Besut; PRK hangat kerana undi tidak rahsia

Assalaamua'laikum wbt, hello there !

Besut N 01 hari ini mencatatkan sejarah dengan penganjuran pilihanraya kecil pertama selepas PRU-13.

Dengan pelbagai insiden dan ragam yang terlakar, tepat jam 10 malam ini, Besut bertukar kepimpinan setelah melalui fasa kempen dan pengundian. 

Namun begitu, yang GMM mahu bawakan disini adalah kisah kecelaruan pengetahuan menurut pendapat Admin.

Calon BN menunjukkan kertas undinya semasa tempoh pengundian.

Tindakannya mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi. 

"Tindakan tak matang! calon payung terjun lah katakan" - Anonymous

"Adakah PAS akan menang kerana ke'bijaksanaan' ini?" - Anonymous

"Alah, sah-sah lah dia undi apa...tak payah kecoh lah..." - Anonymous 


Kenyataan SPR; tegur sayang...

kalau dengan calon PR mungkin tegur 'garang'....

"Amboi SPR, kalau PAS buat mcm ni mesti dah lama UMNO menang terus kan?" - blogger

"SPR...memang tak payah nak tegur sangat, calon pun tak tahu undang-undang mengundi, 'undi adalah rahsia' benda simple kot...tahu lah hangpa undi apa, patuh undang-undang pun susah ka?" - Anonymous

Entah sampai bila harus begini??? SPR, ketelusanmu makin diragui....

Aku hanya mahu politik hujah, bukan politik fitnah
Aku hanya mahu politik bersih, bukan politik tong sampah
Aku hanya mahu politik terang, bukan politik serang
Aku hanya mahu politik matang, bukan politik 'pumpang'

Aku hanya mahu politik membangunkan Islam, bukan menaikkan yg haram

-ADMIN- 
bukan mahu menafikan apa sahaja keputusan, namun demi sebuah amanah, jalankan lah tugas dengan bertanggungjawab wahai SPR yang dihormati. Salam Ramadhan. Moga amalan kita diterima.

0 comments:

Post a Comment