Isu ini sudah lama di perkatakan..Tentang kewajaran mahasiswa untuk menyertai mana-mana parti politik..Tapi kewajaran ini telah ‘disekat’ lantaran kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ketika era Tun Hussain Onn..Kewujudan AUKU ini menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana mengekang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas..
Antara isi kandungan AUKU yang menyatakan larangan terhadap mahasiswa dari menyertai mana-mana parti politik:
15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-
a. Mana-mana parti politik sama ada di ada di dalam atau di luar Malaysia.
Baru-baru ini Malaysia di kejutkan dengan penangkapan 4 orang pelajar Jurusan Sains Politik berhubung tuduhan meyokong parti politik semasa pihan raya kecil di Hulu Selangor.Bagaimanapun,mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor untuk kajian penyelidikan akademik..Persoalannya,mengapa disekat pembelajaran mereka?Sememangnya itu adalah salah satu ‘amali’ daripada ‘teori’ yang mereka pelajari semasa pembelajaran di kampus..Dan yang lebih menjadi tanda tanya,apabila ada pelajar UITM (yang terang lagi bersuluh tidak ada jurusan Sains Politik) menyertai program yakni menjadi salah seorang sukarelawan semasa VOUGE dijalankan di UITM?Mengapa tiada tindakan yang dikenakan?Dimana hilangnya AUKU yang dibanggakan itu?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda AUKU yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat tentang sesuatu isu yang berlaku di negara kita.Tujuan utamanya dalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik.
Perkara ini dilihat wajar,disebabkan mahasiswa diajar bersuara jika tidak puas hati tetapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik,mereka ‘dipancung’.Alasannya,mereka tiada keperluan terbabit dalam gelanggang itu,kurang matang,terlalu emosi dan mudah dieksplotasi pihak tertentu.Adakah wajar sedangkan pada masa yang sama,semua pihak mahu mahasiswa menjadi golongan kelas pertama,apatah lagi mereka adalah generasi pewaris Negara?Melihat fenomena yang berlaku ini,timbul tanda tanya dimana,dimana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara?Profesor politik dan kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM),Dr Jayum Jawan berkata,masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu.Hal ini disebabkan senario politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat,ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.
-Mahasiswa tidak matang -
- Suara Siswa : Politik Kampus –
http://celahgelegar.blogspot.com/2010/08/kabinet-setuju-larang-penuntut-ipta.html
ReplyDeleteBila diberi peluang bercakap, berhujahlah dengan bukti, dengan kajian, bukan hanya cakap-cakap dikedai kopi. Ini soal untuk mengubah sesuatu dasar bagi kecemerlangan pelajar, rakyat dan negara dimasa hadapan. Sudah pasti Kerajaan perlukan lebih dari sekadar berhujah menanam tebu dibibir mulut yang langsung tidak meyakinkan walaupun hujah tersebut datang dari jaguh-jaguh pidato kampung yang berlagak hebat kononnya
kesiannya celahgelegar..mesti anda ni...berpemikiran lembap jugak kan? hehe.
ReplyDelete