GANGGUAN MUNAFIK DI UiTM SHAH ALAM

Assalammualaikum

-jangan tak tahu, 'gangguan' kat UiTM Shah Alam ni dah makin banyak..huhu-


Three weeks has passed, and we from GMM find it absolutely fantastic that islamic programs done in UiTM Shah Alam has been received with enthusiast from our students.


Antara program yang telah diadakan ialah program ceramah Dr Zakir Naik (pemidato Islam antarabangsa ), diikuti dengan Program Festival Nasyid (FENU) oleh JPK Perindu, Islamic University Fiesta, yang menampilkan Diana Amir dan juga Nota Cinta Dia (Hilal Asyraf) antara program rentetan yang mendapat sambutan menggalakkan dari mahasiswa.


This to us shows that there is a heightening increase of our students wanting to learn more about Islam, to understand the reality of what their religion demands.


TETAPI..., GMM mendapati ada juga pihak-pihak ‘BERHATI MUNAFIK' di UiTM Shah Alam yang ditugaskan untuk mengkucar-kacirkan perjalanan dakwah Islam di kampus tercinta ini. Buktinya, pihak GMM diberitahu bahawa semester ini ada sesetengah kolej yang tidak galakkan pelajarnya untuk turun ke surau. Terdapat larangan untuk pelajar berkumpul disurau walaupun yang dibincangkan adalah mengenai sirah atau mentadabbur ayat suci al-quran.


Pelik sungguh GMM. Hingga kini tiada pula kedengaran larangan untuk berkumpul di Dataran Cendekia walaupun  ramai yang ‘berdating’ dan mengumpul saham dosa di situ. Tapi di rumah Allah ada pula larangan berkumpul. Sungguh ini memang ciri-ciri akhir zaman.


GMM ingin sekali bertanya pada mereka ni, kamu  mengaku Muslim, tapi mengapa kamu jengkel dan marah apabila mahasiswa mahu mengimarahkan surau-surau ??

GMM sudah masak benar tujuan mereka berbuat demikian. Semuanya atas sebab-sebab politik semata-mata! (lu pikirlah sendiri!)





Tapi tak mengapa, yang penting, tugas kita sebagai mahasiswa muslim, imarahkanlah surau kolej, masjid UiTM, dan hadiri serta sokonglah program-program kerohanian. Sesungguhnya setiap saat yang anda peruntukkan untuk program sebegini , insyAllah mendapat keredhaan Allah dan pahala yang tidak ternilai harganya.


Sebagai konklusi, GMM ingin mengingatkan semua mahasiswa UiTM Shah Alam dan puak munafik ni khususnya mengenai firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah :


“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.
.



Oleh: THE WHITE WING
~ GMM FIRE TEAM ~

3 comments:

  1. agak menarik artikel GMM kali nie..mmg perkara ini patut dipandang serius top management uitm..perkara2 yg boleh menggalakkan aktviti di surau atau masjid sepatutnya digalakkan..bukan di halang..nie x..dah mcm basyar assad pn ade gak geng2 anti surau/masjid nie..
    btw, bg yg malas g solat jemaah kt surau atau masjid tu, biarlah anda je yg malas..jgn pulak halang orang nak imarah surau..apelah..pangkat besar mane pn x guna kt dlm kubur nnt klu x bantu islam..jd laknat pd diri sndri balik ade ler..wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. ahaha.. ko nye kampus mungkin dah teruk. kat kampus aku ni haa.. banyak gila ilmu ilmu agama. rabu dan khamis bersama agama islam tercinta.

    ReplyDelete
  3. wow~ dasyatnya... Harap ALLAH memberikan pertolongan dlm menyelesaikan masalah ini. Mudah2an dakwah Islamiah di UiTM Puncak Alam tidak akan berlaku seperti di tempat saudara. Sedih bila dpt tahu ada org dari kalangan kita sendiri yang tak minat dgn Islam... menyedihkan... Smoga Allah beri petunjuk buat mereka smue. Amin~

    ReplyDelete