Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Sebab Bahaya Duduk Berdekatan Orang Berfikiran Negatif



Salam perjuangan buat kawan-kawan mahasiswa...apa khabar semua????...sihat????....moga-moga kalian semua berada dlm rahmatNya...hurm kita dah masuk bulan MARCH ye..cepat betul masa berlalu...rasa2 baru je lepas daftar course...tup tup, dah nak sampai FINAL EXAM kan???...tinggal 4 minggu je lg nak exam, oh....tiba-tiba kepala jadi pening berputar-putar memikirkan exam..

Hmmm, apa-apa pun kita mesti hadapi jua exam itu & tidak putus asa....anda semua kan MAHASISWA yg terbaik....^__^...ok la, hari ini kami ingin berkongsi dgn anda tentang kawan....hurm, apa itu kawan ye???....dlm banyak istilah kawan, ada la yg di panggil kawan sejati la, kawan time senang la, kawan time susah la...mcm2 title yg kawan dpt...tp, kita sedar x kawan yg kita berkawan itu membawa kita ke arah yg POSITIF????....hurm, kena cek balik nie....bek anda semua muhasabah semula...mcm mane kawan-kawan kita nie....kat sini kami bg info tntg bahayanya duduk dgn org -ve: 

Selama ni mungkin Anda tak sedar betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif. Cemana nak kenal orang sebegini? Lihat dua perkara:
1. Percakapannya.
2. Tindakannya.

Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu. Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan).

Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru. Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab. Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja.
Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya.

Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain. Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa Anda sedari.

Jika Anda perasa Anda ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk Anda cemerlang. Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang Anda dari jadi cemerlang..







Ha, dah tahu bahayanya????...ha, artikel nie kami petik dr iMotivasi.....ayuh kawan-kawan, mari kita sebarkan pd yg lain agar kita x menjadi seorg MAHASISWA YG SENTIASA POSITIF....


MAHASISWA UiTM yg POSITIF!!!!!

WACANA CINTA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?


VC SEDANG BERUCAP


MAHASISWA YANG TURUT HADIR


UiTM terkenal dengan sebuah IPTA yang majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera. Tidak hairanlah jika banyak program-program yang diterapkan berunsurkan patriotisme dan bangsa Melayu. Hal ini amat dititik beratkan dalam kalangan pelajar oleh pihak pentadbiran UiTM, dalam membentuk pelajar UiTM yang sayang akan agamanya, bangsanya dan negaranya. Sehubungan ini, Dato’ VC yang amat kita cintai telah mengadakan satu program yang bertajuk Wacana Cinta Agama, Bangsa dan Negara di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) baru-baru ini. Program ini mempunyai beberapa siri.

Komunikasi dua hala antara Dato’ VC sendiri bersama pelajar-pelajar UiTM Shah Alam telah menarik perhatian ramai, apatah lagi program tersebut diadakan di dewan serba indah, DATC yang baru siap dibina. Semua warga UiTM yang berumur 21 tahun ke atas sahaja di jemput hadir dalam program ini. Pihak GMM (Gabungan Mahasiswa Merdeka) tertanya-tanya, jika program ini bertujuan membangunkan agama, bangsa dan negara, adakah hanya kepada yang berumur 21 ke atas sahaja? Bagi mahasiswa UiTM yang menetap di kolej kediaman dan telah berumur 21 tahun ke atas, mereka telah mendapat jemputan khas dengan menerima sekeping surat jemputan yang tertera perkataan “memo segera”.

Sepanjang program ini dijalankan banyak input yang diberikan oleh Dato’ VC sendiri. Beliau banyak menyentuh mengenai perjuangan anak bangsa Melayu, hak kita sebagai seorang Bumiputera tidak seharusnya di pertikaikan kerana ianya sudah termaktub dalam perlembagaan. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga UiTM pada malam itu mengenai 7 wasiat Raja-Raja Melayu ketika membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah antaranya wasiat yang kelima Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Secara keseluruhannya, Dato’ Sahol menyampaikan mengenai kesatuan orang Melayu dan pembangunan negara yang akan dipimpin oleh anak-anak orang Melayu sendiri dalam misi mengubah destini anak bangsa.

Persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pelajar mengapa program ini terlalu fokus kepada orang Melayu sedangkan dalam UiTM sendiri ada kaum lain seperti Kadazan, Iban, Dayak dll. Adakah mereka hanya kaum untuk mencukupkan kuota semata-mata atau hanya sekadar di pinggiran? Ada juga yang berpendapat adakah isu mempertahankan hak kaum lebih penting daripada isu memperjuangkan kemaslahatan agama? Masing-masing mempunyai fikiran yang tersendiri. Apa yang diharapkan oleh pelajar UiTM agar tiada putar-belit fakta yang di pengaruhi oleh ‘Hidden Hand’ untuk mencorakkan satu arah pemikiran dalam diri pelajar kerana pelbagai pendapat itu adalah hikmah. Sama-samalah kita renungkan.

Sebagai penutup, GMM (Gabungan Mahasiswa Merdeka) dapat membuat satu kesimpulan, bahawa marilah kita seluruh warga UiTM se-Malaysia menggembleng tenaga mengukuhkan pemahaman agama Islam di kalangan bangsa Melayu demi menjamin bangsa Melayu terus kekal. Walaupun UiTM mempunyai majoriti beragama Islam, tetapi terlalu sedikit dan terlalu terhad pengajaran dan pemahaman Islam yang diterapkan. Tahniah kepada warga kolej kediaman setiap kolej dan persatuan-persatuan dalaman UiTM yang membawa meseg dakwah.  “BUKTIKAN: 1. WACANA AGAMA, 2. Wacana bangsa dan 3. Wacana negara.”

PRO ASPIRASI VS PRO MAHASISWA?





Perbincangan mengenai gerakan mahasiswa tidak akan selesai jika kita tidak bercakap tentang PRO-ASPIRASI dan PRO-MAHASISWA. Dunia kampus amat berbeza jika dibandingkan dengan alam persekolahan. Tidak terkecuali juga situasi setiap kampus juga berbeza. Di sini, terdapat segelintir dan mungkin sekelompok yang besar mahasiswa UiTM seluruh Malaysia tidak mempedulikan mana-mana isu luar kampus UiTM. Malah, ada yang tidak pernah mendengar perkataan PRO-ASPIRASI dan PRO-MAHASISWA. Bukan mereka tidak ingin mengetahui, tetapi situasi UiTM sendiri yang menyebabkan kehidupan mahasiswa UiTM jelas “exam oriented”. Berbeza dengan kampus lain. Tidak hairanlah jika UiTM mendapat tempat pertama jika diberi anugerah berkaitan akademik dan kokurikulum. Tahniah warga UiTM dan mereka yang memimpin UiTM!



SIAPA PRO-ASPIRASI?
Di sesetengah IPTA, nama gerakan ini sudah pun ditukar. Misalnya di UM, nama gerakan ini kini lebih dikenali sebagai Penggerak. Namun, semangat perjuangan dan matlamat gerakan ini tetap sama iaitu mendukung ASPIRASI universiti dan juga dasar-dasar oleh “the government of the day” yang berkait rapat dengan mahasiswa. Di USM sendiri misalnya, nama ASPIRASI begitu kuat dan telah mencapai banyak kejayaan dalam pilihanraya kampus khususnya selepas tahun 2000. Adakah aspirasi terus menjadi pilihan kerana prinsip perjuangannya yang sentiasa bersama dengan arus kepimpinan universiti dan pada masa yang sama tetap memperjuangkan agenda dan kepentingan para pelajar. Benarkah? Apakah sebenarnya ASPIRASI? Dan siapakah pula pendokong-pendokong PRO-ASPIRASI? Persoalan-persoalan ini sering ditanyakan malah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan mahasiswa.
Di UiTM khususnya, label aspirasi sememangnya utuh dan tidak asing lagi. Media arus perdana juga melabel kuat bahawa UiTM adalah tunjang PRO-ASPIRASI mahasiswa. ASPIRASI bermakna semangat. Tetapi di sebalik nama ASPIRASI itu sendiri, yang di gembar gemburkan oleh media arus perdana, amat jelas bahawa ia berkait rapat dengan agenda yang penuh tersembunyi. Bagi kalangan mahasiswa yang celik, tidak salah mendukung ASPIRASI kerajaan tetapi usah sesekali menyebabkan maruah mahasiswa tergadai. Mahasiswa harus memahami apa yang dimaksudkan dengan “maruah mahasiswa” itu sendiri kerana ia berkait rapat dengan corak pemikiran dan kelantangan idea yang telus tanpa memihak kepada mana-mana pihak. “Berani kerana benar, takut kerana salah.”


SIAPA PRO-MAHASISWA?
Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus-kampus. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA! “Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”


PRO-MAHASISWA mempunyai imejnya yang tersendiri iaitu: 1. INTELEK – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentiasa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta. 2. RESPONSIF – sentiasa peka, sensitif serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan keintelektualan, kebajikan, dan kemaslahatan mahasiswa. 3. ENERGETIK – sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung mahasiswa.


Kesimpulannya, mahasiswa UiTM masih belum mampu mengubah fakta iaitu “mahasiswa UiTM adalah exam oriented”. Namun, jika anda adalah mahasiswa yang ingin membangunkan jiwa dan membangunkan kelenaan mahasiswa UiTM, ayuh! Hantarkan apa sahaja artikel, idea dan komen/ kritikan membina kepada GMM! Ayuh bangunkan KELENAAN MAHASISWA, USAH BIARKAN IA BRPANJANGAN……