Salam,
1 Malaysia dikejutkan dengan isu kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel
sebanyak RM0.20. Kronologi peningkatan harga minyak menjadi isu utama akhir-akhir ini apabila tersebarnya kenyataan di Facebook dan juga kumpulan
whatapps mengatakan kekecohan mengenai kenaikan harga minyak secara mendadak.
Drama isu minyak
ini semakin menarik pabila KDNKK menafikan isu kenaikan ini dan akhir
sekali Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam tanggal 3 September 2013
sekaligus MEMATAHKAN semua kenyataan 'orang bawahan' beliau.
Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.
Sehinggakan admin tergelak melihat para pengulas dan pembaca berita yang cuba menyatakan kata-kata positif bahawa kenaikan harga ini adalah untuk kebajikan masyarakat. Sungguh ironi kenyataan itu daripada realiti beban hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat angkara keputusan melulu ini. Mengiyakan kenyataan admin ini, admin merujuk post daripada YDP MPP UiTM Azraful Azman.
Jadi apa pendapat anda selaku golongan mahasiswa?
0 comments:
Post a Comment