PRO ASPIRASI VS PRO MAHASISWA?





Perbincangan mengenai gerakan mahasiswa tidak akan selesai jika kita tidak bercakap tentang PRO-ASPIRASI dan PRO-MAHASISWA. Dunia kampus amat berbeza jika dibandingkan dengan alam persekolahan. Tidak terkecuali juga situasi setiap kampus juga berbeza. Di sini, terdapat segelintir dan mungkin sekelompok yang besar mahasiswa UiTM seluruh Malaysia tidak mempedulikan mana-mana isu luar kampus UiTM. Malah, ada yang tidak pernah mendengar perkataan PRO-ASPIRASI dan PRO-MAHASISWA. Bukan mereka tidak ingin mengetahui, tetapi situasi UiTM sendiri yang menyebabkan kehidupan mahasiswa UiTM jelas “exam oriented”. Berbeza dengan kampus lain. Tidak hairanlah jika UiTM mendapat tempat pertama jika diberi anugerah berkaitan akademik dan kokurikulum. Tahniah warga UiTM dan mereka yang memimpin UiTM!



SIAPA PRO-ASPIRASI?
Di sesetengah IPTA, nama gerakan ini sudah pun ditukar. Misalnya di UM, nama gerakan ini kini lebih dikenali sebagai Penggerak. Namun, semangat perjuangan dan matlamat gerakan ini tetap sama iaitu mendukung ASPIRASI universiti dan juga dasar-dasar oleh “the government of the day” yang berkait rapat dengan mahasiswa. Di USM sendiri misalnya, nama ASPIRASI begitu kuat dan telah mencapai banyak kejayaan dalam pilihanraya kampus khususnya selepas tahun 2000. Adakah aspirasi terus menjadi pilihan kerana prinsip perjuangannya yang sentiasa bersama dengan arus kepimpinan universiti dan pada masa yang sama tetap memperjuangkan agenda dan kepentingan para pelajar. Benarkah? Apakah sebenarnya ASPIRASI? Dan siapakah pula pendokong-pendokong PRO-ASPIRASI? Persoalan-persoalan ini sering ditanyakan malah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan mahasiswa.
Di UiTM khususnya, label aspirasi sememangnya utuh dan tidak asing lagi. Media arus perdana juga melabel kuat bahawa UiTM adalah tunjang PRO-ASPIRASI mahasiswa. ASPIRASI bermakna semangat. Tetapi di sebalik nama ASPIRASI itu sendiri, yang di gembar gemburkan oleh media arus perdana, amat jelas bahawa ia berkait rapat dengan agenda yang penuh tersembunyi. Bagi kalangan mahasiswa yang celik, tidak salah mendukung ASPIRASI kerajaan tetapi usah sesekali menyebabkan maruah mahasiswa tergadai. Mahasiswa harus memahami apa yang dimaksudkan dengan “maruah mahasiswa” itu sendiri kerana ia berkait rapat dengan corak pemikiran dan kelantangan idea yang telus tanpa memihak kepada mana-mana pihak. “Berani kerana benar, takut kerana salah.”


SIAPA PRO-MAHASISWA?
Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus-kampus. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA! “Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”


PRO-MAHASISWA mempunyai imejnya yang tersendiri iaitu: 1. INTELEK – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentiasa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta. 2. RESPONSIF – sentiasa peka, sensitif serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan keintelektualan, kebajikan, dan kemaslahatan mahasiswa. 3. ENERGETIK – sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung mahasiswa.


Kesimpulannya, mahasiswa UiTM masih belum mampu mengubah fakta iaitu “mahasiswa UiTM adalah exam oriented”. Namun, jika anda adalah mahasiswa yang ingin membangunkan jiwa dan membangunkan kelenaan mahasiswa UiTM, ayuh! Hantarkan apa sahaja artikel, idea dan komen/ kritikan membina kepada GMM! Ayuh bangunkan KELENAAN MAHASISWA, USAH BIARKAN IA BRPANJANGAN……


9 comments:

  1. artikel yg sgt mnarik utk difikir oleh warga UiTM...amg GMM trus sukses utk bangunkn mahasiswa UitM yg k'TIDUR'an...!!!!

    ReplyDelete
  2. sape yg tidur?? mahasiswa UiTM yg tidur atau individu yg tidur?

    ReplyDelete
  3. sokong GMM ,, SYABAS BUAT ANDA,, keterbukaan anda dlam mengenengahkan isu2 UiTm ,, diharap ,,sedikit sebyk,, dpt membuka mata mahasiswa UItm,,, bukan tido lena di buai mimpi,,,,
    -pihak uitm harus memandang positif dgn tertubuhnya pro-mahasiswa ni,,lihat lar pd waktu kini,, MPP HANYA PADA NAMA,tidak semua..,ada sesetengah mpp bgs bekerja,,ada juga menjadi org suruhan semata,..

    ReplyDelete
  4. haha..btol3x..uitm universiti exam oriented..sblum test/exam stadi bagai nk rak..lpas stadi x bukak buku da..bak kte kawan2 saya..pas exam trus jahil..tanya la pe pown x dpt jwb!!

    ReplyDelete
  5. macam mana nk hilangkan kelenaan mahasiswa ni...
    apa tujuan saudara menyuarakan semua ini?

    ReplyDelete
  6. Pilihanraya kat uitm x mewakili spe pon.just nk pilih MPP. dh ler xde manifesto... xtau diorang nk perjuangkn pe. tau2 nk suruh org mengundi... klakar btol.. pastu paksa2 org g mngundi.. pastu nk ugut2.. yg masuk bertanding pon 2,3 org je.. tu pon dh di brain wash kn..huhu

    ReplyDelete
  7. Artikel yang menarik.. tq saudara kerana berkongsi...
    Pro Aspirasi ke Pro Mahasiswa ia mmg amat baik jikalau ditubuhkan.. tetapi adakah sesuai dengan situasi uitm sekarang.. pengalaman saya sepanjang berada di UiTM, isu-isu mengenai kebajikan pelajar dan suara mahasiswa masih lagi samar-samar. isu-isu yang diutarakan agak lemah. Persoalan saya, "Sejauh mana mahasiswa kita sekarang faham apa itu kebajikan pelajar & suara Pelajar?" Harap saudara boleh lihat situasi sekarang...

    ReplyDelete
  8. Konsep yang paling tepat untuk menggambarkan Pro-M dalam usaha untuk membawa suara pelajar dari segi kebajikan pelajar adalah kelantangan dan agresif.

    Konsep Pro Aspirasi pula adalah pada rundingan yang jelas harmoni apabila dipraktikkan, baik untuk pelajar, universiti, mahupun negara. Iya, iaitu rundingan. Rundingan dengan pelbagai pihak agar suatu perkara / permasalahan dapat diselesaikan dengan baik, dalam suasana yang diterima semua.

    Jelas, kedua-duanya adalah mahasiswa, dan sudah tentu memperjuangkan perkara yang sama, platform sudah sama, yang membezakan hanya pada konsep perjuangan.

    Jika diamalkan Pro-A mahupun Pro-M di dalam UiTM, matlamat utama penubuhan UiTM iaitu untuk menyatukan bangsa Melayu dan Bumiputera akan terjejas. Melayu di arena politik negara kini sudah pun berpecah belah, dan mengapa, itu yang dipinta-pinta dan dirintih-rintih untuk diadakan di dalam kampus?

    Kesedaran berpolitik tiada salahnya, berpolitik hingga membawa ideologi politik ke dalam kampus adalah satu perkara yang kita tidak ingini.

    Universiti, sebagai satu institusi yang universal, sewajarnya menjadi satu badan yang mengangkat nilai akademiah, dan intelektual yang sedia untuk disemai dalam diri mahasiswa. Tidak mewakili atau diwakili suara kerajaan, mahupun pembangkang, sebaliknya aspirasi universiti, yang jelas disandarkan pada visi, misi dan objektifnya yang sepatutnya difahami dan dikejar oleh seluruh warga UiTM.

    Sejarah AUKU membuktikan bahawa ia dirangka untuk mengekang suasana berdemonstrasi yang tidak berkesudahan. Sejak ia dikuatkuasa, sehingga pada tahun ini, iaitu selama 37 tahun, ini adalah hasilnya.

    Mengapa begitu membuak-buak rasa untuk tidak dirantai, sedangkan AUKU jelas memelihara kepentingan mahasiswa itu sendiri yang mampu untuk mengelakkan mahasiswa daripada dipengaruhi atau "dirantai" oleh mana-mana pihak.

    UiTM adalah institusi yang mulia, yang bangun kerana mahu melihat anak bangsanya maju dan berjaya.

    Sewajarnya, mahasiswa yang baik, adalah mahasiswa yang cakna dan menjadi check and balance pada kerajaan mahupun pembangkang. Itu baru sebenar-benarnya SUARA MAHASISWA. Suara yang lahir daripada mahasiswa tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

    Sejujurnya, saya tidak dapat membayangkan suasana sekiranya wujud Pro-A dan Pro-M di dalam UiTM yang saya cintai ini.

    Kita sewajarnya memelihara keharmonian dan imej bersih universiti, dengan berusaha untuk mengangkat nilai keintelektualan mahasiswa.

    Maafkan saya, sekiranya pandangan ini tidak disenangi dan kurang dipersetujui. Hanya sekadara perkongsian dan meluahkan pandangan.

    ReplyDelete
  9. tak berpihak amende . ASPIRASI sendiri pro kerajaan. Dah di brain wash semua. Mana mungkin tak wujud ideologi dalam kampus sedangkan aspirasi sendiri membawa agenda UMNO/BN. Kalau benar universiti hanya angkat nilai intelektual dan akademia tanpa pengaruh politik. Mengapa mesti diadakan pidato politik barisan nasional dalam kampus?

    Wujud bermacam-macam hidden agenda dalam kampus. kita. Bukan orang tak tau. Cuma tiada tempat dan ruang untuk bercakap.

    ReplyDelete