Gempar team GMM dengan gambar kiriman seorang pembaca GMM
ini. Beliau bernada begitu tidak puas hati dalam menyampaikan maklumat
berkenaan perkara ini.
Terpaksa Admin menyembunyikan sebahagian identiti
mahasiswa/i yang memberi komen berikutan Admin merasa kasihan dengan hakikat
bahawa mereka ini tidak tahu bahawa diri mereka dipergunakan oleh pihak
tertentu tanpa disedari.
Lebih dahsyat lagi, tertulis nama timbalan dekan HEP disitu
(yang bergaris merah) sebagai orang yang bertanggungjawab dalam hal ini. Nampak
tak permainannya di situ? Sudah terang lagi bersuluh, program UMNO selama ini
dilindungi oleh kekebalan dan kuasa veto HEP yang dengan sewenang-wenangnya
memperguna tenaga mahasiswa ke arah yang tidak sepatutnya.
Apa semua ni?
Ingin Admin ingatkan akan seksyen 10 dalam Akta 174 yang
antara lainnya menghalang penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik tak kira
lah menyokong atau menentang. Akta ini terguna pakai untuk mahasiswa UiTM
khususnya dan menjadi perisai paling berkuasa bagi pihak HEP dalam membendung
kegiatan politik mahasiswa selama ia diaplikasikan. Namun, sejauh mana ia
diaplikasi kepada program yang dilindungi HEP tetapi membawa agenda kepartian
sebegini?
Sampai bila double standard dan salah guna kuasa ini akan
berterusan? Mahasiswa, sedarlah bahawa dengan mudah maruah dan tenaga kalian
diperguna demi beberapa ratus ringgit. Begitu mudahkah kalian ‘digula-gulakan’
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini?
Admin tuntut penjelasan daripada pihak HEP dan yang
berkenaan dengan kejadian seperti ini. Bukan sewenang-wenangnya tenaga
mahasiswa boleh diperguna. Mahasiswa berhak membuat pilihan. Jika benar program
sebegini dihalalkan, maka tunjukkan cara yang membolehkan mahasiswa menyatakan
pendirian mereka dalam politik.
Mahasiswa, kalian sudah matang untuk tahu kenapa kalian
melakukan sesuatu perkara. Usah biar kalian terus dibuli dengan taburan wang
ringgit.
HEP, kami tuntut penjelasan!
-Admin-
mmg la diorang pergi.. dapt 120
ReplyDeletehahah aku awal2 lg da rejek bnde cenggini..mmg xmo libat kan diri...dari saat ak masuk uitm..dgr budak bilik pgi pnmaan calon umno tu 12 hb dpt 170.. 19 hb dpt 120...ak xnk asah diri ak jd hamba duit..sekian...
ReplyDelete