UiTM; antara kehendak atasan dan realiti kehidupan


Assalamua’laikum wbt, hello there! Sudah beberapa ketika rasanya GMM tidak membicarakan sesuatu. Pasti ada yang ternanti-nanti post seterusnya daripada team kami. Jangan bimbang, GMM hanya turun memantau di lapangan kampus untuk membuat pemerhatian berikutan beberapa aduan yang diajukan kepada GMM. Bukannya apa, GMM mahu memastikan kualiti sesebuah maklumat sebelum disebarkan kerana GMM mementingkan etika dalam menyampaikan sesebuah maklumat. 

Baru-baru ini, seperti yang semua ambil tahu, PM kita telah mengeluarkan kenyataan yang agak mendatangkan kegusaran dalam hati pengadu tersebut. Hal ini merujuk kepada kenyataan berikut;



GMM menyelidiki aduan ini dan merujuk kepada situasi semasa yang menjadi sebab utama kebimbangan mahasiswa tersebut. Berikutan GMM mendengar desas desus bahawa kemasukan pelajar semester ini terlalu ramai dan menyebabkan kemudahan kolej terhad kepada pelajar lama. Isu ini ternyata mendapat perhatian daripada pihak MPP sendiri berikutan keluarnya kenyataan berikut daripada YDP MPP, saudara Azraful Azman. 


Seterusnya rujuk fb beliau

Beliau turut memberi respons kepada isu kekurangan bas rapid yang mendatangkan kesulitan kepada para pelajar untuk datang tepat pada masanya ke kuliah khususnya pada waktu awal pagi. Boleh rujuk fb beliau: Azraful Azman

Apa yang GMM ingin highlightkan disini adalah bahawa, kegusaran pengadu adalah berasas kerana kemudahan dan fasiliti yang disediakan pihak university adalah terhad dan kurang efektif daripada sudut pengurusan kerana seperti semester ini, terjadinya masalah dari sudut pembahagian kolej berikutan perpindahan pelajar kolej lain dan kemasukan pelajar baru yang terlampau ramai. 

Ini juga dikaitkan dengan masalah pengangkutan yang membebankan. Admin juga memerhatikan bahawa ada teman-teman Admin yang lewat ke kelas sedangkan sudah keluar awal berikutan masalah pengangkutan ini. Benar, Admin nampak point yang ingin dibangkitkan oleh PM kita berkaitan penambahan kemasukan pelajar ini akan memberi ruang kepada lebih ramai pelajar bumiputera di IPTA, namun sekiranya kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang tidak memberansangkan, ini justeru akan mendatangkan kesulitan kepada pelajar itu sendiri, bahkan pihak pengurusan juga akan menghadapi bebanan daripada tuntutan tanggungjawab menguruskan pelajar-pelajar yang bermasalah ketika itu nanti. 

Admin juga ingin membangkitkan bahawa pengumuman ini sebenarnya mendatangkan kejutan kepada warga kampus berikutan wujudnya spekulasi mengenai hak kesamarataan yang semakin ditidakkan oleh beberapa pihak demi menjaga hak keistimewaan bumiputera. Namun Admin tidak mahu menjadi rasis sebaliknya Admin mahu para pembaca membincangkan mengenai perkara ini secara rasional dan ilmiah berikutan pelbagai konflik telah mulai timbul sejurus pengumuman ini dikeluarkan. 

Admin juga mewakili isi hati mahasiswa yang mengadu kepada pihak kami ini agar penelitian dilakukan oleh pihak atasan berikutan realiti yang dihadapi oleh mahasiswa sekarang sudah menggusarkan berikutan kos sara hidup yang meningkat dan pengurusan yang kurang efektif hingga menyebabkan saban semester UKK dibanjiri para pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan kemudahan kolej dan juga masalah fasiliti lain seperti pengangkutan bas dalaman dan kemudahan lainnya. 

Apa gunanya pelajar ramai jika tidak berkualiti dan tiada kemudahan yang mencukupi? Fokus pelajar untuk belajar dengan baik juga akan terganggu berikutan masalah kemudahan ini kerana majority pelajar yang mendaftar di UiTM datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Hal ini menyebabkan pelajar menghadapi konflik daripada sudut kewangan sekiranya kemudahan yang ada tidak mencukupi untuk disalurkan kepada yang berhak mendapatkannya. Di samping itu, pengurusan haruslah memainkan peranan dengan bijak dan menunaikan amanah dengan sebaiknya dalam menguruskan kebajikan pelajar. 



Dalam kita ingin menjaga hak yang lain, jangan sampai kita menzalimi satu pihak lagi. Tunaikan lah amanah dengan sebaiknya kerana antara ciri-ciri orang munafiq adalah apabila mendapat amanah, dia mengkhianatinya. Moga-moga kita terhindar dari menjadi sebahagian daripada golongan itu. 



Berhati-hati lah bila berjanji, kelak termakan diri, takut nanti yang hormat lari, yang benci makin mengeji. 

-Admin-
 



0 comments:

Post a Comment