Semalam adalah malam yang hangat bagi peminat EPL khususnya
peminat Man United dan Man City kerana perebutan kejuaraan liga bagi musim
2011/2012. Mulanya peminat Man U mahupun pemain dan pegawai sudah mula mahu
meraikan kejuaraan mereka setelah memenangi perlawanan dengan Sunderland, 1-0
dan mendengar khabar gembira awal dari jiran sebelah bila City ketinggalan
dengan QPR 2-1.Namun keraian mereka tidak panjang bila dalam tempoh 4 minit
sahaja Man. City berjaya menang 3-2 dan merangkul kejuaraan sekaligus merampas
gelaran juara liga musim ini dari Manchester United sendiri setelah 44 tahun
menunggu

Sesungguhnya EPL tidak pernah sunyi dari berita dan maklumat
yang menarik tidak kira dari dalam mahupun luar padang,ia sentiasa memberikan
hiburan yang ghairah buat pelusuk dunia tidak kira lapisan sama ada muda
mahupun tua
Kepada mahasiswa UiTM sudah pasti mencetuskan riuh sehari
dua ini. Fans Man. U terpaksa tutup telinga atau sampai ambil ‘cuti berkabung’
dalam menghadapi ‘bahanan’ Fans2 penyokong lain. Apa pon jangan di’ratapi’
terlalu lama peristiwa itu dan semestinya harus bangkit dari kekalahan.Hiburan
bolasepak dunia akan berehat sebentar menunggu saingan unggul Eropah Jun ini.
GMM : Dunia bola sepak mejanjikan hiburan dan seribu cerita
menarik didalamnya. Si Biru Laut menang perebutan mengalahkan Si Merah Saga.
0 comments:
Post a Comment