UiTM terkenal dengan sebuah IPTA yang majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera. Tidak hairanlah jika banyak program-program yang diterapkan berunsurkan patriotisme dan bangsa Melayu. Hal ini amat dititik beratkan dalam kalangan pelajar oleh pihak pentadbiran UiTM, dalam membentuk pelajar UiTM yang sayang akan agamanya, bangsanya dan negaranya. Sehubungan ini, Dato’ VC yang amat kita cintai telah mengadakan satu program yang bertajuk Wacana Cinta Agama, Bangsa dan Negara di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) baru-baru ini. Program ini mempunyai beberapa siri.
Komunikasi dua hala antara Dato’ VC sendiri bersama pelajar-pelajar UiTM Shah Alam telah menarik perhatian ramai, apatah lagi program tersebut diadakan di dewan serba indah, DATC yang baru siap dibina. Semua warga UiTM yang berumur 21 tahun ke atas sahaja di jemput hadir dalam program ini. Pihak GMM (Gabungan Mahasiswa Merdeka) tertanya-tanya, jika program ini bertujuan membangunkan agama, bangsa dan negara, adakah hanya kepada yang berumur 21 ke atas sahaja? Bagi mahasiswa UiTM yang menetap di kolej kediaman dan telah berumur 21 tahun ke atas, mereka telah mendapat jemputan khas dengan menerima sekeping surat jemputan yang tertera perkataan “memo segera”.
Sepanjang program ini dijalankan banyak input yang diberikan oleh Dato’ VC sendiri. Beliau banyak menyentuh mengenai perjuangan anak bangsa Melayu, hak kita sebagai seorang Bumiputera tidak seharusnya di pertikaikan kerana ianya sudah termaktub dalam perlembagaan. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga UiTM pada malam itu mengenai 7 wasiat Raja-Raja Melayu ketika membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah antaranya wasiat yang kelima Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Secara keseluruhannya, Dato’ Sahol menyampaikan mengenai kesatuan orang Melayu dan pembangunan negara yang akan dipimpin oleh anak-anak orang Melayu sendiri dalam misi mengubah destini anak bangsa.
Persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pelajar mengapa program ini terlalu fokus kepada orang Melayu sedangkan dalam UiTM sendiri ada kaum lain seperti Kadazan, Iban, Dayak dll. Adakah mereka hanya kaum untuk mencukupkan kuota semata-mata atau hanya sekadar di pinggiran? Ada juga yang berpendapat adakah isu mempertahankan hak kaum lebih penting daripada isu memperjuangkan kemaslahatan agama? Masing-masing mempunyai fikiran yang tersendiri. Apa yang diharapkan oleh pelajar UiTM agar tiada putar-belit fakta yang di pengaruhi oleh ‘Hidden Hand’ untuk mencorakkan satu arah pemikiran dalam diri pelajar kerana pelbagai pendapat itu adalah hikmah. Sama-samalah kita renungkan.
Sebagai penutup, GMM (Gabungan Mahasiswa Merdeka) dapat membuat satu kesimpulan, bahawa marilah kita seluruh warga UiTM se-Malaysia menggembleng tenaga mengukuhkan pemahaman agama Islam di kalangan bangsa Melayu demi menjamin bangsa Melayu terus kekal. Walaupun UiTM mempunyai majoriti beragama Islam, tetapi terlalu sedikit dan terlalu terhad pengajaran dan pemahaman Islam yang diterapkan. Tahniah kepada warga kolej kediaman setiap kolej dan persatuan-persatuan dalaman UiTM yang membawa meseg dakwah. “BUKTIKAN: 1. WACANA AGAMA, 2. Wacana bangsa dan 3. Wacana negara.”
memang benar kata saudara...saya begitu bimbang jika kaum2 lain berasa tersisih dengan pendekatan dato vc..tetapi untuk pengetahuan saudara dato vc tidak hanya menjemput mahasiswa yang berusia 21 tahun sahaja..yang berusia 19 dan 20 tahun juga dijemput...
ReplyDeletedato vc pada saya hanyalah berkempen untuk pihak kerajaan sahaja...macam cerita beliau pasal pulau pinang...beliau semacam menyalahkan kerajaan negeri tidak membantu orang-orang melayu disana...tanah rizab melayu DIJUAL..
ReplyDeletewalhal DAP yang menguasai pulau pinang memerintah baru 3 tahun..tak mungkin mereka boleh jual tanah-tanah rizab melayu sampai sekarang tinggal 1.1%( kalo x salah saya)...persoalan nya disini,kenapa salahkan DAP tanah simpanan melayu p.pinang jadi kurang?knape x salahkan UMNO/GERAKAN yang perintah pulau pinang sejak pru tahun 70-an lagi...pikir-pikirkan...
ceramah vc tidak lain saya rasa hanya untuk menakut-nakutkan pengundi-pengundi muda bakal mengundi di pru13 jangan undi parti pembangkang..sebab pe??jual tanah la,meghina islam la..saya x fikir begitu..yang menjadi pemerintah dari zaman merdeka lagi yang buat semua bende 2..dan ingatlah wahai teman-teman uitm sekalian..mereka tak pernah sedikitpun ikut 7 wasiat raja-raja melayu..nk implement pun saya rasa x mungkin berlaku..
tahun 1993, terjadi di ketereh,kelantan..tahun yang menyaksikan kekebalan (imuniti raja dihapuskan)..pemimpin UMNO kelantan (baca keratan Utusan Malaysia) menabalkan raja kelantan yang baru di sana..ingatkah kita peristiwa ini??pikir-pikirla..saya x suka frasa melayu mudah lupa..
nk cerita psal islam.. cube tengok akta pemakaian kat uitm utk wanita... berpakaian sopan je.. pecer... kalo x tutup aurat(xpakai tudung).. xkisah pon.. kalo pelajar lelaki yg pakai selipar pergi kelas.. kne saman.. paling tak pon nmpak diorang cam buat bnde yg salah.. pompuan yg xpakai kasut nampak cam biasa je.. aurat pompuan tu bleh nampak tapak tangan ngan muka je... kalo btol nk perjuangkn islam btol kn akta ni.. buat ler kalo plajar bkn islam berpakaian sopan.. pelajar islam menutup aurat.. kn senang..
ReplyDelete