OPKIM UiTM JADI ALAT POLITIK

Ditulis oleh: Mahasiswa Teraniaya   


Memberi cenderahati.


Melawat dan bermesra di tadika orang asli.

Salam kepada pengarang,

Saya terpanggil untuk menceritakan sesuatu pada pengarang, disebabkan saya sudah tidak tahan dengan situasi permainan politik kotor oleh kerajaan kini. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan aktiviti Operasi Khidmat Masyarakat atau lebih dikenali sebagai OPKIM.
Aktiviti OPKIM di UiTM sebenarnya bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mahasiswa untuk melakukan kebajikan terhadap masyarakat setempat tanpa mengira agma, bangsa mahupun fahaman politik.

Malangnya, para mahasiswa UiTM ini diperalatkan bagi tujuan kemasyarakat terhadap puak "......" . Semua kawasan DUN "......"  menjadi medan mahasiswa UiTM ini diperbodohkan. Mereka turut dipanggil untuk menyertai beberapa mesyuarat bahagian puak "......"  ini.

Saya tidak dapat memberikan bukti bertulis mengenai arahan daripada mana-mana pihak yang mengarahkan para mahasiswa ini ke mesyuarat tersebut. Tetapi saya ada saksi-saksi iaitu para mahasiswa khususnya. Meraka mempergunakan para mahasiswa ini atas tujuan politik semata-mata.

Ceramah juga diberikan dalam slot program OPKIM ini.  Saya harap saudara pengarang dapat mencari bahan untuk menjadi bukti kukuh diatas segala penerangan saya ini.
Kawan-kawan saya juga terlibat dengan program ini, dan banyak yang telah  mereka ceritakan.

Diharap sedikit sebanyak info ini dapat memberi satu bahan berita yang baru. Disini ada beberapa gambar yang dapat disaksikan kelibat bendera dan logo "......"  pada aktiviti OPKIM tersebut.

Untuk pengetahuan pengarang para mahasiswa UiTM sering diberi penerangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat antaranya program Biro Tatanegara (BTN). BTN juga diwajibkan kepada semua mahasiswa sebagai syarat wajib untuk graduasi apabila tamat belajar.

Yang benar.

Mahasiswa Teraniaya

4 comments:

  1. mahasiswa teraniaya,bagaimana dengan pandangan anda kes di UNISEL?Pakatan Rakyat juga menggunakan platform universiti untuk membawa DSAI berceramah. sebenarnya anda boleh berhenti dan pergi ke mana-mana ipt yang lain jika anda benci politik, kerana hakikatnya UiTM ditubuhkan atas kesedaran politik orang melayu. saya tidak meluihat mahasiswa diperbodohkan dan jika benar, mana buktinya.

    ReplyDelete
  2. As salam adik2...

    gambar yang korang post ni aku tau Kampus mana punya citer..FYI, aku dah follow mcm2 OPKIM tak kira anjuran UiTM ataupun KPT masa aku ddk kat kampus tu..Setahu aku takder la perkara2 mcm tu terjadi sepanjang zaman aku belajar.

    Kalau setakat gambar Dr. Zaleha bg kotak air mineral tu pon ko nk jadi isu politik, come on la..cuba jadi orang cerdik sket..jangan nk tunjuk yang korg tu neutral sangat..sebab IBARAT MELUDAH KE LANGIT AKAN KENA KE MUKA SENDIRI BALIK..

    p/s : FYI, UiTM dah tak buat Kursus BTN dah..tu la len kali jangan sibuk berpolitik mcm politikus tua kat luar nuu..amik tau sket pasal hal ehwal depan mata...

    dari MAHASITUA HUJUNG ALAM

    ReplyDelete
  3. sye pun pernah mengalaminya..dan saye percaye ramai lagi mhsiswa yg pernah mengalaminya... hanya kesabaran dan tolak ansur kita meleraika kekusutan ini...akan ada masenye nanti suara mahasiaswa akan didengari oleh pihak2 atasan,, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. jangan nak membongak ye.. ini UiTM.. ingat sikit.. awal2 masuk dah ada perjanjian.. tak guna kau masuk uitm untuk menulis macam-macam pasal uitm.. apa-apa tak puas hati bgtau kat uitm..

    ReplyDelete