"1YOUTH CARNIVAL" - KARNIVAL DAN KITA


29/3/2012 (Hari Pertama)
Karnival jualan langsung/Perasmian “1Youth Carnival” oleh VIP/VVIP/Konsert Nasyid/Pertunjukan Silat & Taekwando UiTM.
30/3/2012 (Hari Kedua)
Karnival jualan langsung/Pertunjukan YO/Pertunjukan kucing/Mini KONSERT (Artis jemputan: Sixth sense).
31/3/2012 (Hari Ketiga)
Pertandingan Futsal/Pertunjukan Air Craft Remote Control /Air Bush Show/Persembahan Kebudayaan.

Secara kelazimannya, acara karnival yang diadakan pada setiap semester pasti akan membuatkan para pelajar tidak ketinggalan untuk turut serta dalam mengambil bahagian dan ia boleh dikatakan ‘wajib’ diadakan setiap kali semester baru bermula. Pelbagai program dan aktiviti yang menarik dianjurkan bagi memenuhi minggu tersebut dalam masa yang sama untuk memeriahkan lagi karnival yang dianjurkan.
Buat julung kalinya, permulaan karnival di UiTM Shah Alam untuk semester ini dinamakan “1Youth Carnival” anjuran Kelab Technopreneur UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pusat Keusahawanan UiTM (MASMED), Kelab Usahawan UiTM, Koperasi Siswa UiTM, Kolej Mawar UiTM dan Pusat Kegiatan Pelajar UiTM serta badan-badan korporat dan NGO lain yang dikatakan akan menjadi karnival yang terbesar untuk tahun ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada karnival ini termasuklah mendidik pelajar mengenai keusahawan dan kepimpinan. Karnival yang bermula pada hari Khamis-Sabtu lalu, dimulakan dengan Perasmian “1Youth Carnival” oleh tetamu jemputan dan disusuli dengan Konsert Nasyid pada sebelah malamnya pula. Bertambah menarik apabila terdapat pertunjukkan silat dan teakwando dari pelajar-pelajar yang mengambil bahagian pada malam itu.
Selain itu, sepanjang karnival ini berlangsung, para pelajar berpeluang mencuci mata dan membeli barangan yang dijual di booth2 di Dataran Cendekia (DC). 
  
Karnival diteruskan lagi pada hari kedua di mana terdapat Konsert Mini yang menampilkan kumpulan Sixth Sense sebagai artis jemputan. Namun, konsert yang sepatutnya bermula sekitar jam 8.30-10.30 malam telah diawalkan persembahannya iaitu bermula sekitar jam 5.00-7.00 malam. Pass2 percuma diberi dengan belian topup DIGI sepuluh ringgit. Konsert yang diadakan di DATC UiTM Shah Alam ini turut menampilkan Sleeq dan Amir Johari sebagai penyanyi baru di dalam industri muzik tanah air kita.
Karnival diteruskan lagi dengan acara “Kebaya Fashion Show” yang  telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Di samping itu, terdapat juga pertandingan karaoke pada malam (31/3/2012) yang dijalankan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM. Seramai 24 orang peserta terlibat dalam pertandingan ini yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar wanita.Suasana semakin hingar-bingar tepat pada pukul 10.10 malam apabila kejadian blackout berlaku pada malam tersebut. Terdapat banyak acara lain yang turut diadakan untuk karnival kali ini umpamanya seperti Air Brush Show, pertandingan futsal bagi sesiapa yang berminat. 
Serba sedikit coretan sepanjang dua karnival buat permulaan Semester Mac- Julai 2012, Karnival NR dan 1Youth Carnival dan mungkin akan ada lagi karnival yang akan menjengah pelajar2 kita. Sekalung tahniah buat penganjur diatas penganjuran Karnival yang berlangsung. Sememangnya bumi UiTM ini xpernah lekang dari karnival-karnival setiap semester yang berobjektifkan tertentu dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dan isi UiTM sendiri

Cuma apa yang menjadi persoalan apakah bentuk pengisian didalam karnival seumpama ini yang dapat melahirkan mahasiswa yang intelek disamping berhibur dalam norma2 yang baik sebagai mahasiswa. Konsert,tarian,pertunjukan fesyen,karaoke seolah2 jadi rencah wajib dalam sesebuah karnival.
Yah betul, ini yang jadi dambaan jiwa muda semua, Cuma satu persoalan buat kita berfikir.adakah ini yang mahu diterapkan sentiasa buat pelapis harapan bangsa yang akan memimpin anak-anak bangsa nanti. Kami tinggalkan persoalan bersama penyelesaian yang mampu difikirkan bersama.
Kita harapkan penganjur2 karnival selepas ini dapat merangka aktiviti yang mampu memberi ummmpph pada mahasiswa semua…Kita kan tetap menunggu..


1 comment: