Corat-coret orang nombor 1 datang UiTM


Malam rabu 22 Mac 2012 mencatatkan sejarah untuk sekian kalinya buat UiTM, Perdana menteri kita rela turun ke bumi tempat ramai anak Melayu ini menuntut ilmu. Kedatangan YAB Dato’ Seri telah dirancang sambutannya dengan sebaik mungkin oleh seluruh warga UiTM dari kakitangan akdemik mahupun bukan akademik,pelajar-pelajar sehinggalah pekerja-pekerja kontraktor kebersihan yang bekerja lebih masa membersihkan kawasan DATC malam itu.


Kedatangan Bapa Transformasi, Dato’ Seri Najib Tun Razak sememangnya telah dinanti-nantikan oleh pelajar yang dapat dilihat dari kehadiran seramai lebih 10,000 pelajar dari lebih 40,00 pelajar UiTM yang mana jumlah itu  termasuk dari pelajar2 luar seperti UPSI,UPM dan lain-lain. Sepanduk-sepanduk,usher di tepi jalan, dan konvoi bermotosikal menunjukkan semangat pelajar UiTM untuk meraikan Perdana Menteri yang mana dari petang sabar menunggu sambil dibekalkan sebungkus makanan dan sehelai T-Shirt untuk dijadikan kenangan beserta RM5  untuk pusing satu UITM.

Saat paling ditunggu oleh Pelajar yang hadir adalah amanat seorang Bapa Transformasi kepada seluruh pelajar, ucapan Dato’ Seri awalnya diselitkan humor daripada beliau kepada seluruh audien dengan perkataan Terangsang yang diungkapkan, yang mungkin tidak disengajakan.Ucapan dalam sela masa sekitar 45 minit itu membuat pelajar kagum dan teruja atas segala kemajuan dan transformasi yang dilakukan oleh Dato’ Seri dan rakan-rakan di Kabinet,sambil mengungkapkan segala transformasi ini boleh terus dilakukan oleh beliau sekiranya beliau terus dipilih dalam pilihanraya  nanti berbanding pembangkang yang hanya tahu menabur janji.

Setelah selesai berkempen  mengenai dasar-dasar kerajaan terbaru, beliau ada juga menasihatkan kepada mahasiswa untuk terus belajar rajin-rajin ketika dalam kampus dan jangan terpengaruh dengan segala anasir-anasir luar yang ada. Kebebasan mahasiswa perlulah bertanggungjawab untuk terus memimpin negara ini dan berterima kasih kerana ramai lagi yang menyokong beliau walaupun ada seorang yang telah men’jatuh’kan benderanya baru-baru ini, mungkin Dato’ Seri rasa lebih selesa datang ke sini apabila ramai yang menepuk tangan di hadapannya berbanding ramainya lebih kepada respon tepuk dahi terhadap beliau di laman-laman facebook anak muda masa ini.
Acara kemuncaknya adalah pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YYS) yang disempurnakan sendiri oleh Dato’ Seri, Pengerusi pertamanya adalah Datuk Zuraidah Atan yang merupakan tokoh ekonomi dan korporat (link) yang juga merupakan aktivis sukarelawan yang aktif (link)
. Hasrat pengerusi yang mahukan UMNO lebih banyak program untuk menarik sukarelawan tercapai apabila beliau sendiri yang mempengerusikannya, jadi peluang terbuka luas pada beliau untuk menarik siswa untuk menjadi sukarelawan UMNO.
Akhirnya warga UiTM ini mengucapkan rasa penuh syukur dengan kehadiran YAB Dato’ Seri ke sini, walaupun kehadiran disebabkan ada yang keluar dari bilik kolej kediaman yang gelap (black out tiba2) bergasak di luar dewan, dan diberi pilihan ‘tawaran’ untuk menetap di kolej semester hadapan atau tidak, Itu semua tidak mematahkan semangat kami malah menaikkan semangat kami untuk berjumpa dengan YAB Dato’ Seri.  Jemput datang lagi ke bumi UiTM yang bertuah ini..


0 comments:

Post a Comment