik. Tetapi selepas daripada program ini beliau meragui bahawa adakah UiTM adalah sememangnya tempat untuk merosakkan bangsa sendiri dengan akhlak dan juga moral dalam kalangan mahasiswa yang semakin jatuh. Tambahnya lagi beliau berharap agar program-program seperti ini dapat dihapuskan dalam UiTM demi melihat UiTM suatu hari nanti dapat melahirkan mahasiswa yang lebih produktif daripada segi akademik dan juga nilai moral. 
sumber: klik SINI

Komen admin, benar, hiburan adalah satu keperluan dalam kehidupan kita, kita tidak boleh sentiasa serius sepanjang masa, namun hiburan bukan lah alasan untuk melampaui batas agama. Admin pasti, para pembaca juga pernah terserempak dengan situasi seperti pengirim emel yang di atas dimana penganjuran dinner akhir semester atau majlis anugerah dekan fakulti ada kalanya tidak terlepas daripada melakukan element-element yang bertentangan dengan agama hinggakan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak dititik beratkan. 

Admin bukan hendak berceramah, namun admin mahu kita sebagai mahasiswa berfikir, adakah setiap kali program bersifat gathering dilakukan, perlu adanya unsur hiburan melampau yang membingitkan telinga, bertepuk tampar tanpa mengira jantina, dan berpakaian yang tidak menepati tatasusila? 

Agama juga tidak melarang kita untuk berhibur, namun ada batasannya. Admin menyambut baik cadangan pengirim emel di atas dimana di akhir emelnya dia menyatakan bahawa dalam kalangan pelajar UiTM sendiri ada yang menampilkan alternatif dalam berhibur yang bercirikan menyeru ke arah kebaikan. Antara contoh yang beliau berikan adalah, band Mekanika daripada fakulti Kejuruteraan. KLIK. Beliau juga ada menyebut mengenai penubuhan kelab Qasidah di UiTM. Admin yang baru sahaja belajar mengenali kelab tersebut dan band yang dimaksudkan merasa berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar yang menyertainya, dan admin lihat ia adalah salah satu usaha untuk menaikkan satu alternatif hiburan yang mengikut syariat dan bermanfaat. Daripada kita berjimba tak tentu hala bagaikan tidak ada pegangan agama, bukankah lebih baik kita berhibur dengan sesuatu yang bermanfaat dan mendatangkan pahala bagi kita? 

Akhirul kalam, admin mengharapkan para penganjur program di luar sana agar sama-sama menjaga penganjuran program anda daripada unsur-unsur yang melampaui syariat. Rujuk : ARTIKEL RUJUKAN DALAM BERHIBUR. Admin tidak teragak-agak untuk mengeluarkan ‘shooting’ yang seterusnya yang pastinya lebih tegas dan berbisa sekiranya penganjuran program seperti ini terus dilaksanakan!

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Raihan-Mari Berhibur 

-penembak tepat- 

0 comments:

Post a Comment