E-VOTING:Satu Sistem atau suatu perancangan?




Umumnya, seluruh Malaysia mengetahui sudah ada kampus yang menggunakan sistem e-voting dalam pilihanraya kampus sebelum ini.
Kononnya, untuk selari dengan pembangunan sistem ICT Malaysia dan dalam mempercanggih sistem yang sedia ada e-voting dianggap sistem yang relevan
dalam pilihanraya kampus. Semua yang terlibat pasti menjangkakan sistem ini pasti akan membuatkan pilihan raya lebih teratur dan pelbagai kelebihan ada pada e-voting. Mempunyai sedikit persamaan dengan sistem manual-voting, untuk memilih dan mengundi calon pelajar dikehendaki mengambil angka giliran dari petugas setelah nama pendaftar disenaraikan untuk mengundi.


Tempat mengundi mestilah tertutup dan undi adalah rahsia. Pengawal keselamatan dimana-mana dan pegawai petugas senyum menyambut mesra disamping calon-calon manis melontar manifesto masing-masing. Tamat sesi mengundi, hasil undian dibawa ke pusat mengumpul undi. Bagai si bapa menanti kelahiran bayi pertama, calon bersama-sama wakil mereka berdebar menunggu keputusan di layar skrin. Kiraan undi adalah secara automatic dan mana mungkin komputer bisa menipu keputusan melainkan system itu memang asalnya sudah dimanipulasi. Begitulah kitaran pilihanraya menggunakan sistem e-voting.
Sekilas pandang kita sendiri dapat melihat, e-voting adalah merupakan sistem mesra pelajar yang bukan hanya menjimatkan masa pelajar serta petugas, ia turut memudahkan pengiraan, menjimatkan kos dan seperti tidak banyak kerenah. Namun begitu, tidakkah mahasiswa terfikir sistem e-voting ini bakal merubah sesuatu dalam negara Malaysia kita? Sudah tentu arena politik masyarakat Malaysia!
Percaya atau tidak pilihanraya kampus itulah sebenarnya merupakan akar umbi masa depan sistem pilhan raya Malaysia yang mendatang. Kita mungkin akan melihat kesannya dalam jangka masa beberapa tahun terkedepan setelah menggunakan secara berterusan sistem e-voting ini dalam universiti. Bukankah mahasiswa sedia ada sekarang bakal mengundi ahli politik mereka pada masa hadapan? Harus diingat diluar sana, mahasiswa bukan lagi mengundi dengan e-voting tetapi manual-voting. Jadi kenapa harus mahasiswa didedahkan dengan e-voting yang nyata berlawanan dengan sistem pilihanraya biasa Malaysia? Diasuh atau dibasuh dengan sistem e-voting universiti, tidakkah pendoktrinan e-voting sejak umur kampus akan membuatkan penerimaan e-voting dalam pilihanraya Malaysia sebenar akan dapat diterima akhirnya? Jika e-voting terus diterima dan kelompangan sistem ini dikatakan boleh dibaiki diperhalusi, namun sejauh manakah ketelusan keputusan pilihanraya diperoleh untuk pilihanraya akan datang? Setelah e-voting diterima dalam kalangan universiti, tiadakah persoalan baru mengapa ia tidak boleh diterima untuk pilihan raya umum Malaysia nanti? Perlu jelas, mahasiswa inilah yang bakal menggantikan ayah-ayah,ibu-ibu, datuk nenek mereka yang sudah tua untuk mengundi calon pemimpin masa hadapan. Gabungan Mahasiswa Merdeka percaya lama-kelamaan manual-voting akan bergalang ganti dengan e-voting. Ini sudah tentu disebabkan diskritnya e-voting menyusur masuk kedalam pemahaman mahasiswa pengganti tunggak negara sekarang.

Berfikir dan bertindaklah dengan memikirkan insentif jangka masa panjang untuk menstabilkan lagi sistem politik negara kita. Usah terlalu mengambil kira perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan untuk manual-voting. Kita semua tahu tidak ada pilihanraya sebenar yang tidak menelan belanja yang besar. Berjimatlah dengan tidak menabur wang kepada hiburan konsert lagu, parasit yang menepis kemuliaan akhlak mahasiswa secara halus itu. Lakukan sahaja manual-voting seperti biasa. Dedahkan mahasiswa kepada sistem pilihanraya yang sebenar. Gabungan Mahasiswa Merdeka bukannya hendak menuduh pihak tertentu merancang e-voting untuk mengubah sistem pilihanraya Malaysia tetapi apabila memikirkan sistem e-voting ini sedikit-sebanyak menjadi virus berbahaya kepada masa depan politik Malaysia, maka kami terpanggil untuk sama-sama membuka minda mahasiswa dan seluruh pihak terbabit. Berfikirlah dengan lebih kreatif dan tidak salah menuntut supaya e-voting dihapuskan lantaran sistem ini lebih bersifat virus ancaman politik.

18 comments:

  1. So,ape yang terbaik sekarang? bukan ke universiti buat sesuatu tu diorang dh fikir byk kali?

    ReplyDelete
  2. tidakkah perkara yang dicetuskan ni bakal buat spekulasi liar terhadap sistem asal yang penat-penat diorang plan?

    ReplyDelete
  3. bila pilihanraya kampus uitm?

    ReplyDelete
  4. pilihanraya UITM akan diadakan tahun depan...bulan JANUARI 2010.
    Mengikut Kementerian Pengajian Tinggi.bersiap-sedialah...

    ReplyDelete
  5. korang semua rasa apa agaknya ciri-ciri pilihan MPP baru korang? kalau aku, aku pilih yang kuat agama dan tahu memimpin.akidah kuat, masjid dan surau jadi tempat biasa bagi dia.tegas mesti ada.baik dan berbudi pekerti.sopan dan tak mudah marah.banyak ciri-ciri baik...agak-agak ada lagi ke mcm tu kat uim?

    ReplyDelete
  6. kalau tengok sekarang banyak ragam yang berlaku dalam MPP UiTM.aku tak tahu sejauh mana kesahihan cerita jadi biarla mcm tu.

    ReplyDelete
  7. sebab fikir banyak kalilah pihak universiti nak buat e-voting..

    betul yg ditulis dlm artikel.. sistem komputer boleh dimanipulasikan..

    tidak mustahil itu boleh berlaku..

    fikiran sebilangan rakyat telah dimanipulasikan..
    itu manusia yang ada akal yang ada otak..

    inikan pula komputer.. yang hanya perlu diprogram.. senang je tu..
    tanya budak-budak komputer.. sekali ngadap je komputer tu dah menangkan diorang..

    calon mpp yang kaki masjid?? ada memang ada, tapi, takut vc la yg xmhu.. almaklumlah.. tak berapa nak bersefahaman....
    awal-awal lagi dah kena reject calon mcm tu..

    ReplyDelete
  8. banyaklah kaki korang ni.ingat yang rajin ke masjid tu boleh memimpin ke?

    ReplyDelete
  9. Aku mendoakan semoga pemimpin korang panjang umur..maksud aku bukan makin banyak bilangan umur yang diorang dapat.tapi makin bernilai pimpinan mereka.maksud aku lagi..selagi tersisa masa untuk mereka memimpin nih, diorang dapat tinggalkan sesuatu yang bernilai kepada pelajar dan uitm korang..
    aku respek juga bila uitm dah mula buat penghapusan berkala polisterin dalam uitm.yelah..skurangnya ada inisiatif untuk memulakan.takdela berjanggut org sakit baru nak ada elak-elak.
    tahniah aku ucapkan dan sempena Aidilfitri bersisa ni aku pohon maaf zahir batin kpd semua yg tidak mengenali aku.kerana aku biasanya sengaja buat silap dgn orang yg aku tidak kenal.bagi tak sengaja itu biasanya dgn org ku kenal.MAJULAH UITM!!!

    p/s: UNDILAH TAHUN DEPAN BUAT KORANG!

    ReplyDelete
  10. baguslah sistem ni.betul la jika diihat secara kasarnya memang la mcm nak pengaruhi sistem politik malaysi.tp kita kena fikirkan situasi kampus malaysia ni.mcm uitm pelajarnya adlah ramai.e-voting memudahkan.
    jangan bimbang la,setakat e-voting,takdenya politik malaysia akan digugat.kalau betul la malaysia akan ubah juga sistem politik ke e-voting,mari kita sama-sama bersuara.guna apa yang ada la.takpe, kita bicang sama-sama.

    tumpang tanya, selaku org luar tertanya2 juga,apa fungsi GPMS dalam universiti-universiti dalam malaysia? fungsinya tak jelas.terbuka juga blog mereka tapi seperti sekadarretorik je.kalau boleh tunjukkanlah apa yang kamu GPMS lakukan.

    tqvm
    ABU YUNUS

    ReplyDelete
  11. Salam'alaik.
    Buat pengetahuan semua, setiap perkara dalam universiti yang bakal dilakukan akan dibincang dan diperinci kelebihan dan kekurangannya.Kita sudah memulakan e-voting,jadi kita sendiri telah melihat banyak kelebihan yang ada.tentang sistemnya yang mungkin dimanipulasi, itu terpulanglah kepada yang mengendali.SPR kita ada.jadi tidak mungkin peranan mereka dipersia.pengalaman lepas dah banyak memberi kematangan kepada sistem itu.jadi, sekarang kita hanya perlu perkukuhkan lagi dan jangan menolak terus.ikuti lah perkembangan semasa selalu dan bersama-samalah kita berfikir sebelum mengutara kata-kata.walaubagaimana pun, sikap sensitif dengan perkembangan semasa ini patut diberi pujian.teruskan memartabat nama uitm lagi.

    ReplyDelete
  12. tak habis2 ni dgn e-vote.
    universiti lain byk yg buat demo dan terbaru SMM..
    diorang tak nak e-vote..

    ReplyDelete
  13. salam'alaik.
    cuba korang fikirkan sama-sama.kenapa pihak atasan nak juga buat e-vote.tp dalam kalangan mahasiswa universiti, ramai yang bantah dan siap buat demo lagi.bantahan beramai-ramai.tak kira CIna, India Melayu.Apa hikmahnya buat bantahan sedangkan kita tahu pihak atasan memang dah fikir masak-masak?

    ReplyDelete
  14. faktor yg perlu diambil kira dlm sistem undian setiap universiti:

    1.bilangan pelajar setiap fakulti

    2.calon memang biasanya 2 orang akan jadi wakilnya.bilangan bertanding tak terhad right?

    3.dana yg diperuntukkan

    4.pekerja atau pegawai terlibat dalam proses mengundi

    5.tindak balas dan reaksi pelajar

    ReplyDelete
  15. maklumat tambahan..
    UPM sendiri pernah boikot pilihanraya universiti mereka selama 2 tahun. bagi UPM yang menjadi universiti pertama dalam mengamalkan e-vote sejak 2003, pelajar mereka kebanyakannya tidak bersetuju dan proses undian berlangsuing dalam bantahan pelajar. ini diikuti dgn e-vote yg berlangsung di UIA.disana juga turut berlangsung bantahan dari pelajar. uitm yg turut mengikuti sistem tersebut dijangka akan berlangsung dengan aman...maklum la..bebudak uitm sesmua baik-baik..berpegang pada AUKU.

    ReplyDelete
  16. apa-apalah..yg penting sistem uitm tetap KEMAS berbanding universiti lain..

    ReplyDelete