PILIHANRAYA KAMPUS UITM SHAH ALAM 2010





Jika mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam, saudara Mohd Mursyidi b. Mohd Diah pernah menjadi nakhoda kepada mahasiswa, menggalas tanggungjawab besar membawa nama UiTM ke merata-rata bagaimana pula dengan pengganti kerusi Yang DiPertua terbaru kita? Sesekali terdengar suara-suara berkata “Buat apa pergi mengundi kalau yang bertanding setakat pro Aspirasi?”.

28 Januari 2010 mencatatkan sekali lagi sejarah di UiTM Shah Alam apabila berjaya mengadakan Pilihan Raya Kampus secara e-voting sekaligus menampilkan pelapis-pelapis pimpinan terbaru dalam UiTM. Berbekalkan semangat kepimpinan, calon bagi setiap fakulti bertanding secara matang dan profesional sekali tanpa menimbulkan sebarang permasalahan besar. Poster-poster serta risalah calon diedar ke sekitar fakulti namun kemeriahannya..dilihat tidaklah seberapa berbanding universiti tempatan lain. Mungkin tanpa kehadiran calon pembangkang, pro Mahasiswa menyebabkan suasana PRK dilihat bagai tiada apa-apa. Seminggu berkempen, hanya warna-warni poster bergantungan dicelah-celah bangunan dan pokok diselangi kempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah bertemankan ‘Campaign Manager’. Ada juga pamplet-pamplet calon diedar, tidak kurang yang membahagi-bahagi gula-gula, sekadar mengambil hati pengundi untuk mengundi. Namun, sejauh manakah kessedaran mereka untuk mengundi? Adakah kerana tiadanya pro Mahasiswa, UiTM begitu lesu dalam PRK nya?





Melihat kepada YDP terbaru saudara Ridzwan b. Salleh, mungkin ramai yang tidak menyangka alumni Cawangan UiTM Jengka, Pahang yang sebelum ini langsung tiada pengalaman berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar di universiti mampu memberi pembaharuan dalam UiTM Shah Alam. Adakah saudara Ridzwan sekali lagi ingin mengulang sejarah yang sama, mengulangi kerja-kerja YDP sebelumnya atau terselit dalam pemikirannya seribu cara membangunkan lagi kredibiliti dan wacana ilmu mahasiswa? Cara pimpinan dan pemikiran beliau nanti adalah merupakan pantulan dan cermin kepada keberhasilan program-program 1Malaysia, Biro Tatanegara dan sebagainya yang menelan peruntukkan jutaan Ringgit Malaysia rakyat Malaysia.

Calon-calon yang mendapat kemenangan terdiri daripada tapisan-tapisan melalui program-program yang kerap kali diadakan. Menunggu-nunggu kopi panas tiba ke meja, pernah GMM terdengar satu adunan bicara sesama mahasiswa..”Diorang masuk bertanding untuk keje ngan HEP jeke..bukan bawa suara pelajar?” GMM tertanya-tanya. Maksud disebalik kata-kata pelajar tersebut. Bukankah MPP baru dilantik untuk memudahkan kerja pengurusan HEP justeru memudahkan masalah mahasiswa dibawa ke meja pengurusan? Persoalannya disini, madah-madah tersebut dikeluarkan kerana pincang institusi pengurusan HEP atau kalangan mahasiswa tersangat kurang informasi tentang Majlis Perwakilan Pelajar? Atau mereka sekadar membawa kata-kata orang lain yang lebih lidah dari rasional? Atau mereka sangat jauh dari MPP sebelumnya hingga menganggap MPP sekadar majlis perwakilan biasa-biasa sahaja.





Seminggu. Lebih. Cuba kita perhati corak dan budaya PRK UiTM yang cukup berlainan dengan PRK universiti tempatan lain. Tiada himpunan besar-besaran, tiada ‘open-talk’ besar-besaran dihadapan semua pelajar, hanya seminggu kempen diadakan, peruntukkan berjumlah kira-kira RM500 hanya kepada gambar, risalah, poster, belanja penggantung poster..cukup tidak melihatkan semangat PRK. Tidak perlu membazir, jawapan yang bernas sekali. Namun, jika semangat itu ada, gema PRK pasti dapat dilihat pada wajah-wajah mahasiswa.
Sekali lagi, adakah kerana tiadanya calon pro Mahasiswa yang bertanding seperti universiti tempatan lain? Kesan lesu, tanpa penglibatan sepenuhnya mahasiswa dalam PRK, lihatlah calon-calon yang telah menang dalam bertanding. Cuba kita kaji, betapa matang pengundi dalam memilih calon-calon yang benar-benar berkepimpinan dalam universiti. Jika di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, mungkin hanya rupa menjadi taruhan. Fakulti Sains dan Perubatan mungkin akademiknya menjadikan pilihan utama. Bagaimana pula dengan pengaruh mantan-mantan MPP yang berat sebelah dalam membantu kempen. Mantan-mantan lebih suka menjaja nama-nama calon yang banyak membantunya dalam kerja. Rapat dan mesra. Begitu juga dengan pengaruh persatuan dalaman. Pasti calon pilihan yang sedap mata memandang akan dipilih. Disini dapat dilihat betapa calon mengharapkan pengaruh-pengaruh orang-orang tertentu dalam mencapai kemenangan. Bakat kepimpinan akan diasah selepas ditabalkan, seiring dengan gerak kerja. Oh, jadi benarlah pemenang-pemenang PRK kali ini tidak cukup berkepimpinan? Jadi, adakah kemenangan mereka atas keyakinan pengundi atau kerana pengundi sudah tiada pilihan lagi. Persoalan yang tak seberapa besar, namun impaknya pada barisan MPP terbaru ini, YDP baru sekadar tangkap muat kerana barisan-barisan pemenangnya sudah ketandusan mahasiswa hebat-hebat.




Usah diguna istilah PRK aman damai di UiTM tetapi gunalah istilah PRK lesu di UiTM. Jika universiti lain gempak dengan kisah kotak undi dibawa keluar universiti, ‘server down’ kira-kira 1 jam dalam e-voting, calon dilarang bertanding kerana berkempen melalui Facebook kerana disyaki berbau kepartian, calon-calon berlainan bangsa berhimpun besar berkempen, suara bising berteriak melaung-laung kata-kata semangat kepada calon, warga UiTM Shah Alam tiada kisah-kisah tersebut. Tiada cabaran dan proses mematangkan mahasiswa keseluruhannya.
Ini bukan kehidupan kampus yang sebenar-benarnya. Bukan membawa amarah, berkata tanpa alas atau menempelak tanpa sedar diri, tetapi mahu sama-sama membuka pemikiran kotak. Usah terlalu merasa tenang jika masih belum mahu hadapi makna hidup yang sebenar.

12 comments:

  1. MPP sekadar boneka, useless organization. baik bubar je la. pegi belajar. ade reps dgn takde reps pun sama je takde beza. tak pyh buang masa undi, semua sama sahaja.

    ReplyDelete
  2. tapi kalau tak mengundi..siapa nak jadi orang tengah antara pelajar dan HEP???

    ReplyDelete
  3. Skang ni mahasiswa/i lebih bertumpu kepada pembelajaran. ye la, watpe nak jadi MPP kalau kita je keja yang susah untuk senangkan orang lain? camtu la perangai manusia skang ni. kalau kat luar, jadi MPP dapat bayaran la, nama la, kebanggaan la, ego la (sebab dapat kalahkan parti lain), kalau kat UiTM? dapat apa? susah keja, penat lelah, sehabuk pun tak dibayar, asyik kena suruh je memanjang, and sikit2 kawan akan cakap, "ha, mana MPP kita? goyang kaki?"

    persoalan tentang tangkap muat ni sebenarnya terletak pada training2 yang telah diorganize oleh pihak2 tertentu. diorang train untuk menjadikan bakal2/calon2 MPP ni bersatu-padu, berkerjasama, tahan kuat, 'ber-adik-ber-adik-kan' sesama sendiri. tapi masalahnya mereka tak pernah diajar tentang approaches bila dah jadi MPP, apa keja2 yang perlu diorang buat, apa JENIS keja yang akan diorang buat, apa jenis PERUBAHAN yang BOLEH diorang buat, dll keja2 MPP. mana tak budak2 terkejut, tetiba je diorang jadi MPP. "Ni lain dari training kita dulu".

    honestly, kebanyakan diorang yang jadi MPP ni bukan ada semangat untuk memperkasa/majukan UiTM. diorang hanyalah (bak kata Mr. Siddiq Azani) boneka, yang untuk hanya 'ada' di dalam setiap fakulti and bilik MPP yang serba baru tu. sekadar ada, baru orang nampak bahawa "masih ada rupanya orang yang NAK mewakili pelajar, nasib baik", padahal sebenarnya tak! ada diantara mereka yang memang taknak jadi MPP tapi telah dicucuk dengan janji2 seperti "tak ada apa2 lah jadi" and "cuba je try". padahal mereka sendiri pun tak tau untuk apa sebenarnya mereka digelar MPP. kita tanyakan mereka sendiri.

    pasal pertandingan antara pro tu or pro ni, takyah cakap la… kat UiTM. memang takkan ada nya benda2 camtu. this is UiTM. kita pro pada satu saja, which IS UiTM. kalau ada pun pakatan2/parti2 lain kat UiTM, 99.9% diorang akan di cop TAK LAYAK bertanding, caye la.

    ReplyDelete
  4. orang yang x merasai sendiri suasana kepimpinan dalam kursus2/ mpp memang akan cakap mcm tu~

    ReplyDelete
  5. perbincangan yang hebat2 belaka, tapi apa cadangan anda semua kpd yg dah jadi MPP dan akan buat gerak kerja?...

    1.MPP sudah dilantik, post masing-masing dah ada.jadi, apa kata MPP baru rujuk MPP lama dan belajar serta kutip pengalaman mereka.
    2.Semua tahu, MPP yg baru naik ni tak sempurna, ada yg sbb minat,cita-cita besar nak merubah UiTM,cari glamer n pengaruh,konon nk pengalaman supaya mudah dpt keje etc. Jd tanggungjawab pelajar luahkan isi hati dan pandangan,bantu mereka,kalau diorg buat silap tegur dgn baik dan kalau melampau perangai mereka...BERTINDAK DGN WAJAR..!
    3.Cadang kpd mereka buat satu perjumpaan TERBESAR, bagi semua buka mata, pacak khemah besar tengah2 UiTM,guna microphone n speaker paling kuat,panggil plaja,bahas sama2 kehendak mereka.
    ...akhir sekali, buat apa sahaja asal tak melampaui batas AGAMA dan adat Melayu kita...

    ReplyDelete
  6. heh, seroja hijau, see who's talking la..

    pena puteh,

    cadangan sekadar cadangan. saya tak kata pasti, tapi saya hampir pasti bahawa student tak menyokong sepenuhnya gerakan MPP. entah la nak kata camna tapi student lebih seronok memalukan MPP. kalau tak, masakan diorang hanya cari kelemahan saje.

    kalau buat perjumpaan antara student dan wakil student, kita selalu je dengar bahawa student melontarkan soalan. memang banyak soalan yang diorang bagi, kadang-kadan kesian tengok MPP tak dapat jawab soalan-soalan diorang tu. ada kalanya soalan tu hampir tak rasional, yang MPP tak boleh nak buat. tapi apakan daya, student mengharapkan MPP sekalian dapat memuaskan hati mereka, tapi mereka lupa, MPP tu bukannya menteri2 dalam kerajaan, kata ok, ada duit, sume jalan, haiz~ ni la senario dalam kampus.

    tapi, masalahnye, kita kena tengok manifesto2 dan janji2 MPP yang bertanding. janji buat tu la, ni la, tapi in the end, diorang tak tau mane nak start. jadi MPP setahun je. kalau 5 tahun tu, mungkin lain citernye. mane la student hilang kepercayaan pada orang2 yang bergelar 'wakil' mereka ni?

    **BTW, saya anonymous #2, lupa letak nama ritu...**

    ReplyDelete
  7. tak pernah ikuti kursus mpp? beb aku bekas calon 2009/2010 la. aku pegi kem2 tu, pegi pantai mlm2 buta balik sbuh tu. admit je la mpp uitm useless. isu parking pun tak boleh settle. takde suara. tak radikel. tak berani.

    ReplyDelete
  8. To SIDDIQ AZANI..."Betul ke korang kena berdiri dlm air tepi2 pantai tahan ombak sama-sama?..bercampur ke tak ye laki pmpn? hehe"
    penah main tarik upih x..

    sedikit perkongsian dari ku dgn kwn2 semua..pernah sorg MPP gtau aku, setiap perkataan yg keluar dr kita xkira scr verbal atau tulisan mlambgkan siapa diri kita.
    ..senyap SGT sbb bodoh
    ..ckp org alim bl perlu
    ..ckp asyik menghentam sbb kurang bcampur dgn org
    ..ckp tetg idea & benda ptg itu org b'ilmu
    ..ckp ttg diri sdiri itu org blagak
    (itu MPP tu ckp)

    kita semua tahu mcmana mereka, jd kita bantulah mereka. Persatuan dalaman yg dahsyat2 dgn "OTAI2" apa salahnya tlg bantu MPP baru nih.MPP baru pon jgn lah blagak sgt pandang rendah kat persatuan dlman..sbb..lau ikut pengalaman, nama UiTM pun byk naik dan terkenal sbb persatuan2 dalaman.
    ahak..sapa setuju

    ReplyDelete
  9. sepanjang hidup aku kat UiTM..
    mesti aku rasa MPP baru mcm tak da nyawa pada semester pertama perlantikan diorang...nape ah?

    MPP je kot bleh jawab

    aku tgk kite je beriya ckp tp diorg tp jawapan tetap samar-samar
    tak sabar aku nk dpt no contek diorg

    byk nk melapor ni

    ReplyDelete
  10. MPP kan dah buat roadtOur kat semua kolej. kalau korang semua nak tau, YDP Wan dh jelajah kolej2, jumpa dgn ajk kolej n sekreteriat fakulti tau.

    nanti kan ada pidato kat dataran cendekia.korang semua pegila.k.

    ReplyDelete
  11. Mana sudut pidatonya?

    ReplyDelete
  12. mpp hanya pandai janji..hanya taw bawa kroni sendri..dalam sistem pemilihan sudah tak adil NADI PENGGERAK konon!!! Nadi yang hancur umat melayu dan negara..

    ReplyDelete