Hiburan datang lagi!!! Adakah ini ungkapan paling relevan untuk menggambarkan keadaan di kampus UiTM sekarang?
Mengapa program-program berunsur hiburan melimpah ruah? Adakah kerana sambutan yang menggalakkan daripada pelajar? Atau kita sendiri lebih suka menganjur dan menghadiri program seperti ini? Ataupun inilah satu-satunya solusi untuk melepaskan rasa tekanan dalam pelajaran?
Hakikatnya, sedang program berbentuk ILMIAH dan KEROHANIAN rancak diadakan sempena MAAL HIJRAH, semakin rancak pula program HIBURAN di anjurkan. Sebagai contoh, “Mawar Idol” iaitu program karaoke yang dianjurkan oleh Kolej Mawar baru-baru ini seolah- olah cuba untuk menarik warga kampus mengikuti program sebegini berbanding program yang lebih bermanfaat di sekitar minggu itu.
Tidak salah untuk berhibur, namun penganjurannya mestilah berlandaskan syariat agama dan tidak melampaui batasan. GMM mengenalpasti sebagai contoh langkah-langkah yang ideal bagi merealisasikan perkara ini:
- Mengasingkan antara penonton lelaki dan wanita,
- Tidak membenarkan wanita menyanyi dikhalayak ramai
- Hiburan yang tidak melalaikan dan mendidik warga kampus.
Sepatutnya di bulan Muharram ini marilah sama-sama kita berhijrah ke arah kebaikan. Tanamkan azam untuk berubah kearah kebaikan dan bukannya menaja dan mempromosikan dan mengikuti program-program “lagha”. Sesungguhnya apa yang kita sedang dan akan lakukan sedikit pun tidak terlepas dari pandangan Allah. Allah menilai walau sedikit kebaikan dan keburukan yang kita rancang dan lakukan.
Firman Allah SWT :
“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”(Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)
p/s : Berhibur itu tidak salah tapi ada batas-batasnya. Hiburan yang melampau akan menyumbang kepada kerosakan akhlak. GMM tidak meyokong mana-mana pihak yang bermotif untuk merosakkan akhlak remaja terutama remaja Melayu dan beragama Islam.
aku pergi konsert tu.. and guest what.. tu laa konsert paling sopan pernah aku pergi.. asing laki perempuan tapi still enjoy.. rugi siapa yg tak join.. artis pun supporting.. tak der pun dakyah nak ajak kepada keburukan.. Alhamdullilah semuanya masih tidak melanggar syariah Islam..
ReplyDelete