PILIHAN RAYA KAMPUS; UiTM VS UM, USM, UKM, UPM, ETC



Salam 1 Malaysia, salam PRK (pilihan raya kampus) buat semua warga UiTM tercinta. Apa khabar sahabat-sahabat GMM di UiTM seluruh Malaysia? Bahang pilihanraya kampus  telah bermula di seluruh kampus. Bagaimana dengan suasana di UiTM? Sahabat-sahabat GMM, bagaimana kebahangan situasi pilihanraya kampus yang kita inginkan? Atau adakah mahasiswa UiTM ambil endah tak endah sahaja berkenaan pilihan raya kampus?

Bukankah kita sebagai anak-anak generasi UiTM seluruh Malaysia adalah sebagai pemimpin akan datang? Sedat tak sedar, UiTM bakal mengadakan Pemilihan JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) pada 22 Februari 2011 iaitu pada Selasa depan. Untuk pengetahuan bersama, pilihan raya kampus telah di selaraskan tarikhnya di setiap IPT seluruh Malaysia IPT lain seperti Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) ialah serentak pada 21 Februari, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Pahang pada 22 .

UiTM mempunyai mahasiswa yang berketerampilan dan intelek, marilah kita bersama-sama memikirkan kepentingan pilihan raya kampus UiTM. . Berikut adalah tarikh-tarikh penting pilihan raya kampus UiTM seluruh Malaysia (penting bagi masyarakat kampus atau penting bagi pihak-pihak yang berkepentingan?)
i)                    Penamaan calon          : 17/22011 (Khamis)
ii)                  Pengumuman calon     : 18/2/2011 (Jumaat)
iii)                Pembuangan undi       : 22/2/2011 (Selasa)
(kempen bermula hari Jumaat malam sampai Isnin malam 17-21/2 termasuk hari Sabtu dan Ahad)

            Kita dapat melihat di sini, bahawa situasi pilihan raya kampus di UiTM memang terlalu banyak bezanya dengan kampus-kampus lain. Persoalannya di sini, adakah pilihan raya kampus di UiTM memberi perubahan dan mempunyai perbezaan sekiranya pilihan raya kampus tidak di adakan? Ini kerana, calon-calon pemilihan jawatankuasa telah pun ditetapkan oleh pihak HEP, bukan di atas kriteria pemilihan oleh mahasiswa sendiri. Mungkin juga terdapat calon-calon yang tidak bersedia menjadi calon tetapi tetap dipilih untuk menjadi JPP. Walaupun kriteria-kriteria calon telah ditetapkan, namun terdapat juga calon yang terpaksa bersedia dengan pelbagai penekanan dan ledakan maklumat yang tanpa batasan sewaktu kursus MPP dijalankan.
            Maklumat terkini mengenai MPP di UiTM Malaysia bolehlah melayari http://1uitm.com/pembubaran-majlis-perwakilan-pelajarmpp-sesi-20102011/. Sebarkan pada rakan-rakan anda untuk mengetahui info-info semasa mengenai PRK UiTM 2011 ini. 


SELAMAT BERDEMOKRASI UNTUK MAHASISWA! ANDA BERHAK MEMILIH, TAPI RAMAI JUGA MAHASISWA YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MEMILIH.

4 comments:

  1. terima kasih atas info yang diberi,nmpak bermaklumat..tahniah

    ReplyDelete
  2. salam..tahniah kpd GMM atas usaha untuk membuka minda student UiTM terhadap kesedaran politik kampus. Bila di lihat suasana PRK di uitm samaada si s.alam atau pun kampus-kampus lain tidak se"meriah" dengan universiti-universiti lain.PRK d U lain menonjol sehingga mendapat liputan dari akhbar online.

    saya sebagai slh seorang warga uitm sgt berbangga mnjadi pelajarnya dan akan lebih berbangga jika uitm menjadi universiti yang mempunyai pelajar yang peka terhadap politik kampus yg bersih.dan seterusnya setaraf dgn U lain di malaysia.

    saya harap GMM terus mengembleng usaha untuk membawa student uitm untuk membuka minda dan menjadi mahasiswa yang kita katakan sebgai "MAHASISWA PEDULI" terhadapa mana2 isu di negara kita.

    ReplyDelete
  3. salam.

    tahniah atas penubuhan GMM. memberi pendedahan kepada mahasiswa Uitm. kami menyokong GMM!

    ReplyDelete
  4. parti pon xde.. nk buat pilihan raya buat pe.. pe dasar perjuangan pelajar2 yg masuk Pilihanraya ni.. mcm nk lantik ketua kelas je.... semua ke arah pro aspirasi je...

    ReplyDelete