Dalam menyelusuri liku-liku kehidupan yang penuh mencabar, pelbagai tribulasi dan mehnah yang datang menjengah dalam kehidupan.Manusia saling menyalahi antara satu sama lain apabila berlaku sesuatu kejadian. Kejadian yang tidak pernah di jangka suatu waktu dahulu kini ‘rancak’ berlaku sekarang. Setiap hari akan ada isu-isu baru yang pasti ‘mengoncang’ dada-dada sekalian manusia. Sehinggakan Negara yang di isytiharkan merdeka hampir selama 53 tahun kini seolah-olah seperti ‘dijajah’ oleh penjenayah yang juga rakyat Malaysia sendiri. Rakyat kini sangat dahagakan kedamaian yang memang menjadi fitrah manusia yang menginginkannya.
Adakah kita betul-betul sudah merdeka?
Kita sebenarnya masih dijajah!
Cara hidup,berfikir dan perlakuan kita masih banyak bertamadunkan daripada penjajah kita dahulu iaitu british ataupun barat. Kita boleh melihat kesan daripada penjajahan yang berlaku terhadap remaja kita. Remaja yang bakal meneraju pemerintahan Negara masa hadapan, di kalangan mereka ramai yang terlibat dengan masalah-masalah social dan jenayah. Dan amat malang sekali, golongan yang di katakana bakal peneraju Negara iaitu kaum lelaki di Negara kita hampir-hampir pupus di setiap IPTA/IPTS.
Berbeza pula dengan masalah bagi kaum yang memodinasikan bagi setiap IPTA/IPTS iaitu wanita, mereka ramai yang terlibat dengan masalah sosial yang begitu meruncing sekarang ini.Antara contohnya,masalah remaja wanita lari dari rumah bersama dengan teman lelaki begitu sinonim dengan mereka sekarang ini.
Jadi apakah tindakan bagi golongan yang sedar akan hal ini dan apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada setiap insan?
Inilah antara ciri-ciri yang perlu ada pada setiap insan di muka bumi ini:
Firman Allah s.w.t :
“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya” [al-Baqarah 2: 1-5]
Kriteria-kriterianya adalah:
• beriman kepada perkara-perkara yang ghaib
• mendirikan sembahyang
• membelanjakan sebahagian dari rezeki kepada jalan Allah
• beriman kepada Kitab “Al-Quran”
• yakin akan (adanya) hari Akhirat
Marilah kita membawa remaja kita kembali kepada landasan yang sebenar. Itulah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kita semua. Jalan yang menjadi fitrah ataupun keinginan bagi setiap insan di dunia ini. Hentikan hanya terus menyalahkan pihak lain, ayuh bergerak bersama untuk ‘memerdekakan’ masyarakat kita.
14 December, 2018 17:33
6 years ago
0 comments:
Post a Comment