BERSIH : MAHU BERSIH POKOK ATAU RANTINGNYA?.

Isu bersih:
Lama GMM tidak menulis,memberi ruang bersama rakan berdiskusi di alam facebook. Baiklah dalam akhir ini amatan kami isu yang bermain di kalangan masyarakat sekarang termasuk juga rakan-rakan UiTM sendiri adalah isu BERSIH.Jadi terpimpin dari situ tergerak untuk kami melontarkan satu sisi yang terlindung dari isu yang bermain sekarang.

Apa yang dibualkan sekarang di pelusuk adalah mengenai rusuhan oleh peserta himpunan itu,GMM tidak mahu mempersoalkan siapa yang sebenarnya mencetuskan huru-hara di KL 28 April lalu,itu terserah kepada rakan-rakan untuk menilai dari gambar-gambar dan video yang bersepah di laman sesawang.

GMM ingin membawa rakan-rakan satu sisi yang sebenarnya dibawa dalam isu BERSIH ini,untuk bacaan dan nilai rakan-rakan,apa sebenarnya yang diingini oleh orang ramai dan pengharapan pada pemimpin Negara pada petang 28 April lalu.

Apa makna BERSIH?
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil    

Apa Matlamat?
umumnya BERSIH  bukanlah sebuah himpunan yang akan menimbulkan kekacauan, himpunan bersih adalah sebuah himpunan aman  yang menuntut SPR mereformasikan dan membebaskan badan itu dari cengkaman mana 2 pihak supaya dapat bersifat lebih adil dan bersih dalam menjalankan pilihanraya

--secara khususnya bermula Bersih 2.0 ada 8 tuntutan

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi po
-Gunakan dakwat kekal  
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

 Apa sejarahnya?
Himpunan Bersih 2.0 telah membawa 8 tuntutan ini dan mencetuskan idea buat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk menubuhkan satu jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) transformasi Pilihanraya

Apa itu PSC?
-PSC adalah Parlimentary Special Comitee atau mudah faham jawatankuasa khas parlimen untuk transform pilihanraya. Ini ditubuhkan adlah HASIL dari himpunan BERSIH 2.0..

Siapa ahli jawatankuasa PSC ?
 PSC nie terdiri dari 5 ahli parlimen  BN ,3 PR dan 1 BEBAS ..pengerusi dia Dato’ Maximus Ongkili dari Barisan Nasional, dari Pakatan Rakyat adalah DR Hatta dari PAS, Azmin Ali dari Keadilan dan Andrew Loke dari DAP. Ahli Parlimen BN yang lain adalah Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (wakil Umno dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (wakil MIC dan India).

Apa kaitan PSC dengan BERSIH 3.0 ?
PSC telah membentangkan hasil pendengaran awam dan cadangan nya pada Dewan Rakyat pada pertengahan bulan 4 yang lepas. Hanya satu sahaja cadangan dari tuntutan BERSIH 2.0 iaitu dakwat kekal bakal dilaksanakan pada PRU 13 ini. Jadi PSC Pakatan Rakyat mengusulkan satu usul Laporan Minoriti untuk dibahaskan

- Ahli PSC Pakatan Rakyat telah membentangkan laporan minority:
1) Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen. 
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang. Tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2) Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3) Nama pengundi yang melebihi 100 tahun.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar  Pemilih dalam tempoh 30 hari.

4)  Pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. 
Mereka mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

5) Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

-usul laporan minority telah ditolak oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk dibahaskan jadi tercetuslah BERSIH 3.0 oleh jawantankuasa Pemandu Bersih yang dipengerusikan bersama A.Samad Said dan Ambiga

---INILAH KRONOLOGI BAGAIMANA BOLEH TERCETUSNYA BERSIH 3.0—
RAKAN-RAKAN NILAILAH DENGAN BAIK,GMM HANYA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SAHAJA—TINDAKAN KITA HARUSLAH BERLANDASKAN KEFAHAMAN YANG CUKUP  JELAS MENGENAI SESUATU PERKARA--- JIKA MAHU BERHIMPUN PUN FAHAMILAH ISU, JADI TIADA TIMBUL’ RUSUHAN’--

1 comment:

  1. mungkin GMM boleh check balik, bila gerakan BERSIh 3.0 bermula...bila penyokong diajak dalam ceramah2 untuk hadir bersih3.0....bila gerakan2 dalam fb bergerak untuk promosi bersih 3.0...

    adakah sebelum atau selepas minority report ditolak.?

    ReplyDelete