Benarkah Mereka tahu Erti Perjuangan

assalamualaikum w.b.t...
Salam kasih saya hulurkan buat semua pelajar UiTM seluruh Malaysia. Kini pelajar-palajar UiTM sedang enak beristirehat di kampung masing, setelah penat bertungkus lumus mengulang-kaji pelajaran. Namun satu persoalan yang ingin saya lontarkan kepada pelajar UiTM, adakah anda semua puas dengan perbuatan berdemo tempoh hari? saya sebagai mahasiswa UiTM yang berbangga dengan pencapaian UiTM kini malu, malu dengan perbuatan kalian, tidakkah kalian berfikir sebelum bertindak? inikah anak muda/mahasiswa yang akan menjadi pelapis pemimpin masa depan? inikah anak muda yang membela anak bangsa? saya cukup rasa terkilan, bukan untuk tidak bersama rakan-rakan turun berdemo untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada MB Selangor, tetapi sebagai mahasiswa yang berintelek, yang mempunyai fikiran yang waras sudah tertentu berfikir berkali-kali untuk membuat keputusan dan bukan mengikut telunjuk sesetengah pihak. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir, namun adakah kita benar-benar bersyukur di atas pemberian yang maha Esa? bersyukur adalah dengan membalas pemberian Allah dengan menggunakan akal ini sebaik-baiknya, bukan menggunakannya tanpa hala tuju. Wahai rakan-rakan yang amat saya sayangi, berdirilah di atas paksi yang benar, anda bukan seorang yang tidak cerdik, malahan cukup cerdik jika dibandingkan remaja yang tidak bermoral di luar sana, carilah bahan yang dapat dijadikan rujukan untuk mengukuhkan keputusan kita. Rakan-rakan, manusia bukannya maksum seperti nabi, namun Allah sudah memberi kita panduan agar kita jangan sesekali meninggalkan As-Sunnah dan Al-Quran, jika tidak musnahlah hidup kita wahai rakan-rakan. mereka yang berada di atas tidak semestinya benar, malahan mengikut hawa nafsu itulah yang menjadikan manusia dilaknat Allah. fikir-fikrkanlah wahai rakan-rakanku... nasihatku kepada anda semua, janganlah bertindak untuk kepuasan diri sendiri, fikirlah masa depanmu... sesungguhnya hidup ini tak selalunya indah.
wallahualam....

Penulis
Aktivis GMM

Reactions:

0 comments:

Post a Comment