Tangisan lebaran



Akhirnya Ramadhan yang memilukan telah pergi membawa pelbagai cerita bersama. Pelbagai scenes yang menggusarkan terjadi dibulan Ramadhan yang lepas. Antara yang kita boleh highlight disini adalah kes-kes penghinaan agama dan insiden drama bersiri tembak menembak yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini. 



1)       Kes kes penghinaan agama
Akidah, akhlak dan pendirian umat Islam di Malaysia teruji gara-gara pihak yang tidak tahu menjaga sensitivity agama dalam bulan mulia yang lalu. Ramadhan menyaksikan episode pertama ‘drama penghinaan’ bermula dengan sebaran gambar kontroversi pasangan bukan Islam yang tertera ucapan ‘selamat berbuka’ dengan makanan tidak halal. ‘Ketenteraman’ umat Islam terusik dengan gambar berbaur ejekan ini dan pelbagai reaksi tercetus, baik yg menghamburkan seranah juga yang tak henti-henti berceramah. Akhirnya pasangan tersebut berdepan dengan tindakan tegas daripada pihak kerajaan.

Kemudian negara dikejutkan pula dengan insiden ratu cantik dimana seorang daripada empat finalis Miss Malaysia World 2013 menghamburkan satu pertanyaan., “kenapa sukan gimnastik atau renang yang lebih seksi pemakaiannya boleh, kami pula peserta ratu cantik tak boleh”. Keempat-empat mereka, walaupun mengetahui akan fatwa pengharaman penyertaan wanita Muslim di Malaysia untuk pertandingan sebegitu, masih berani mempertikaikan keputusan tersebut tanpa berusaha memahami bahawa fatwa itu dikeluarkan demi menjaga kesucian Islam dan kehormatan wanita Muslim sendiri. Isu ini kian hangat apabila seorang pemimpin muda(Menteri Belia dan Sukan) mengeluarkan kenyataan balas berkaitan isu ini apabila ia dikaitkan dengan pengharaman penyertaan beberapa aktiviti sukan yang mendedahkan aurat kepada atlet wanita Malaysia.

Belum pun reda rasa tersentap, negara digemparkan pula dengan isu video ucapan hari raya bersama anjing. Ibarat terjatuh ditimpa tangga, isu agama kian menjadi mainan dalam masyarakat di negara kita malah makin memburuk dari masa ke masa. Bagi admin sendiri, tidak kisah lah masyarakat ingin memelihara haiwan apa sekalipun, namun mengetahui akan sensitifnya sesetangah perkara itu maka tidak perlulah menyebabkan orang lain bertengkar kerana ignorance kita terhadap sensitivity agama. Sedang negara luar bergolak, pembunuhan umat Islam dan ummah ditindas, isu remeh seperti ini mengecewakan jika terlalu dilayan. Admin pasti ada sebab Tuhan ‘menjentik’ umat Islam Malaysia dengan insiden sebegini, salah satunya menurut admin adalah demi menyatakan bahawa tahap kefahaman dan aqidah kita masih jauh lagi jika nak dibandingkan dengan mereka yang bergelar mujahid dan mujahidin di luar sana hingga mudah beremosi dan sukar mencari solusi kepada masalah sebegini.

   2)      Kes-kes tembakan misteri yang meragut nyawa
Admin beberapa kali membawa isu ini dalam facebook GMM berikutan ia melibatkan nyawa. Siri jenayah melibatkan senjata api merobek ketenangan rakyat Malaysia berikutan setiap hari sepanjang dua minggu yang lalu ada sahaja nyawa yang melayang. Yang menakutkannya adalah, kebanyakkan kes-kes tersebut kelihatan tidak bermotif dan mangsanya ditembak rambang tanpa sebarang amaran.

Apa yang admin ingin simpulkan disini adalah, kedua-dua isu diatas berkait rapat dengan kebolehan pentadbiran negara oleh para pemimpin. Rakyat memerlukan solusi yang boleh diterima oleh semua pihak tanpa mengira agama(isu sensitivity agama) dan bukan lagi tindakan menunggu sesuatu isu timbul barulah merawat, adalah lebih baik garis panduan mengenai tahap sensitivity agama dibincangkan bersama, baik yang melibatkan media mahupun perlakuan-perlakuan individu dalam masyarakat. Rakyat terus menafsir kebolehan kepimpinan kerajaan melalui insiden-insiden diatas untuk memastikan amanah ditunaikan dan kebajikan rakyat terjaga.

Persoalan admin untuk semua, adakah insiden ini terjadi kerana umat Islam terlalu sensitive? Ataupun masyarakat kita yang semakin kurang sensitive kepada isu melibatkan agama? Apakah tindakan dan undang-undang yang sesuai untuk membendung kadar jenayah senjata api yang semakin bertambah? Kredibiliti polis dan pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini terus dipersoalkan.

Amankah Malaysia hingga makan di restoren boleh ditembak? Amankah Malaysia apabila penghinaan terhadap agama semakin berleluasa?

Mungkin kita belum ketemu maksud aman seperti yang ada di hati para demostran yang berhimpun di dataran Mesir demi sebuah matlamat perjuangan yang jelas. Kerana walaupun dunia mentafsir mereka sebaliknya, namun keamanan hati kerana membuat sesuatu demi mempertahankan agama adalah tiada tolok bandingnya.

Salam Aidilfitri daripada team GMM
Menangislah jika sedar negara kita masih belum AMAN rupanya.

-Admin GMM-

0 comments:

Post a Comment